Fika berlari secepat mungkin. Dia terus sahaja berlari laju kearah bilik guru. Kakinya dia pecut ke bilik guru. Taktala sampai di hadapan,tanpa membuang masa dia terus bergerak ke meja Cikgu As. Berita yang ingin dia sampaikan hanya Cikgu As yang boleh tangani.
"Cikgu Arul. Cikgu...mana Cikgu As?" Fika bertanya dalam keadaan nafasnya turun naik tidak menentu.
"Cikgu As?kenapa?kenapa cari Cikgu As..Cikgu Arul kan ada..haa cakap je.." Fika mencari nafasnya segera. Sesekali dia mengelap peluh di dahinya yang timbul dek kerana berlari tadi.
"Cikgu...ni pentinglah..saya perlu cakap hal ni dengan Cikgu As juga. Tolonglah bagitahu saya mana Cikgu As..."
"Ya Fika?kamu cari saya..?" Cikgu As dari arah belakang mengejutkan kedua-dua mereka. Fika mengangguk laju.
"Macam serius je pasal apa?" Tanya Cikgu As sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi miliknya.
"Qaisara cikgu.." mata Cikgu As membulat. Qaisara?kenapa pula dengan Qaisara...?
***********
"Kau rasa siapa?"tanya Nurin bimbang. Laila di hadapannya dia pandang takut. Takut sekiranya orang lain mengetahui perkara sebenar.
"Entah. Kucing kot.." Laila cuba bersangka baik. Dalam hatinya sudah mulai bimbang sekiranya yang melakukan bunyi tadi bukannya kucing tetapi orang.
"Wey..kau cuba nak tukar topik ke?" Nurin mengeluh lemah mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Laila itu.
***********
"kenapa dengan Qaisara..?" Cikgu As berdiri pantas sambil wajahnya menunjukkan riak terkejut. Fika dan Cikgu Arul di hadapannya terkejut dengan pergerakan spontan Cikgu As itu. elleh,risau sangatlah tu.
"Err..Cikgu As saya rasa Qaisara kena culiklah.." Fika berkata dalam nada takut. Risau juga dia sekiranya Nurin dan Laila ada di situ. Dia memandang sekeliling sebelum matanya memandang Cikgu As sekali lagi.
"CULIKKKK!!SIAPA CULIK!!" Tanpa Cikgu As sedar,suaranya dia tinggikan sedikit. Wajahnya jelas menunjukkan riak risau yang amat. Yalah,dia memang tak sedap hati sewaktu dapat tahu Qaisara tak hadir hari tu. Tapi,bila dia dapat tahu Qaisara kena culik,jantungnya berdebar laju selaju mesin yang dihidupkan dengan kelajuan maksima.
"Woi As..releks..kau bertenang wei. Aku tahu kau sayang dia tapi kita siasat pelahan-lahan okey.." Fika yang tadinya risau tersenyum mendengar ayat Cikgu Arul itu. Dia tahu Cikgu As dan Qaisara seperti ada something fishy antara kedua-duanya dan disebabkan itulah dia memilih untuk memaklumkan hal itu dengan Cikgu As dan bukannya Guru kelas mereka.
"Bila masa aku sayang dia?aku just risau okey...risau." Cikgu As cuba berdolak dalih sekali lagi. Tak sayang konon kalau tak sayang kenapa risau..?aduhai Cikgu As.
"Siapa yang culik Qaisara ni?" Bengang pula Cikgu As dibuatnya. Ikutkan hati mahu sahaja dia terus pergi menyelamatkan Qaisara tadi tapi bila dia sendiri pun tidak mengetahui dimana keberadaan gadis itu,dia memilih untuk diam di situ.
"Err.."
"CAKAP JELAH!" Cikgu As emosi. Cepatlah cakap!
"Nurin dan Laila!" Cikgu As membuat muka. Pelajar kelasnya juga rupanya. Matanya bertukar ke mod marah. Serius dia sakit hati dengan tindakan bodoh yang pelajarnya lakukan itu.
"Macam mana boleh.." bahu Cikgu As di sapu pelahan oleh Cikgu Arul. Mukanya jelas menunjukkan dia risau.
"Fika..kamu dah confirmkan ke benda nie?kamu yakin orang yang terlibat dalam kes penculikan Qaisara ni Nurin dan Laila?" Fika mengangguk laju taktala soalan itu diutarakan oleh Cikgu Arul. Cikgu Arul menunjukkan riak wajah risau.
"Panggil budak dua tu kesini!" Fika sedikit terkejut mendengar suara Cikgu As yang jelas dia tengah marah tika itu. Apa tidaknya suaranya tak ubah seperti hulk yang bengang dengan pihak lawannya.
"Tapi cikgu.."
"As!aku tahu kau bengang sekarang ni..kau bawak bersabar bole tak?benda nie..hanya Amir yang bole settle..jadi kau tak perlu nak panggil budak dua tu..kau fikir sikit nasib Fika kalau mereka dapat tahu Fika yang bagitahu pasal diaorang.." Cikgu As menghembus nafasnya berat. Sungguhlah dia marah tika itu. Apa yang menimpa Qaisara itu sangatlah tidak masuk dek akal. Agaklah kalau sakit hati pun,kenapa?kalau marah culik je ka cara nak selesaikan?
"Fika kamu masuk kelas dulu..hal ni..biar Cikgu dan Cikgu As yang settlekan okey..?" Fika mengangguk lalu mula mengatur langkah berat meninggalkan Cikgu As dan Cikgu Arul yang jelas kelihatan rungsing itu. Dia ingin membantu,tapi apakan daya..itu sahaja yang dia mampu lakukan. Taktala Fika keluar,langkahnya terhenti apabila satu susuk tubuh berada di hadapannya. Fika terkedu.
**********
"Amir kat mana sekarang.." Cikgu As bertanya sambil dia merenung ke luar jendela biliknya.
"Kat sibu. Sarawak." Cikgu As menoleh dengan pandangan wajah yang teramatlah risau. Satu keluhan berat dia lepaskan. Cikgu Arul yang melihat keadaan sahabatnya itu turut bersimpati.
"Sabarla As...aku yakin dia okey je..diaorang takkan berani nak buat apa-apa.." cikgu As masih risau,sekali lagi dia melepaskan keluhan selepas mendengar ayat yang keluar dari bibir sahabatnya itu.
"Kring..kringg.." tiba-tiba telefon bimbit Cikgu As berbunyi. Cikgu As menoleh laju lalu dia menjawab panggilan itu.
"Haa..As,kenapa Arul koll aku!" Jawab seseorang dari ganggang telefon tersebut. Cikgu As memandang kearah Cikgu Arul lalu satu pandangan harapan dia berikan. Cikgu Arul yang memahami situasi tersebut turut tersenyum lega.
Tiada perkataan yang mampu Cikgu As ungkapkan melainkan rasa syukur.
'Amir..' ungkap Cikgu As pelahan menyahut panggilan itu.
Sesungguhnya patik menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua..huhuhuhu..sorry for the late update guys..and its actually bcs ugh I know its cliche but..em busy..duh!but after this I will tryin to make my time to keep update and update..okay?btw..
Adakah Cikgu As mampu menyelamatkan Qaisara?atauka dia hanya mampu meminta bantuan dari Amir..namun,siapa pula Amir yang dia maksudkan itu?ugh serabut..tunggu next chap guys for more exciting part..
Vale_
![](https://img.wattpad.com/cover/189451122-288-k347292.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...