Prolog

6K 113 1
                                    

Matanya dia tutup cuba untuk menahan rasa yang dia alami tika ini. Sakit. Sedih. Sebak. Semua rasa itu sememangnya menghangatkan dirinya tika itu. Airmata yang jatuh pula menambahkan lagi rasa sakit pada dadanya. Dia memegangnya cuba menahan sakit. Tapi,sepertinya tiada apa yang berbeza. Rasa sakit itu langsung tidak berkurangan malah bertambah perit.

"Qaisara..sakit sangatkah kalau kita mencintai seseorang?" Suara itu membuatkan Qaisara yang sedari tadi menahan airmatanya mengangguk.

"Sakit..sakit Gina..sakit yang hanya kau sahaja boleh rasa.." Qaisara menahan lagi airmata namun,sekali lagi dia gagal.

Gina memeluk Qaisara lalu membelai kepalanya lembut. Terlalu perit apa yang budak itu alami.

"Qai! Turun makan..." teriak seorang wanita 40-an itu menghentikan tindak Gina dan Qaisara.

"Umi ni...Qai baru nak feel-feel kena reject..." Punah harapan Qaisara ingin mengikuti ujibakat lakonan tahun ini. Gina yang tadinya percaya menolak kepala Qaisara. Tak guna. Buat penat dia sahaja memeluknya tadi. Bazir emosinya sahaja sama-sama menangis dengannya.

"Kalau kau nak bersketsa kat sini,kau bagilah tahu aku dulu..ni tak.." Gina sudah panas. Qaisara segera memohon maaf lalu tangan sahabatnya itu dia tarik menuju ke ruang makan rumahnya.

*********

"Asfad?bila kamu nak kahwin ni? Ibu dengan Abah dah lama tunggu tahu tak.." kata-kata ibunya itu masih lagi bermain-main di benak fikirannya. Bukannya dia tidak ada calon. Ada. Tapi,itulah..mungkin baginya masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkahwin tapi tidak bagi si dia.

"Cikgu?cikgu okey?" Teguran seseorang mematikan lamunan Cikgu As. Dia menoleh. Qaisara. Entah kenapa, gadis itu membuatkannya seperti ingin senyum. Dia menghadiahkannya senyuman lalu menyapanya.

Namun,Qaisara hanya diam. Dia menatap Cikgu As lama. Cikgu As yang sepertinya menyedari akan hakikat itu mengalihkan pandangannya kearah Qaisara.

"Nak apa lagi?dah hantar buku en?" Katanya tegas dengan pandangan sejahat mungkin. Tapi,pandangan mana pun..Qaisara tetap suka..baginya,tatapan mata yang paling indah adalah dari cikgu As. Cikgu Pilihannya itu....




Vanila_latte

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now