Cikgu Arul cuba mengemas buku yang berselerak di atas mejanya. Aduh!banyak pula buku yang tak terkemas di atas mejanya.
"Ish..malas ah nak kemas.." Cikgu Arul lantas bangun dan meninggalkan meja kerjanya yang berselerak. Dia keluar dari bilik guru itu sambil menyanyi mengikut irama pelik yang diciptanya.
Sambil dia berjalan kearah yang dia juga tidak tahu dia terlihat Qaisara yang kelihatan lemah dan menangis?dek kerana bimbang,dia mengekori budak itu. Langkahnya terhenti taktala melihat susuk tubuh Cikgu As yang masuk ke kelas 5 Upsi itu dengan muka berang. Dia memerhati setiap bait kejadian yang terjadi di depan matanya. Cikgu Arul mengeluh berat.
"Haih sampai bilalah As nak terus bencikan wanita..huh..." kedengaran bunyi lesuh dari suara Cikgu Arul. Sukarlah untuk dia tafsir apa yang Cikgu As fikirkan. Memanglah,pengalaman silam membuatkan Cikgu As menjadi trauma terhadap perempuan tapi Qaisara?Qaisara tak salah..sebab dia bukan perempuan tu.
Cikgu Arul tiba-tiba teringat akan insiden 2 tahun yang lalu. Tahun yang amat gelap bagi Cikgu Asfad.
Cikgu As mendekati wanita yang berada jauh di luar restoran. Dia terasa seperti ingin rebah. Lisa. Itu wanita yang amat dia cintai. Lisa yang amat dia kasihi. Lisa yang dia sudah tekad untuk dijadikan pasangan hidupnya. Tapi,kenapa Lisa berpelukan dengan lelaki lain. Lisa yang dia kenali bukannya seperti itu. Dengan dia sahaja tiada skinship. Tapi kenapa dengan lelaki lain mudah pulak dia memberikan segalanya?Sambil berjalan,airmatanya mengalir.
"Li..li..lisaa.."bergetar suaranya menyebut nama itu. Malangnya,tidak dapat didengar olehnya. Si dia terlalu asyik membuat tayangan filem romantik dihadapan Cikgu As.
"Lisa!" Cikgu Arul muncul entah dari mana. Dia datang untuk membela rakan baiknya itu.
Lisa terkejut. Cepat-cepat tangannya dia larikan dari jejaka yang agak berumur dari mereka bertiga.
"Abang As..Abang buat apa kat sini.." Lisa cuba mengawal situasi. Dia membaguskan keadaan rambutnya. Terasa rambutnya sedikit berselerak selepas membuat adegan romantik tadi. Atau lebih tepat adegan tidak takut mati tadi.
"Apa yang kau buat ni hah?kau tahu tak kau dengan As dah nak kahwin?boleh pulak kau berpeluk-pelukan ngan mamat ni!!kenapa?dah haus nafsu sangat ke,sampai nak cari mamat lain!!"
"Excuse me Arul!you have nothing to do with this matter so please get the hell out of here..
Sayang~~~..you tahu kan...its not like what you was thinking rn..." suara gedik bercampur suara godaan itu keluar. Berani sungguh Lisa.
Lengan Cikgu As dia genggam lembut. Dia juga menggoyang-goyangkan lengan itu minta dipercayai."Arul..tolong aku gadai cincin ni..pastikan duit hasil gadaian tu kau hantar dekat rumah anak yatim eh..aku balik dulu.." tangan Cikgu As dia rentap kasar. Dia melepaskannya dari genggaman Lisa kasar. Lisa terkejut. Lebih terkejut selepas mendengar ayat Cikgu As yang meminta Cikgu Arul untuk menggadaikan cincin tunang mereka.
"Hey...you...you..." berkali-kali Lisa memanggil,tapi Cikgu As langsung tidak menoleh.
Lamunannya terhenti taktala Qaisara keluar penuh marah dari kelas itu. Diikuti dengan Cikgu As. Cikgu Arul menahan Cikgu As.
Dia memandang tepat ke mata sahabatnya itu. Dia tahu,dia tahu Cikgu As tidak membencikan Qaisara. Dia tahu rakannya itu sudah mulai cuba menerima wanita selepas hadirnya Qaisara dalam hidupnya. Tapi,Cikgu Arul masih tidak faham..kenapa Cikgu As perlu menafikan hal itu."Kau bagi dia releks dulu..perempuan ni hati diaorang sama macam kerak nasi. Rendam dengan air lembutlah nanti..biar aku yang pujuk dia." Kata Cikgu Arul dalam nada biasa kerna sedar sahabatnya itu tengah marah. Apa sebabnya pun dia tidak tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...