Bab 5

2K 75 5
                                    

"Huh??kau dapat full mark every exam yang cikgu As buat???" Gina beri pandangan yang terkejut habis. Biar betul sahabatnya ini. Kalau macam tu,peliklah Cikgu As nanti. Tak pasal-pasal nanti Cikgu As tahu pulak pasal Qaisara suka kat dia..

"Hish..aku tahu apa yang kau fikir..tapi,macam mana kalau aku tak boleh langsung nak tipu bila dia depan aku.."
Gina terus menggelengkan kepalanya. Aduhai Qaisaraa..

"Ih kau ni,benda simple macam tu pun susah nak buat ke..jadi sekarang macam mana ni?" Gina menyoal sambil berkerut-kerut dahinya. Qaisara pula sudahpun membaringkan kepalanya di atas meja.

"Tak tahu...apa nak jadi,jadilah.." gumamnya sendiri dalam keadaan yang sama. Gina yang masih berkerut lantas membelai kepala rakan baiknya itu.

"Qai..qai.."suara ngilai seseorang menjengkelkan telinga Qaisara sekali lagi. Budak Laila ni lagi. Budak gedik ni memang tak sah kalau satu hari tak menyakitkan hati Qaisaralah..ada sahaja motif nya untuk mengenakan Qaisara.

Qaisara yang malas melayannya segera mengalihkan pandangannya ke arah jendela. Laila sedar akan hakikat itu lalu langkahnya bergerak semakin laju kearah Qaisara.

"Woi..aku datang ni bukan nak sakitkan jiwa kecil kau tulah..." argh! Alasan. Qaisara berkata sendiri di dalam hatinya,sudah masak dia dengan lagak Laila itu. Mahu menipu pun agaklah..Qaisara bukan hanya mengenalinya sehari dua.

"Aku datang ni nak sampaikan pesanan Cikgu As.." Qaisara terus bangun memandang tepat kearah Laila..

"Cikgu As cakap apa?" Tanyanya penuh bersemangat. Matanya juga bersinar-sinar. Gembira agaknya walaupun hanya mendengar namanya.

"Emm..cikgu As nak jumpa kau kat bilik guru sekarang.." ringkas Laila dengan pandangan sakit jiwa. Geram rasanya taktala jejaka yang digemarinya itu lebih memandang gadis lain. Dan yang paling menyakitkan hatinya adalah apabila gadis itu 'Qaisara!!!!'. Laila segera ke tempat duduknya selepas merasakan dia sudah menyampaikan amanah yang diberikan kepadanya.

"Wei..kau rasaa..."terhenti ayat Gina taktala melihat sahabatnya itu sudah lari meninggalkannya bersama daun-daun kering musim luruh yang gugur. Serentak itu, lagu bernada sedih hadir dari arah yang dia juga tidak pasti.

*********

Cikgu As menunggu di luar bilik guru. Dia menunggu kehadiran seseorang yang amat penting. Seseorang yang hatinya perlu dibedah supaya mudah sahaja Cikgu As mengetahui apa masalahnya. Kenapa dia..

"Cikgu....."jeritan Qaisara mengejutkan Cikgu As. Dia mengalihkan pandangannya kearah Qaisara.

'Hmm..comel jugak budak ni...' bisik Cikgu As dalam hati. Dia tersenyum tanpa dia sedari.

"Cikgu~~~...cikgu....." Qaisara melambai-lambaikan tangannya di hadapan cikgu As memandangkan insan kegemarannya itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Cikgu As yang sepertinya baru sedar dari realiti,segera memperbaiki riak wajahnya. Heiy~~ takut kantoilah tu...

Wajah Qaisara dia pandang penuh makna. Dia hampir sahaja lupa apa tujuannya memanggil Qaisara. Selepas beberapa saat berlalu,barulah dia teringat.

"Ikut cikgu.." katanya ringkas lalu mengatur langkahnya dan diikuti oleh Qaisara. Kakinya terus sahaja berjalan ke belakang blok bangunan terakhir sekolah mereka. Sunyi. Tiada siapa yang berada di situ. Hanya mereka berdua sahaja. Perfect!!

Qaisara memandang sekeliling. Huh?dia mulai bingung melihat keadaan sekelilingnya yang sunyi. Kejap,kenapa pula Cikgu As membawanya ke sini. Mungkinkah~~

"Cikgu malas nak cakap banyak,jadi Cikgu will directly askin you okay?" Cikgu As berbicara dalam keadaan tenang. Matanya masih teguh memandang ke arah Qaisara. Qaisara yang pada mulanya teruja,lantas kalah dengan tatapan Cikgu As lalu dia memilih untuk tunduk.

"Kamu suka kat Cikgu?" Soalan itu mengejutkan hati Qaisara. Huh?dari mana pula Cikgu As dengar kenyataan tu..siapa pula yang mengkhabarkan dia berkenaan hal itu?aduh!matilah Qaisara lepas ni..

"Errr..Cikgu...Cikgu tahu dari mana?"

"Jadi betul lah?" Qaisara mengangguk. Memang betul dia suka akan cikgu As dan semuanya sudah terlambat. Jadi suka atau tidak,dia perlu mengaku.

"Waaaah...patutlah...huh," Cikgu As berundur ke belakang sambil dia menolak rambut hadapannya ke belakang. Jujurnya,dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia terasa seperti ditipu. Qaisara dan mempermainkan dia.

'Sebab dia suka kat kaulah dia gagal..kalau dia tak gagal macam mana dia nak dapat kelas tambahan hanya dengan kau..hahahaha..logik enough en?'  Ayat Cikgu Arul itu tidak berhenti bermain di dalam benak fikirannya. Betul lah!selama ini..

"Patutlah selama ini kamu asyik fail je untuk subjek cikgu..kamu sebenarnya nak cikgu buat kelas tambahan dengan kamu je kan?sebab itu sebenarnya kan..??" Entah kenapa Cikgu As naik bengang dibuatnya. Tapi,dalam amarahnya dia masih berharap semua yang dikatakannya itu tak betul. Dia masih berharap yang Qaisara bukan seperti itu.

"Tak...cikgu..sebenarnya.."

"Sebenarnya apa Qaisara!!!dahlah,Cikgu dah tak larat dah nak dengar. Look! Apa yang kamu buat sekarang ni adalah perkara yang amat memalukan tahu tak!! Kamu ingat ni drama korea yang kamu tengok hari-hari tu ke?yang mana cikgu boleh bercinta dengan pelajar,doktor boleh bercinta dengan pesakit..polis boleh bercinta dengan penjenayah?No! This is realiti Qaisara!!" Nada suara Cikgu As lebih tinggi dari biasanya. Jujurnya dia sangat marah dan kecewa dengan Qaisara. Dia tahulah,dia kacak..tapi,tu tak bermakna pelajarnya boleh terfikir untuk mencintai dia. Lagi-lagi bila pelajar itu Qaisara sendiri. Pelajar cemerlang sekolah mereka.. Ni sekolah!bukan pusat mencari jodoh!

Qaisara terasa sebak. Airmatanya mengalir. Dek kerana terlalu takut untuk memandang Cikgu As,dia hanya tunduk dan menangis. Sampai hati Cikgu As! Dia tahulah dia buat salah dengan mencintai seorang cikgu. Tapi,salahka untuk mencintai seseorang?salahka sekiranya dia memiliki perasaan dengan seseorang? Meskipun jejaka itu gurunya sendiri. Salahka?

"Cikgu.."

"Sudahlah Qaisara! Kalau cikgu kat tempat kamu sekarang ni..Cikgu akan merasa malu yang amat! Kamu ada fikir ke perasaan kedua orang tua kamu sebelum kamu suka kat cikgu?apa perasaan mereka sekiranya mereka dapat tahu anak mereka sendiri mempunyai perasaan dengan gurunya? What they gonna feel if they know that their daughter is playing around with her future?huh? Qaisara..kamu tak tahukah?salah untuk seorang pelajar menyukai seorang cikgu..dan even tak salah sekali pun...saya tetap takkan suka kamu balik..noted my word!" Qaisara ditinggalkan sendirian di situ. Selesai menyampaikan isi hatinya,Cikgu As mengatur langkahnya dan pergi meninggalkan Qaisara.

Dia meninggalkan Qaisara yang sudahpun menangis sehingga terduduk di atas dedaun liar tempat dia berdiri sedari tadi. Dia sepertinya terkilan. Semarah mana pun Cikgu As kepadanya,tidak perlulah sehingga menyakitkan perasaannya. Dia terlalu menderita dengan hanya mencintai insan itu tanpa dibalas rasanya. Sekarang?dia perlu menanggung beratnya penolakan pula?sakit tahu tak!!

Air matanya tidak berhenti keluar. Malu. Sedih. Geram. Semua itu dia rasakan dalam satu masa yang ringkas. Jujurnya dia merasa ingin putus asa. Dia akan cuba. Dia akan cuba melupakan Cikgu As jika itu yang terbaik.







Vanila_latte
Dont forget to vote and comment yr opinion~~

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now