"Panggilan untuk flight AK2453,penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu..."
"Tu flight kau kan Qai.." Qaisara mengangguk. Hatinya terasa berat untuk pergi. Semuanya seperti tergantung begitu sahaja. Tidak kisahla hubungan antara dia dengan Cikgu As ataupun kisah cintanya. Dia bencikan Cikgu As!lelaki itu sampai ke akhir tidak mampu memahami isi hatinya. Qaisara bangkit dari tempat duduknya dengan perasaan berat hati yang amat. Bagasi disebelahnya dia heret malas. Dia mengatur langkah ke barisan daftar masuk namun,baru sahaja dia ingin menuju ke barisan itu..dia terduduk disitu. Gina terkejut. Cepat-cepat dia pergi ke arah Qaisara.
"Qai kenapa ni?kau okey tak.."tanyanya penuh risau. Apa yang jadi sebenarnya. Gina mulai bimbang. Dilihatnya Qaisara sudah teresak-esak sambil duduk dilantai. Gina jadi bingung dan serba salah dibuatnya.
"Kauu okey tak ni.." Qaisara menggeleng sambil menangis. Airmatanya jatuh begitu laju sehinggakan dia tidak mampu mengawal pernafasannya.
"Aku tak kuat Gina..aku tak boleh nak tinggalkan Cikgu As. Aku rindu dia..." Qaisara terus sahaja menangis. Orang yang lalu lalang disitu tidak berhenti melihat kearahnya. Ada yang memandangnya penuh risau,ada juga yang memasangkan wajah pelik. Apa tidaknya,babak menangis itu sangatlah jarang berlaku di dalam lapangan terbang,apa lagi dalam kawasan pendaftaran masuk. Aduhai Qaisara..Qaisara..
"Qaisara!"
"Kau tengok..sampai sekarang aku boleh dengar suara dia panggil nama aku..aku dah gila agaknya.." Qaisara menangis lagi..
"Qaisara!!" Suara itu makin lama makin mendekatinya. Qaisara menekup telinganya. Terasa seperti betul. Andai sahaja suara itu benar. Katanya dalam hati.
Satu sentuhan lembut menyentuh kepalanya. Qaisara menoleh kearah si pelaku. Matanya terbuka luas. Dia menggosok matanya berkali-kali. Benarkah?benarkah apa yang ada di hadapannya ini?
"Cik..cikgu As.." panggil Qaisara gugup. Dia masih bingung. Kenapa pula Cikgu As berada di situ. Waktu itu. Sedangkan dia perlu berada di majlis pertunangannya.
"Cikgu minta maaf.." airmata Qaisara gugur lagi. Dia seperti dapat merasakan apa yang Cikgu As ingin sampaikan seterusnya..
"Cikgu minta maaf sebab ego dengan perasaan cikgu. Cikgu minta maaf sebab cemburu buta..Cikgu minta maaf sebab sakiti Qaisara berkali-kali. Qaisara...jangan tinggalkan Cikgu. Macam mana kamu tak boleh kalau Cikgu tiada...begitu juga Cikgu tak boleh kalau kamu tiada.." Qaisara menangis lagi. Kali ni bersertakan rengekan.
"Cikgu niiii...huaaaa...jahatlahhh..." Cikgu As tergelak. Gelagat Qaisara yang biasa itulah yang dia rindu..
"Qaisara.." Qaisara terus memandang kearah Cikgu As. Mata Cikgu As dia tatap.
"Cikgu...cintakan kamu.." airmatanya mengalir laju. Ayat yang selama ini dia tunggu..akhirnya Cikgu As sebut juga..ayat yang selama ini dia doa..akhirnya Cikgu As tunaikan juga. Rasa seperti ingin memeluk Cikgu di hadapannya itu. Tapi,dia masih boleh berfikir penuh waras. Jadi,dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja di tempatnya.
"Saya juga..."
"Tahu.." belum habis Qaisara membalas..Cikgu As sudah memotong ayatnya membuatkan Qaisara tersenyum sampai ke telinganya.
"Dah jom balik...takpayah nak balik Sabah..haih Qaisara..Qaisara nak lari konon.." Qaisara ketawa lalu dia ingin mengangkat bagasinya tapi tindakannya terhenti apabila Cikgu As mencapai bagasi tersebut. Dia hanya tersenyum dan terus berjalan. Tiba-tiba dia mendengar satu esakan. Dia menoleh ke kiri.
"Ginaaaa...apasall kau nangis ni...ya Allah.." Gina yang menangis di sisi Qaisara,Qaisara peluk erat.
"Aku terharu..akhirnya kau dapat juga Cikgu kesayangan kau..." kata Gina dalam tangisan membuatkan Qaisara dan Cikgu As ketawa di situ lalu ketiga-tiga mereka menuju ke kereta Cikgu Arul yang sudah sedia menunggu kehadiran mereka bertiga.
"Tapikan Cikgu As..macam mana Cikgu As boleh tahu saya nak ke Sabah hari ni?" Qaisara baru teringat soalan yang ingin dia tanyakan sedari tadi.
"Adalah.." Cikgu As menjawab acuh tak acuh lalu dia senyum sendiri.
"Masa berlepas,5 petang.
KLIA-KKIA.
-gina" membulat mata Cikgu As membaca mesej yang dihantarkan oleh Gina.Hatinya terus merasa tidak senang duduk tika itu. Dalam kegusarannya tika itu,imam meminta tangannya dan bertanya jika dia sudah bersedia. Cikgu As masih kaku. Dia perlu membuat keputusan dengan segera mengikut perasaan sebenarnya.
"As..imam panggil tuh ." Mama Cikgu As cuba menyedarkannya.
"Ma..As minta maaf. Pa..As minta maaf sangat-sangat. As tak boleh teruskan pernikahan ini.."
"Takpe. As long as..As dah jumpa apa yang hati As mahukan..pergi. Biar mama yang uruskan apa yang ada kat sini..pergi kejar apa yang hati As mahukan..jangan risaukan mama dengan papa.." Ayah Cikgu As di sebelah ibunya hanya mengangguk sambil senyum.
"Terima kasih Ma.." As terus bangun dan keluar ke arah kereta Cikgu Arul yang sepertinya sudah sedia untuk melarikan Cikgu As..
Cikgu Nora yang sepertinya tahu apa yang Cikgu As ingin lakukan menangis di singgah sananya.
"Nora..kamu tak mahu kejar ke..Nora. Nora!" Ibu Cikgu Nora menyedarkan anaknya tapi malangnya Cikgu Nora hanya statik begitu sambil menangis.
"Nora sepatutnya berhenti memaksa orang untuk ada dalam hidup Nora ma..berhenti merampas kebahagian orang lain..berhenti menyakiti perasaan orang lain dan terima perasaan orang lain terhadap Nora tidak sama seperti perasaan Nora terhadap mereka..jom kita balik Ma..Nora..penat.." baru sahaja Cikgu Nora dan keluarganya ini berjalan keluar dari rumah itu..ibu Cikgu As menghalang langkah Cikgu Nora.
"Nora..aunty nak minta maaf dengan apa yang dah jadi.."
"Takpe Aunty..kalau Nora tak terlampau memaksa,semua ni takkan jadi.."jawab Nora dalam tangisan."Nora..Nora gadis yang baik sebenarnya dan layak untuk dapat yang lebih baik..aunty harap..lepas ni Nora akan belajar untuk menerima jejaka yang juga mencintai Nora sepertimana Nora mencintai dia. Cinta ni..tak perlu dipaksa. Dia akan datang dengan sendirinya Nora..apa-apa pun..aunty minta maaf sekali lagi okey?" Ayat ibu Cikgu As membuatkan Nora semakin teresak-esak. Dia dan keluarganya keluar dari rumah itu dengan perasaan malu yang amat. Hmmm ..
"Cikgu As..kita nak pergi mana ni.." Qaisara bertanya hairan taktala laluan kereta itu tidak ke laluan yang dia kenali.
"Ke hujung duniaaaaaaaa" jawab Cikgu As lalu ketawa.
"CIKGUUUUU!!!"
TAMAT

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...