Bab 16

1.9K 51 2
                                    

Qaisara masih lagi tersenyum kambing. Gina yang melihatnya menjadi seram sejuk jadinya. Apa tidaknya,dari habis waktu rehat tadi sehinggalah nak balik,Qaisara masih lagi tersenyum sampai ke telinganya. Gila agaknya.

"Hoi!kau kenapa ni?dah gila..?" Gina menyoal penuh ikhlas. Sedih dia melihat keadaan sahabatnya tika itu. Ini tak lain tak bukan mesti sebab Cikgu As. Kalau tidak,masakan selepas balik dari belajar dengan Cikgu As tadi Qaisara tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Qaisara memandang kearah sahabatnya. Dia ketawa. Sekali lagi Gina beristighfar di dalam hati. Takut juga dia kawannya itu dirasuk oleh mana-mana makhluk ghaib ke. Qaisara masih ketawa. Memorinya masih lancar memainkan babak-babak indah Cikgu As tadi bersamanya.

"Eh Gina..kau nak tahu something tak..?"

"Apa diaa?"

"Cikgu As kan........"

Pandangan Cikgu As bertukar menjadi pandangan janggal. Cepat-cepat mindanya memproses ayat Qaisara tadi. Dia menepuk dahinya.

'Haahla..manaada Qaisara cakap aku jealous..'bisiknya di dalam hati.

"Apa-apa jelah Qaisara..dah  cepat makan. Cikgu nak kemas meja cikgu yang dah bersepah sebab kamu makan kat sini..tengok tuu..nasi hmmp.." Cikgu As cuba mengelak dari situasi itu. Nasib baiklah Qaisara jenis yang faham situasi. Qaisara hanya mengangguk dan segera menjamah makanannya.

Qaisara pun sedar sebenarnya yang Cikgu As tidak mahu memanjangkan isu itu. Atas dasar tersebut dia memilih untuk diam. Detik cemburu itu biar dia sahajalah yang rakam dan simpan di dalam memori cintanya bersama Cikgu As.

Gina tertawa mendengar setiap bait kata dari cerita Qaisara itu. Dia merasakan hal itu lawak dan sangatlah mustahil.

"Kau fikir logik ke apa yang kau cakap ni ha?dah gila agaknya Cikgu As tu sampai dia nak cemburu antara kau dengan abang Yus..."gelak Gina terhenti. Bila dia fikir-fikirkan kembali ada betulnya juga apa yang sedang diceritakan oleh sahabatnya itu. Mindanya terus menuju ke babak dimana Cikgu As memarahi Qaisara waktu rehat tadi. Jujurnya,dia ada merasakan bahawa Cikgu As tengah cemburu tika itu. Tapi, Cikgu As?cemburu?dengan Qaisara?memang taklah!!

**********

"Eh..As..kau buat apa kat sini?" Soal Cikgu Arul taktala melihat Cikgu As yang masih tidak berhenti termenung ditempatnya.

"Buat apa?buat bodoh. Kau rasa aku buat apa kat sini?ni kan meja aku.."

"Eh,ya tak ya juga. Hahahaha.." cikgu Arul ketawa paksa sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi miliknya.

"Kau dari mana?" Soal Cikgu As sambil mengambil buku latihan pelajar di hadapannya. Cikgu Arul memandang kearah Cikgu As.

"Aku?aku dari kantin tadi. Makan dengan Yus..

"Apasal semua orang asyik cakap pasal Yus eh?" Buku latihan pelajar yang tadinya dia periksa dia lempar kasar ke atas mejanya lalu dia membaringkan kepalanya pada kerusinya. Cikgu Arul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bila masa pula dia asyik cakap pasal Yusuf ni? Setahunya baru sahaja tadi dia berbicara mengenai budak practical itu... dah kenapa Cikgu As ni.

"Bila masa pulak aku.."

"Aku nak pergi tandas jap." Cikgu As berkata dingin lalu langkahnya dia atur keluar meninggalkan sahabatnya itu dengan tanda tanya.

***************

"Aku nak pergi tandas la Qai..jap,lepas aku selesai dari tandas nanti..kau sambung cerita kau okey..?" Gina memegegang perutnya yang memulas. Dia sudah tidak tahan lalu langkahnya segera dilajukan kearah tandas pelajar perempuan.

Masuk sahaja susuk tubuh Gina di dalam tandas perempuan itu,Cikgu As melimpasi tandas tersebut terus ke tandas guru lelaki yang hanya bersebelahan dengan tandas pelajar perempuan tadi.

****************

"Qai.....Qai..."panggil seseorang dari arah belakang Qaisara. Qaisara malas mahu menoleh. Dari suara sahaja dia sudah tahu. Laila. Ish budak gedik ni! Naik meluat dia dibuatnya.

"Qaiiiiii...aku panggil kau kan."

"Hmmm.."malas menyahut,Qaisara hanya membuat bunyi sahaja meminta Laila menyambung ayatnya.

"Aku tahu kau tak suka nak bercakap dengan aku. But,aku suggest tengok ni. " Laila menghulurkan telefon pintarnya kepada Qaisara. Qaisara membuat muka. Gila agaknya budak Laila ni,main hulur je telefon pintar tu depan Qaisara a.k.a musuh ketatnya itu. Tak takut ke?kalau-kalau Qaisara campak phone tu ke luar tingkap kelas mereka.

Qaisara bangun dari tempat duduknya. Satu jelingan dia hadiahkn kepada Laila sebelum dia melimpasi gadis itu. Sungguhla dia merasa malang bila terdengar ngilaian hantu kelas memanggil namanya.

"Qaisara!hoii..aku serius ada benda nak tunjuklah." Laila mengejar langkah Qaisara yang semakin jauh darinya. Ikutkan hati,mahu sahaja budak Qaisara itu dia lenyek sampai hancur. Ingat dia peduli sangatkah dengan budak tak cukup zat tu. Jika bukan disebabkan isu gempak yang ingin dia paparkan,memang haramlah dia mahu menyebut satu huruf pun dari nama Qaisara.

"Apa dia?"tanya Qaisara selamba tanpa menoleh pun kearah Laila. Laila mempercepat langkahnya ke hadapan Qaisara. Telefon pintarnya sekali lagi dia berikan kepada Qaisara. Qaisara mulai sangsi taktala melihat gadis cacing di hadapannya ini. Apa tidaknya, tak pernah rasanya Laila segigih ini untuk menunjukkan sesuatu kepada Qaisara.

"Ni.." Laila menghulurkan telefonnya. Qaisara terus sahaja memandang kearah skrin telefon milik Laila itu. Membulat mata Qaisara melihat paparan dua insan di dalam skrin telefon Laila. Dia terdiam seketika cuba mentafsir apa yang baharu sahaja dilihatnya.

**********

"Eh..Cikgu. Assalammualaikum cikgu.." sapa Gina sebaik sahaja keluar dari tandas dan terserempak dengan Cikgu As. Cikgu As tersenyum.

"Waalaikumsalam Sakinah. Eh,Sakinah..nanti tolong panggilkan Qaisara pergi bilik guru ya?" Ujar Cikgu As sambil melipat lengan kemejanya sehingga ke paras siku.

"Baik cikgu.." Gina mengangguk lalu dia ingin beredar namun. Satu kelibat manusia melimpasinya sehingga menyebabkan dia hampir jatuh ke atas lantai. Namun,disebabkan satu halangan yang membantunya,dia tidak tersembam ke tanah. Gina terkejut akan kejadian tersebut lalu segera dia bangun dari 'halangan' yang membantunya tadi.

"Terima kasih Cikgu As." Ucapnya penuh berterima kasih. Apa tidaknya jika bukan disebabkan tangan Cikgu As yang menahan dirinya tadi,sudah pasti dia akan jatuh terguling di atas lantai. Membayangkannya sahaja dia takut. Malu kot.

"Kamu okey?haih..budak zaman sekarang ni..tak tahu nak berjalan ke.." marah Cikgu As kepada pelajar yang berlari dan melanggar Gina tadi. Nasib baiklah bukan Qaisara yang dilanggarnya. Kalau Qaisara,mahunya budak tadi merasa rotan buatan kayu berlian hinggap di atas punggungnya.

"Saya okey Cikgu..saya masuk kelas dulu eh.." Gina sempat tunduk sebelum beredar ke dalam kelasnya. Cikgu As juga turut beredar ke bilik guru.












Againn..this chapter had being published so late. Im sorry guys..bcs the inconsistent update from me. Hehe.. Im so bzy nowadays so thats why I cant even keep write and update a new chapter. But,alhamdulillah I manage to find my time to complete this and publish it right away..so~~~I hope you guys will keep reading and dont forget to vote and comment in this chap oky?

Xoxo Vanila_latte

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now