Bab 13

1.9K 61 1
                                    

Qaisara masih menutup mukanya dengan selimut. Oleh kerana masih terlalu malu dengan keadaam tadi,dia terus sahaja berselindung. Uminya itu memang tak sah sekiranya tidak mengenakannya. Penat Qaisara dibuatnya. Ni macam mana nak menghadap Cikgu As kat sekolah nanti.

*********

Cikgu As masih diam membatu. Dari keadaannya jelas dia tidak senang duduk. Wajahnya masih merah dengan ayat umi Qaisara tadi dan bertambah merah taktala mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Cikgu Arul tika itu.

"Pengantin baru~~~pompompampampompampo pengantin baru...duduk bersanding~~~tersipu malu..malu.." Cikgu As menampar dahinya sendiri. Nasiblah badan dapat bestfriend bangang macam Cikgu Arul ini.
"Eh As,kau tak pernah bagitahu aku pun yang kau ada mak mertua..eiy~~" kata Cikgu Arul masih dengan nada bergurau. Tiada respon dari Cikgu As. Senyap sahaja. Dia malas mahu melayan sebenarnya.

"Alaa...janganlah malu-malu..hahahahahha..AUWWW!" pamm!satu tamparan singgah di atas pipi Cikgu Arul. Cikgu As disebelahnya sudah senyum puas. Haa, kacaulah lagi.

*********

Tangannya dia angkat menutup muka. Matanya melilau memerhati sekeliling. Takut-takut nanti dia terserempak pula dengan Cikgu As. Qaisara terus melangkah biasa apabila dia yakin tiada Cikgu As di situ. Satu hembusan lega dia lepaskan.

"Qaisara?" Panggil Cikgu As dari jauh.

Qaisara yang mendengar suara itu segera berlari tanpa menoleh pun kearah guru kegemarannya itu. Cikgu As menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah kenapa Qaisara ni.

Larian Qaisara membawanya ke dalam kelas. Dia segera duduk di kerusinya lalu membaringkan kepalanya tanda penat. Gina yang menyedari kehadiran Qaisara segera menghampirinya.

"Woi..kau ni kenapa?sesak semacam je.."tanya Gina lalu duduk di atas meja Qaisara.

"Gina..tolong aku Gina..aku malu!!" Gina yang tadinya tidak memahaminya kini faham. Dia ketawa.

"Hish kau ni!!aku malu ni.." Gina memeluk sahabatnya itu lalu tudungnya dia tarik.

"Tulah!apasal lak kau bagitau umi kau yang Cikgu As tu menantu mak kau..pfft.." Qaisara membuat muka. Sahabatnya itu sepertinya sudah lama menempah maut.

"Eh bila masa lak aku cakap kat umi aku Cikgu As tu menantu umi aku hah?umi yang pandai-pandai...!" Getus Qaisara geram. Gina masih ketawa lalu kepala sahabatnya itu dia belai pelahan.

"Wey cikgu datang.." kedengaran suara pelajar kelas mereka berlari ke dalam kelas.

Qaisara dan Gina membaguskan duduk.

"Masa pertama hari ni subjek apa?"tanya Qaisara sebaik sahaja bangun tegak bersedia untuk belajar.

"Matematik." Ternganga mulut Qaisara mendengar jawapan dari mulut Gina itu.

"Berdiri semua..Assalammualaikum Cikgu.." suara ketua kelas menambahkan lagi debaran jantung Qaisara. Cepat-cepat dia bangun dan mengucapkan salam bersama-sama yang lain.

"Waalaikumsalam semua duduk.." gulp!air liur Qaisara telan dalam taktik slow motion. Suara macho Cikgu As membuatkannya tidak senang duduk.

"Kelas..hari ni,cikgu ada meeting jadi Cikgu tak boleh lama so...cikgu akan tinggalkan latihan untuk bab yang kita belajar kemarin..so buka muka surat.."

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now