Bab 24

2K 51 2
                                        

Kebingungan yang dia rasakan sedari Qaisara sedar di hospital beberapa minggu yang lalu berubah menjadi sebuah kesedihan. Apa yang tidak kena?apa?apa yang dia lakukan?apa? Perlukah dia bertanya?atau perlukah dia hanya mendiamkan diri?

"Arghh Qaisara!!apa yang aku buat." Terlepas juga amarahnya. Nasib baiklah keadaan bilik guru tengah kosong tika itu. Yang adapun hanya dia ditemani dengan bunyi kipas yang sepertinya boleh jatuh bila-bila masa sahaja. Cikgu As membaringkan wajahnya.

"As..you tak masuk kelas ke hari ni?" Cikgu As mengangkat wajahnya dari atas meja. Melihat gerangan yang memanggil namanya,dahinya berkerut hairan.

"You?sejak bila Cikgu Nora panggil dengan panggilan nama ni." Tanya Cikgu As dengan nada menyindir. Tidak selesa rasanya dipanggil begitu dengan rakan sekerjanya lagi-lagi di tempat kerja.

"Ahaha..As ni..pandai berguraulah. Jumpa malam nanti.." Cikgu As cuba menghadam ayat Cikgu Nora tapi sampai sekarang dia tidak boleh hadam. Apa maksudnya. 'Jumpa malam nanti?' And 'pandai bergurau?' bila pula dia bergurau ni. Celah mana pula dia ada buat temu janji dengan Cikgu Nora ni. Dia ingin bertanya tapi malang,Cikgu Nora sudahpun hilang dari pandangannya. Cikgu As mengeluh sendiri. Tapi,keluhan itu kalah juga dengan tindakan Qaisara terhadapnya. Dalam suasana yang kembali sunyi itu,Cikgu As kembali mencari apa yang dia lakukan.

*********

"Jadi Qai..sampai bila kau nak layan Cikgu As macam ni?macam mana kalau..apa yang jadi ni tak betul pun. Macam mana kalau Cikgu Nora saja je nak sakitkan hati kau.."

"Ihh Gina!aku bukannya bodoh tau. Aku tahulah macam mana nak beza antara main-main atau fakta. " Qaisara mendengus geram. Stress rasanya bila sahabat baik sendiri yang tidak mempercayainya. Hmm. Gina yabg sedikit faham dengan keadaan Qaisara hanya mampu mendiamkan diri. Baginya,tiada guna bertengkar dengan orang yang emosi tidak stabil ni. Alih-alih dia pula yang kena pukul nanti.

"Okey..sorry beb. Kau betul. Aku salah."

"Kau mesti rasa aku menjengkelkan kan?" Airmata Qaisara keluar. Gina segera menggelengkan kepalanya. Alahai bukan ini yang dia maksudkan.

"Gina..aku pun harap semua ni just plan Cikgu Nora yang saja nak sakitkan hati aku. Aku pun harap dia tipu aku je. Tapi,aku tak boleh! Aku tak boleh nak nafikan yang Cikgu As bukan aku punya. Allah dah tunjuk dah Gina. Banyak halangan yang aku dapat sebelum nak dapatkan Cikgu As. Apa lagi? Apa lagi yang aku perlukan untuk yakinkan diri aku yang Cikgu As tu..bukan aku punya." Kata Qaisara dalam tangisan.

Gina ikut sedih tapi dia tahu tiada apa yang boleh dia lakukan. Dia memilih untuk menarik sahabatnya itu ke dalam pelukannya.

"Eh Qaisara..kamu kat sini rupanya." Suara itu membuatkan airmata Qaisara naik ke matanya semula. Dia masih erat memeluk Gina. Malas mahu melayan manusia yang tidak tahu malu itu. Cikgu Nora.

"Qaisara!saya cakap dengan kamu ni.." Qaisara mengeluh sebelum dia memandang kearah wanita yang jelas menyakitkan hatinya itu. Jujurnya dia seperti mahu sakitkan sahaja wanita itu,tapi sayang dia bukannya toksik seperti Cikgu Nora

"Cikgu. Cikgu sepatutnya berterima kasih dengan apa  yang saya sedang buat sekarang ni. Bukannya provoke saya dan buatkan saya marah. Kalau ikutkan hati saya cikgu. Saya.."

"Qaisara.." panggil Cikgu As memotong kata-kata Qaisara.

"Cikgu ada benda nak bincang dengan kamu. Ikut cikgu." Baju Qaisara Cikgu As tarik pelahan.

"Taknak!" Qaisara menjerit enggan lalu tanggannya dia tarik kasar. Dia segera berlalu dari situ. Melihat susuk tubuh kedua-dua cikgunya itu membuatkannya hatinya sebak.

"Qaisara...Qaisara.." Cikgu As cuba mengejar tapi ditahan oleh Cikgu Nora. Cikgu As melepaskan tangannya daripada genggaman Cikgu Nora. Dah kenapa pula Cikgu perempuan itu.

"As..you ni..tak payahlah kasar-kasar macam tu..lepas ni pun kita akan ada ikatan yang erat.."

"Apa yang Cikgu Nora merepek ni?setahu saya..saya tidak pernah berjanji apa-apa untuk ada hubungan yang istimewa dengan Cikgu. So saya harap cikgu boleh behave dan panggil saya Cikgu As sebab kita kat sekolah sekarang ni. And even kita kat luar..saya still harap cikgu akan guna bahasa yang formal. " entah kenapa mulut Cikgu As terasa ringan untuk menegur gadis itu. Sakit sungguh hatinya taktala Cikgu Nora sepertinya berlagak rapat dengannya. Dia tidak suka bila orang yang hanya dianggapnya rakan sekerja,berkelakuan seperti dia teramatlah rapat. Menyampah!

Cikgu As segera beredar dari situ. Niatnya ingin mengejar Qaisara,tapi budak itu sudah hilang dari pandangan.

'Hahaha..As..As..kau fikir kau boleh lari dari aku..hahaha..larilah As..you still akan jadi milik I lepas ni..dan Qaisara?Qaisara akan hilang selamanya dari hidup kita..HAHAHAHAHA' Cikgu Nora berbicara sendiri di dalam hatinya. Psycho.

***********

Pagi itu Cikgu As kelihatan bingung. Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada orang yang memanggilnya. Tangannya lincah menyambut nombor panggilam tersebut taktala melihat nama si pemanggil.

"Ye ma?" Cikgu As menjawab panggilan tersebut penuh riang.

"As..bole tak As balek awal hari ni..?ada tetamu nak jumpalah dengan As. Please balek awal." Kerutan di pertangahan dahi Cikgu As mulai kelihatan. Siapa pula yang mahu bertemu dengannya di tengah hari buta itu.

"Baik ma.." Cikgu As menjawab patuh. Apa yang sebenarnya berlaku. Tetamu?siapa pulak lahai tetamu yang mahu berjumpa dengan Cikgu As ni. Dia bingung sendiri.

*********

"Assalammualaikum..."

"Haa As,kamu dah sampai?meh sini duduk.." Cikgu As terkedu melihat tetamu yang berada di ruang tamunya tika itu. Kerutan di dahinya mula kelihatan. Dia semakin pelik dan hairan melihat susuk tubuh Cikgu Nora dan kedua orang tua yang tak ubah seperti ibu dan bapa Cikgu Nora.



















Haih..apa pula yang Cikgu Nora mahukan ni?siap bawa mak bapak dia pula..bingung ou..hahahha..so sorry guys sebab lama nd update chap baru untuk novel ni hehe..Im so busy lately ni tu yg hmm..btw,I hope u guys enjoy this chap and keep follow my story oky?
Sincerly,Vanila♡latte

Cikgu, saya pilih Cikgu..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang