Bab 11

1.9K 65 3
                                        

Langkah Cikgu As membawanya ke dalam hutan semakin lama semakin dalam. Nasib baik dia ada menaruhkan beras putih sebagai tanda ingat jalan untuk balik nanti. Dia memerhati keadaan hutan,tempat dia berada tika ini. Keadaan nyaman,dengan kicauan burung-burung hutan dan bunyi halus haiwan hutan yang saling berbicara mengikut bahasa yang langsung tidak dapat Cikgu As fahami. Kiranya binatang-binatang itu terkejut agaknya dengan kehadiran manusia di dalam hutan itu. Cikgu As sedikit leka. Baru dia teringat sebab utamanya memasuki hutan itu.

"Qaisara...Qaisaraaa...Nur Qaisara binti Haji Amid." Masih tiada yang menjawab. Rasa risau mula menyelubungi diri Cikgu As. Dia melihat sekeliling. Dia perlu segera kerana semakin lama matahari semakin menamatkan khidmatnya.

"Cikgu! Kalau cikgu tambah saya terima nikahnya kat depan tu mesti dah perfect dah!!!" Sempat lagi gadis kecil itu bergurau. Cikgu As yang akhirnya dapat mengenalpasti keberadaan Qaisara segera pergi kearahnya.

Kepala itu dia ketuk lembut.

"Apasal susah sangat nak duduk diam?Cikgu suruh bersurai,bukannya pergi masuk dalam hutan dan buat pengembaraan. " Cikgu As marah manja. Geram sungguh dia bila berhadapan dengan budak yang tak sayang nyawa itu.

Qaisara memuncungkan mulutnya. Dia hanyalah gadis yang penuh dengan rasa ingin tahu takkan itupun salah.

"Kamu tahu tak bahaya main dekat hutan waktu-waktu macam ni..jom balek.." tangan Qaisara yang berlapik dia capai. Qaisara terkejut. Dia memandang kearah tangannya yang digenggam kuat oleh Cikgu As sambil tangan yang lagi satu menekup mulutnya tanda tidak percaya. Terharu. Nak kahwin!

"Err.." langkah kedua-duanya terhenti taktala Cikgu As menyedari sesuatu.
Dia melihat ke arah lantai dan mencari sesuatu. Dia pusing ke kanan dan ke kiri tapi masih gagal mengesan. Mana perginya beras putihnya tadi!

"Kenapa cikgu.." Qaisara yang tidak memahami keadaan segera bertanya. Dia memandang Cikgu As dengan pandangan selambah.

Satu keluhan berat Cikgu As lepaskan sebelum..

"Qaisaraaaaaaaaaaaaaa..." dia menjerit membuatkan seluruh hutan terkejut.

*******

"Cikgu !!Qaisara hilang.." Gina datang dari arah tapak perkhemahan. Cikgu Arul yang sedang berehat lantas bangun mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Gina.

"Apa?Qaisara?macam mana boleh hilang?kamu dah cari ke??" Cikgu Nora yang sememangnya berada di situ terus berdiri tegak. Di wajahnya jelas menampakkan dia risau.

"Saya dah cari Cikgu..tapi tak jumpa jugak!!macam mana ni cikgu.." Gina sudah mulai menggeletar. Apa tidaknya,Qaisara itu masih belum biasa dengan suasana camping. Jadi,apabila khabar hilangnya gadis itu,Gina menjadi seperti tidak keruan. Dia takut.

"Okey..setakat ni ada siapa-siapa lagi ke yang hilang? Qaisara sahaja kan?" Cikgu Nora minta kepastian. Risau juga dia bila bilangan murid hilang itu ternyata bukan satu..

Gina mengangguk. Airmata risaunya keluar. Susah betul hatinya bila mencari Qaisara tadi. Aduh!Qaisara mana kau...

"Kejap kamu tunggu kat sini.." Cikgu  Nora segera mencapai speaker sekolah. Dia letakkan speaker itu di mulutnya.

"Perhatian kepada semua pelajar,kamu semua diminta untuk berkumpul di hadapan pondok urus setia sekarang juga.." Cikgu Nora segera menyampaikan berita mustahak itu. Arahan itu dia ulang sebanyak 3 kali sehinggakan kesemua pelajar bergegas pergi ke hadapan pondok urus setia. Gina disebelahnya hanya mampu berdoa.

Cikgu, saya pilih Cikgu..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang