Qaisara duduk separa baring di atas katilnya. Hatinya terlalu sakit dengan apa yang sedang berlaku. Dia tahu dia bertindak semakin pelik tapi dia perlu lakukan itu demi kebaikan dirinya dan cikgu kesayangannya itu. Apa yang dia lakukan kini adalah tepat. Tepat berdasarkan apa yang Cikgu Nora katakan padanya pada hari sebelum dia sedarkan diri.
Qaisara membuka matanya pelahan. Terbuka sahaja matanya kelibat Cikgu Nora terpampang di hadapannya.
"Cik..cikgu.." panggil Qaisara lemah. Cikgu Nora senyum sinis memandang kearahnya.
"Kamu dah sedar?" Tanyanya tanpa sedikit riak pun di wajahnya. Qaisara mengangguk. Selepas itu keadaan tiba-tiba bertukar menjadi janggal. Qaisara cuba mengelak pandangan Cikgu Nora. Cikgu Nora pula terus sahaja menatapnya dengan pandangan menyampah.
"Aku tak fahamlah.." Qaisara terus menfokuskan matanya kearah Cikgu Nora.
"Aku tak faham kenapa kau suka menyusahkan Cikgu As." Ayatnya itu cukup menembak terus ke hati Qaisara. Qaisara cuba berlagak tenang. Kalau diikutkan mahu sahaja dia menarik rambut wanita diva dihadapannya ini. Tapi,dia mesti tenang. Dia perlu tahu dan sedar bahawa Cikgu Nora adalah gurunya.
"Kau ni tak maluke?asyik nak terhegeh-hegeh dengan Cikgu As?tak malu?" Qaisara mengetap giginya. Rasa marah mula membuak-buak dalam dirinya. Wanita itu sepertinya sudah lama hidup.
"Kau fikir,selama ni..dia nak ke tolong kau semua tu?haa?kau fikir selama ni..dia suka kat kau ke?heiy..jangan mimpilah!"
"Apa yang cikgu nak sebenarnya ni.." Qaisara bertanya dingin. Dalam dadanya sudah membuak-buak ingin memarahi Cikgu Nora. Dia bencikan wanita itu. Dia benci!
"Berhenti kejar Cikgu As."
"Mati pun saya takkan berhenti kejar Cikgu As,cikgu. Even dalam mimpi sekalipun..saya akan terus setia dan hanya tunggu Cikgu As..!!jadi,jangan buang masa Cikgu." Qaisara membalas dengan nada sindiran. Sedikit senyuman sinis dia berikan tanda puas.
"Ouh macam tu?walaupun saya cakap Cikgu As tak sukakan kamu?" Qaisara terus memandang terus ke anak mata Cikgu Nora. Hatinya tiba-tiba rasa seperti dirobek. Dia tahu Cikgu Nora saja ingin menyakitkan hatinya tapi mungkin kerana mental yang tidak stabil,dia berasa sedih.
"Walaupun saya cakap,Cikgu As..terbeban dan rasa kamu menyusahkan hidupnya??haa??heiy Qaisara please move onlah!Cikgu As tu langsung tak pandang kamu seperti perempuan pun. Dia pandang kamu just as a student..dia langsung tidak cintakan kamu.."
"Keluar. Telinga saya tidak diciptakan untuk mendengar ayat kotor dari mulut cikgu.." Cikgu Nora sedikit jengkel. Dia tidak mempedulikan kata-kata Qaisara lalu melemparkan satu kertas yang tidak ubah seperti kad. Qaisara mengabaikan tindakan Cikgu Nora.
"Tu!tu kad jemputan ke majlis pertunangan aku dengan Cikgu As. Kau nak berapa bukti lagi?kau nak apa lagi? Dia langsung tak pandang kau pun lah...jadi,mulai daripada hari ni..aku nak kau!lupakan Cikgu As faham? " Qaisara terdiam. Kad yang dilemparkan oleh Cikgu Nora tadi dia tatap sebak. 'Takkanlah..' hatinya cuba menidakkan. Tidak lama selepas itu,Cikgu Nora keluar dari wad Qaisara meninggalkan Qaisara yang penuh dengan persoalan dan kekeliruan.
Airmata Qaisara keluar mengikut rasa sakit yang dia rasa tika itu. Apa yang dilakukan oleh Cikgu As kepadanya jelas membuatnya terluka. Sampai hati Cikgu As. Qaisara membuka beg tangannya lalu mencapai kad kahwin Cikgu As yang berada di dalamnya. Dia cuba menahan sebak tapi dia gagal. Nama Cikgu As membuatkannya sakit.
Tidak lama selepas itu,pintu bilik Qaisara dibuka. Kelihatan Gina masuk pelahan-lahan kedalam wad Qaisara. Wajahnya serius lalu pelahan-lahan dia mengambil tempat di kerusi sebelah katil Qaisara. Dia pandang Qaisara lama.
"Apa sebenarnya yang tak kena dengan kau ni?bukan sekarang ni kau patut menangis ke terharu sebab Cikgu As ada kat sisi kau waktu kau baru sedar dari pengsan. Bukan sekarang ni kau patut gembira dan terharu ke?sebab Cikgu As selalu nak datang walaupun dia tahu kau taknak dia datang. Apa lagi kau nak Qaisara?apa lagi.." Qaisara menangis. Dia menutup wajahnya lalu menangis sekuat hatinya. Gina yang keliru segera memeluk rakannya itu.
"Aku tak fahamlah..apa sebenarnya yang dah jadi.." Qaisara sudah tidak mampu memendam semuanya sendiri. Dalam tangisan dan kesunyian wadnya itu,dia memilih untuk menceritakan semuanya.
************
"Golll!!masukkk!!nah As..kau nak main tak?" Tanya Cikgu Arul dengan nada teruja. Dia cuba mengubah mood sahabatnya itu. Sedari tadi terdiam sahaja seperti dunia sudah tidak berarti buatnya. Cikgu As tidak menyahut pertanyaan itu. Cikgu Arul yang kasihan melihat sahabatnya itu segera bangun dan mencapai tangannya.
"Kau nak bawa aku pergi mana...?" Cikgu Arul masih mencuba untuk membuatkan sahabatnya itu bangun. Cikgu As menepis lalu dia baring malas.
"Aku tak fahamlah Rul..apa aku buat eh?" Cikgu As berkata dalam nada pelahan tapi cukup untuk didengari oleh Cikgu Arul. Cikgu Arul lantas duduk mencangkung lalu mengeluarkan satu keluhan dari bibirnya. Keluhan berat.
**********
Membulat mata Gina mendengar penjelasan Qaisara. Tanpa berfikir panjang tubuh kecil Qaisara dia masukkan ke dalam pelukannya. Qaisara menangis semahunya di situ. Gina turut sebak. Kenyataan yang didengarinya itu seolah-olah prank tapi prank apanya sekiranya Qaisara sendiri sudah menunjukkan kad jemputan ke majlis pertunangan antara Cikgu As dan Cikgu Nora.
"Habis tu..sekarang kau nak buat apa?" Tanya Gina pelahan. Qaisara meleraikan pelukannya.
"Entahlah Gina. Aku rasa aku akan mengelak. Mengelak dari bertemu dengan dia dah lepas ni..itu yang terbaik agaknya. Ya,itu yang terbaik." Qaisara berkata dalam tangisan. Suaranya juga tersekat-sekat disebabkan kesukarannya untuk mencari nafas tika itu.
"Qaiii....." Gina cuba menahan air matanya tapi gagal. Keluar jua.
***********
"Qai..kau dah sembuh ke?"
"Macam mana keadaan kau sekarang?dah okey ke? "
"Kau hilang ingatan tak? Macam dalam drama tu.."
Soalan-soalan dari rakan sekelas Qaisara membuatkannya ketawa tak henti dari tadi. Lucu agaknya dengan soalan-soalan bonus dan merepek dari rakan sekelasnya itu. Qaisara hanya mengangguk dengan setiap soalan yang diberikan kepadanya.
"Cikgu datang..cikgu datangg..." jeritan seorang pelajar membuatkan semua pelajar bergegas ke tempat masing-masing..
Qaisara yang masih ada sisa ketawanya segera membetulkan duduknya.
"Assalammualaikum kelas..macam mana hari ni?sihat?"
"Sihat cikguu.."
"Qaisara..?sihat?" Soalan itu tidak dijawab oleh Qaisara. Dia hanya memasangkan wajah ketat. Dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Bahunya ditolak oleh Gina memintanya untuk menjawab soalan Cikgu As. Tapi, Qaisara masih dengan keadaannya. Tidak mahu mengambil peduli dengan soalan Cikgu As itu. Dia diam.
Kesemua rakan sekelasnya merasa hairan dengan tingkah Qaisara itu. Apa tidaknya,selalunya Qaisaralah yang paling teruja apabila Cikgu As menanyakan soalan kepadanya tapi entah kenapa dia hanya mendiamkan dirinya.
Cikgu As cuba untuk berlagak tenang. Dia tunduk memandang buku matematik di mejanya.
"Okey kelas..hari nie..kita akan belajar topik baharu.." Cikgu As cuba menenangkan kembali kelas itu. Pandangan semua orang segera berubah kearah Cikgu As.
Kenapa dengan Qaisara ni?hish!tapi kalau author berada di tempat Qaisara pun Author akan buat sama seperti apa yang Qai lakukan. Hmmm...we do need to moving on from someone that already proven that they are not meant 4 us..
Vale_

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomansBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...