Laila berjalan terus ke bilik guru selepas melihat signal Cikgu As yang memintanya masuk ke dalam bilik guru itu. Dia memberikan senyuman yangbpaling manis kepadanya. Apa agaknya jejaka kegemarannya itu inginkan..
"Ya cikgu.."haa sudah! Nada gedik Laila mulai berkumandang diseluruh bilik guru itu. Cikgu Arul yang berada di belakang meja Cikgu As mencebik. Benci dia mendengar nada sesetengah wanita yang gedik nak mampos!ingat lelaki suka ke?No! Kalau suka sekalipun dia hanya fikir kau murah je.. Cikgu Arul segera menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Boleh tolong panggilkan Qaisara?" Cikgu As berkata ringkas tanpa memandang pun wajah Laila.
"Baik Cikgu.." kata Laila dengan riak wajah yang penuh dengan rasa kecewa. Cikgu Arul smirk. Puas rasanya melihat riak wajah Laila itu. Gadis gedik seperti Laila itu perlu diberi pengajaran juga. Jangan nak menggedik sangat!
Selepas menyampaikan amanah tadi,Laila segera menuju ke bilik air. Dia masuk di salah sebuah tandas di dalam bilik air itu. Tangannya dia genggam kuat taktala teringat akan insiden tadi.
Insiden dimana Cikgu As memanggil Qaisara. Sungguh! Dia sakit hati bila orang yang amat dia benci itu rapat dengan Cikgu paling kacak di sekolah mereka."Kenapa mesti Qaisara huh?kenapa semua yang baik dan okey ada dekat dia!!!annoyinglahh..." getusnya geram.
Selepas beberapa minit di dalam tandas,Laila memilih untuk keluar. Keluar sahaja dia,dua susuk tubuh melimpasi dirinya. Terasa sakit hatinya apabila Cikgu As dan Qaisara bersama-sama melalui dia. Disebabkan hatinya teramat geram,dia memilih untuk mengikuti kedua-dua mereka. Ingin juga dia tahu apa yang berlaku antara kedua-duanya. Apa hubungan dan status sebenar mereka berdua.
Ekorannya membawa dia ke belakang sekolah,belakang blok bangunan terakhir sekolah mereka.
Dia mendekati kedua-duanya. Cuping telinganya dia peka kan agar mudah untuknya mendengar perbualan Cikgu As dan Qaisara. Hish!meluat sungguh dia. Namun,bait-bait ayat Cikgu As mengejutkan dia. Dia tersenyum sinis. Terasa seperti hatinya girang semula. Musim sejuknya dah berakhir,dan kini musim panas yang indah akan menggantikan segala-galanya. Haih,gembiranyalah hati ini..Laila berkata dalam hati.
"Huh,Cikgu As tolak Qaisara?" Dia berkata pelahan tapi cukup untuk dia dengari. Dalam nadanya,jelas dia amat teruja dengan kenyataan itu. Tidak sabar rasanya ingin mengenakan Qaisara. Dia segera beredar. Malas ingin mendengar dengan lebih banyak,takut-takut nanti ketahuan pulak dia. Lagipun,apa yang patut dia ketahui sudahpun dia tahu. Cukupla.
********
Qaisara melangkah pelahan-lahan menuju ke kelasnya. Selepas menangis lama tadi,dia seperti tidak mampu berjalan lurus. Kakinya terasa lemah begitu juga tubuhnya. Rejection. Sakitnya penolakan hanya dia sahaja yang tahu. Sungguh!dia tidak menyangka yang Cikgu As mampu sekejam itu dengannya.
Jejaka yang dahulunya dia fikir lembut hatinya. Jejaka itu baru sahaja..
Qaisara terduduk di tengah jalan. Airmatanya dia cuba tahan tapi gagal. Sungguh,dia amat sakit tika itu. Cikgu As tak patut memperlakukan dia seperti ini. Apa kurangnya dia."Salahkah?salahka sekiranya aku..aku..sekiranya aku suka dekat Cikgu..."katanya dalam tangisan. Melihat keadaan sekolah itu yang senyap membuatkan Qaisara selesa untuk menangis di situ. Beranda. Beranda yang jauh dari kelasnya.
"Tak boleh..aku kena kuat..." Qaisara bangun pelahan lalu dia melangkah lemah ke arah kelasnya.
Sampai sahaja di dalam kelas,Laila mula berbicara mengenai Qaisara."Wei korang,korang perasan tak,ada satu budak kelas kita ni dia lemah je tau dari tadi..longlai je~~~~macam tak bermaya..kenapa eh?kena reject ke.." pada mulanya Qaisara tidak ingin melawan dan hanya ingin untuk membiarkan Laila berbicara,namun,bahagian ditolak itu sesuatu yang baru. Hebat betul Laila ni..hebat betul dia sampaikan dia tahu berkenaan Qaisara sudahpun ditolak oleh Cikgu As. Qaisara hanya mendiamkan dirinya memandang kearah tingkap.
"Humm...siapa agaknya yang tolak dia eh?" Kata salah seorang yang berada di situ. Nurin. Rakan seotak Laila. Laila ketawa. Satu jelingan dia berikan kepada susuk tubuh Qaisara yang sepertinya tidak mahu peduli akan suara Laila itu. Geram pula dia. Tujuan utamanya ingin menyakitkan hati Qaisara tapi,Qaisara langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Argh!annoying..
"Cikgu As yang tolaklah siapa lagi????" Jerit Laila penuh rasa puas. Qaisara sudah tidak dapat menahan lagi rasa marahnya. Langkahnya dia atur penuh marag ke meja Laila. Meja itu dia tolak sehingga terbalik. Cuak Laila dibuatnya. Namun,kerna tidak mahu kalah dia bangun. Jelasnya,dia lebih tinggi dari Qaisara. Dia tersenyum sinis.
"Apa yang kau tak puas hati ngan aku arh?" Tanya Qaisara dalam ekspresi wajah meluat. Sungguh!dia bencikan cacing kepanasan di depannya ini. Dari dulu sehingga sekarang asyik mahu mencari salahnya sahaja. Apa yang dia tak puas hatipun dia tidak pasti. Sememangnya pendengki!
"Huh?apa?aku ada cakap nama kau ke?" Laila menunjukkan muka puas dan gediknya.
"Kau!!!!!!" Qaisara menarik rambutnya. Gina yang tadinya baru sahaja sampai ke kelas selepas mengambil buku matematik segera berlari ke arah pergelutan antara Qaisara dan Laila. Dia menarik Qaisara yang hampir sahaja berjaya membotakkan rambut Laila.
Laila terjatuh di atas lantai selepas ditolak oleh Qaisara sewaktu melepaskan genggaman rambutnya tadi. Laila merasa sakit di bahagian punggungnya. Dia melihat kearah Qaisara yang tak ubah seperti anjing ganas yang minta dilepaskan. Seram Laila dibuatnya.
"Qaisara!Qaisara dahla!!!sudahla..." Gina menjerit cuba mengawal Qaisara.
"Lepaslah Gina! Perempuan ni dah melampau kau tahu tak!!!dia..."
"QAISARA!!!" Satu gertakan mengejutkan satu kelas termasuk Qaisara. Cikgu As. Gertakan yang kasar dan penuh dengan kebencian itu lahir dari bibir Cikgu As. Qaisara yang tadinya merasa marah yang amat segera berubah emosinya selepas mendengar jeritan Cikgu As. Cikgu As bergerak kearah Laila dan membantunya bangun. Laila yang masih bingung segera bangun. Qaisara pula sudah terasa seperti ingin menangis.
"Apa masalah kamu hah!tak cukup lagi?tak cukup nak tipu saya?sekarang kamu nak tunjuk perangai gengster kamu pulak?heiy Qaisara! I told you almost.."
"What?what...what you wanna tellin me?whats more? Apa lagi ayat yang cikgu nak sakitkan hati saya huh? Cikgu nak bagitahu satu dunia yang cikgu dah tolak saya?cikgu nak bagitahu satu sekolah yang Cikgu benci dekat saya?dan takkan suka saya balik?" Qaisara berkata dalam tangisan. Nadanya sedikit tinggi.
Dia terdiam sekejap cuba mencari nafasnya. Dia terlalu sebak."Guys!CIKGU AS DAH TOLAK AKU!PUAS?" Kata Qaisara kasar lalu keluar dari kelas itu.
"Qaisara!..." Gina ingin mengejar tapi ditahan oleh Cikgu As lalu dia sendiri yang mengejarnya.
********
Langkah kaki Qaisara dia lajukan. Gerakan kakinya itu serentak dengan airmatanya yang mengalir laju dipipinya. Dia malu. Tapi,dia juga manusia yang mempunyai rasa marah. Dia bukan malaikat!
Langkahnya laju terarah ke hujung padang sekolah yang terletak pohon besar di situ. Dia menangis di situ. Dia menangis semahunya di situ. Cikgu As jahat! Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan di dalam hatinya. Dia benci Cikgu As. Dia benci Cikgu As sebab tak berhenti membuatkannya jatuh cinta. Walaupun, tika itu dia telah dimalukan sendiri oleh Cikgu As sendiri. Dia tidak kuat. Dia tetap menyayangi jejaka itu.
"Qaisara...." suara itu membuatkan airmata Qaisara mengalir lebih laju.
Dia tidak mahu menolehkan pandangannya. Penat rasanya untuk mengharungi hari-harinya selepas ini. Cikgu As. Jejaka teramatlah kejam.
"Qaisara..ni cikgu..Cikgu Arul." Qaisara tersentak. Cikgu Arul?apa pula yang Cikgu Arul buat kat sini?
Apa lagi isu kali ini?kenapa pula Cikgu Arul datang dan memujuk Qaisara?hmmm...
Hehehehehe...keep reading guys...
![](https://img.wattpad.com/cover/189451122-288-k347292.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...