Cikgu As melihat dari arah luar wad Qaisara dengan perasaan yang sangat hiba. Jujurnya,hatinya penuh dengan rasa serba salah walaupun dia tidak tahu apa sebabnya. Selepas agak lama berada di luar,Cikgu As mengambil keputusan untuk memasuki wad tersebut.
Dia tatap Qaisara lama. Wajah sayu budak itu yang masih tidak sedar membuatkannya risau. Cikgu As memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Dia melihat kearah luar wad itu dengan satu perasaan yang kosong.
"U..umii.."tidak lama selepas itu,satu suara kecil kedengaran membuatkan Cikgu As memalingkan wajahnya kearah Qaisara. Qaisara membuka matanya pelahan-lahan. Selepas beberapa lamanya dia cuba memahami situasi dan keadaannya kini,dia membuka matanya luas. Dia melihat sekeliling. Matanya membulat melihat Cikgu As berada di sebelahnya.
"Qaisara..kamu dah bangun ke?Qaisara??Qaisaraa.." Cikgu As dengan penuh teruja memanggil nama Qaisara. Dia rindukan budak itu. Rindu ingin memarahinya. Rindu ingin mengusiknya. Rindu segalanya tentang dia.
"Arggghhhh!!!keluaaarr!!!!" Qaisara menjerit kuat. Dia melempar bantal ke arah Cikgu As sambil menjerit memintanya beredar dari situ. Cikgu As yang mulai keliru cuba menenangkan Qaisara. Qaisara menolak setiap tindakan Cikgu As. Cikgu As dia teriak dan memarahinya memintanya pergi dari situ.
"Qai!!Qaisara.."tidak lama selepas itu Puan Ina,memasuki wad Qaisara dan cuba memeluknya agar dia bertenang.
"Umi..umi!!suruh lelaki tu keluar dari sini Umi!!halau dia umi!!lelaki tu jahat umi!!halau dia keluar umi !halau!!!!" Qaisara menjerit dalam tangisan. Dalam suaranya jelas dia bencikan Cikgu As. Cikgu As bimbang akan keadaan Qaisara,namun waktu itu dia tahu persoalan di mindanya tidak akan menenangkan situasi tika itu. Dia memilih jalan untuk beredar dari situ.
Keluar sahaja dari wad Qaisara,bahu Cikgu As terlanggar dengan bahu milik Gina. Gina segera memohon maaf tapi ayatnya terhenti apabila terdengar jeritan Qaisara.
Kepala Gina lantas pelahan-lahan menoleh kearah Cikgu As.
"Cikgu okey?" Tanya Gina risau. Cikgu As hanya mengangguk lalu beredar dari situ. Sesungguhnya waktu itu,hanya tuhan yang tahu perasaannya. Dia sakit. Ya,jujurnya dia terlalu sakit dengan perbuatan Qaisara dan lagi menyakitinya apabila dia tahu,dia tidak boleh melakukan apa-apa untuknya.
**********
"Haa cemana As,Qaisara okey?" Cikgu Arul bertanya dengan nada bimbangnya. Cikgu As malas mahu membahaskan isu itu. Dia memilih untuk melihat ke luar melalui tingkap kereta Cikgu Arul. Cikgu As hanya memejamkan matanya sepanjang jalan. Cikgu Arul yang faham akan perkara itu segera mensenyapkan mulutnya.
Keliru?sudah pasti. Perkara yang langsung tidak dia jangkakan berlaku. Kiranya selepas Qaisara sedar dia akan memasangkan wajah gembira kerana melihatnya berada di sisi Qaisara. Dalam waktu yang singkat itu, jelas dia sedikit terasa tapi dia cuba berfikir positif. Mungkin Qaisara trauma tapi kenapa dia?
**********
"Dia dah pergi ke umi.." Qaisara bertanya serius dalam pelukan Puan Ina. Puan Ina mengangguk lalu Qaisara melepaskan pelukan Puan Ina dan menghapuskan air matanya. Puan Ina yang berada di situ terkejut dengan tindakan Qaisara. Gina juga lalu dia mendekati sahabatnya itu pelahan-lahan.
"Qai?kau okey ke?"
"Okey..kenapa?" Qaisara menjawab lemah dalam keadaan baring.
"Umi nak keluar kejap belikan Qaisara makanan,kamu dua berbual la ya.." Gina mengangguk lalu mengambil tempat di kerusi sebelah katil Qaisara.

YOU ARE READING
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...