Tanpa Qaisara sedar,airmatanya jatuh. Dia segera menghapuskan air suci dari matanya itu. Cikgu As yang terkejut dengan titisan yang jatuh dari mata Qaisara segera membersihkan tekaknya.
"Kenapa Cikgu nak jumpa saya." Tanya Qaisara dalam keadaan bergetar.
"Cuti ni kamu ada nak kemana-mana ke?" Cikgu As bertanya cuba mengubah situasi sedih tadi. Melihat keadaan Qaisara dengan mata yang bengkak membuatkan semua amarahnya hilang.
"Saya balik kampung dengan Abang Yus. Kenapa Cikgu tanya.." Cikgu As menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa marah yang tadinya hilang kini kembali. Abang Yus. Abang Yus. Tak habis-habis.
"Cikgu ada benda nak cakap dengan kamu."
"Apa dia cikgu..?" Qaisara bertanya penuh risau. Debaran di dadanya terlalu laju tapi dia cuba menyelindungi hakikat itu dengan muka tanpa ekspresinya itu.
"Hujung minggu ni..Cikgu akan bertunang dengan Cikgu Nora. " Qaisara mati akal. Betul lah..betul lah Cikgu As akan bernikah dengan Cikgu Nora. Betul lah. Betul lah semua yang Cikgu Nora katakan itu. Qaisara cuba berlagak tenang lalu dia tersenyum paksa. Matanya mula berkaca.
"Waah..tahniah Cikgu. Tak sangkakan..Cikgu kahwin juga akhirnya dengan Cikgu Nora." Cikgu As lantas diam. Hatinya seperti tercalar sedikit. Jawapan Qaisars itu membuatkannya bingung dan sakit. Maksudnya?apa? Adakah apa yang Qaisara maksudkan adalah dia telah move on dari Cikgu As?itukah yang sebenarnya?
"Saya harap Cikgu As akan bahagia dengan Cikgu Nora.. jaga Cikgu Nora baik-baik tau. Okeylah..Qai pergi dulu.."
"Qaisara.."Langkah Qaisara terhenti taktala namanya dipanggil. Airmatanya yang sedari tadi dia cuba tahan akhirnya jatuh juga.
"Cikgu harap kamu akan datang untuk majlis pertunangan tu.."
"Qai takkan datang." Qaisara menjawab laju. Tidak cukupkah?tidak cukupkah untuk Cikgu As terus menyakiti hati Qaisara sedari tadi. Perlukah dia berharap Qaisara untuk menghadirkan diri pada hari pertunangannya. Cikgu As jahat!
"Kenapa..?"
"Qai takkan ada kat sini sepanjang cuti sekolah nanti sebab tu.."jawab Qaisara masih dalam keadaan membelakangi Cikgu As.
"Kalau macam tu Cikgu akan tunggu sampai kamu datang ." Cikgu As menjawab laju. Hati Qaisara terasa seperti dirobek hancur oleh Cikgu As.
"Apa masalah Cikgu sebenarnya?Qai dah cakapkan Qai taknak datang..apasal Cikgu still lagi nak tunggu Qai datang dan saksikan semua kebahagian Cikgu dengan Cikgu Nora. " Qaisara yang dari tadi cuba mengawal dirinya gagal jua akhirnya dengan ayat Cikgu As.
"Itu yang Cikgu nak tanya. Apa masalah kamu?kamu cakap kamu okey?kamu serius okey dan harapkan kebahagiaan Cikgu. Jadi,kenapa kamu tak boleh datang?" Cikgu As berkata dalam nada menyindir. Qaisara terasa terpukul dengan ayat Cikgu As itu. Langkah Cikgu As dia majukan ke hadapan Qaisara.
"Are you sure you okay with this whole things?" Soalan itu membuatkan air jernih jatuh laju dari kedua pasang mata Qaisara. Sampai hati Cikgu As tanya soalan bodoh tu dengan dirinya.
"So apa yang cikgu expect untuk Qai buat?halang pertunangan Cikgu?halang semuanya walaupun Qai tahu Qai langsung tiada harapan untuk dapatkan Cikgu? Cikgu!kalau ikutkan hati saya..saya nak culik Cikgu dan bawa Cikgu ke tempat yang sangat jauh sebab hanya saya je yang boleh kahwin dengan Cikgu!kalau ikutkan hati saya..saya nak ikat Cikgu biar semua tahu Cikgu saya punya tiada siapa!tiada siapa yang boleh ambil Cikgu dari saya. Saya nak bagitahu satu dunia yang Cikgu!Cikgu saya punya and always gonna be mine..NOBODY CAN TAKE YOU FROM ME!!!! TAPI!Siapa saya?siapa saya untuk menghalang takdir?siapa saya untuk menghalang jodoh Cikgu...siapa saya.."Qaisara mengeluarkan semua isi hatinya yang selama ini terpendam lama. Cikgu As memandang Qaisara dengan perasaan yang bercampur baur. Dia jujurnya sedih. Dia tidak mahu kehilangan Qaisara. Tapi,keadaan yang membuatkan hubungan mereka berubah sebegini jauh.
"Qaisara.."
"Cikgu,saya faham. Tak mudah untuk Cikgu terima cinta saya..saya faham. Saya juga faham yang cinta takkan boleh dipaksa. Walau macam mana saya cuba kalau takdir kita berdua adalah berasingan,saya perlu sedia untuk lupakan Cikgu. Sebab tu..saya harap cikgu akan faham dan bantu saya untuk lupakan semuanya. Apa yang dah jadi sudah cukup untuk saya berhenti berharap. Oleh itu saya harap cikgu akan....
Bahagia.." Qaisara mengambil masa yang lama untuk menyebut perkataan bahagia itu. Hatinya terluka yang amat. Wajah Cikgu As dia tatap sambil menangis."Saya balik dulu." Qaisara sudah tidak sanggup berada disitu. Dia takut sekiranya rasa sayangnya akan terus bertambah sehingga menyebabkan dia sukar untuk melupakan Cikgu kesayangannya itu.
*************
"Assalammualaikum.." Qaisara menyapa Gina di dalam biliknya dalam nada yang penuh sendu. Gina yang sedang kusyuk membaca buku segera menutup bukunya dan mendekati Qaisara. Pintu biliknya segera dia tutup. Qaisara membaringkan badannya di atas tilam milik Gina. Dalam keadaan meniarap dia menangis sekuat hatinya di situ.
Gina yang faham akan situasi tersebut segera menyapu belakang sahabatnya. Cuba menenangkan Qaisara yang menangis kuat.
"Qai..ni semua permulaan je..lepas ni kau akan okey punya. Percaya cakap aku." Ucap Gina sambil mengusap kepala sahabatnya itu. Dia kasihan melihat keadaan sahabatnya itu. Keadaannya tiada beza dengan keadaan orang yang baru sahaja putus cinta.
**********
Keadaan riuh di ruang tamu rumah Cikgu As membuatkan perasaannya yang kosong tika itu terus sahaja menjadi sunyi. Ayat Qaisara 2 hari yang lepas membuatkan dirinya tenggelam dalam perasaan serba salah . Kenapa dia perlu menjadi ego pada saat-saat akhir itu. Pada peluang terakhirnya pada hari itu. Dia kesal sendiri. Dia melihat kearah bayangan dirinya pada cermin di dalam bilik itu. Adakah dia pasti dengan tindakannya ini. Adakah dia yakin yang dia akan boleh meneruskan majlis pertunangan itu sedang satu insan menangis di atas pentas keegoannya. Perlukah dia teruskan atau berhenti. Argh! Dia serabut. Disaat hatinya sedang diuji,satu tangan hinggap di atas bahunya lembut.
"Ma.." kehadiran ibu Cikgu As menyedarkan dia dari lamunannya.
"As...mama tak pernah paksa kamu untuk memilih sesiapa pun dalam hidup kamu..samaada dia Qaisara atau Cikgu Nora. Mama tak pernah paksa kamu untuk terima siapa-siapa pun. Sebab apa?sebab mama tahu..anak mama pandai membuat keputusan dalam hidupnya. Tapi satu mama mohon dari As. Tolong jangan tipu diri kamu. Tolong jangan bohongi hidup kamu..kalau kamu tak suka cakap tak suka. Jangan risau,apa pun keputusan kamu,mama takkan pernah terasa dan kecil hati. Tapi,kalau kamu buat semua ni kerana kebahagian mama dan bukannya kerana kebahagian kamu sendiri,mama akan kecik hati faham?" Cikgu As terasa sedih tiba-tiba. Dia memeluk ibunya penuh erat. Tapi,pelukan eratnya dia lepaskan dek kerana bunyi notifikasi dari telefonnya.
Telefonnya dia capai,lalu dia membuka mesej yang dihantar kepadanya.
"Masa berlepas,5 petang.
KLIA-KKIA.
-gina" membulat mata Cikgu As membaca mesej yang dihantarkan oleh Gina.Dont forget to Voment gais..💛
Vale

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...