Bab 18

1.7K 55 1
                                    

Qaisara terus sahaja berjalan di bawah pepohon kapas yang berada di sekitar laluan kawasan perumahannya. Airmatanya yang mengalir bagaikan pili paip itu dia malas untuk hapuskan. Terlalu banyak sehinggakan pipinya tidak sempat mengeringkan airmata lain disebabkan airmata baru yang baru sahaja turun di setiap waktu. Apa yang dilihatnya tadi sememangnya menyakitkan lubuk hatinya.

Qaisara terduduk di laluan pejalan kaki itu. Teringatkan suasana mesra antara Cikgu As dan Cikgu Nora di dalam kereta itu membuatkannya takut. Takut sekiranya apa yang dilihatnya itu betul. Takut sekiranya Cikgu As dan Cikgu Nora sememangnya..

Qaisara menangis semahunya di situ. Dia menangis sambil duduk mencangkung. Orang ramai yang lalu lalang hanya mampu memandang penuh simpati dan hairan dengan keadaan Qaisara itu.

"Kenapa Cikgu..kenapa Cikgu buat Qai macam ni. Apa salah Qai. Kenapa Cikgu beri harapan dengan Qai tetapi mengambilnya kembali selepas membuatkan Qai teruja dengan harapan itu. Kenapa Cikgu..kenapaaa.." Qaisara berkata dalam tangisan. Taktala dia masih menangis,titisan air lain membasahi Qaisara dan semua penduduk di kawasan itu. Hujan mulai memulakan tugasnya menyebabkan orang ramai bergegas mencari tempat perlindungan. Qaisara masih lagi ditempatnya menangis. Dia dibasahi dengan hujan yang turun serentak dengan airmatany tika itu. Dia menangis teresak-esak. Dia rindukan Gina. Dia rindukan umi. Dia rindukan biliknya. Sekali lagi dia memerlukan ketiga-tiganya disebabkan Cikgu As sekali lagi.

********

"Tolong apa Cikgu?" Tanya Cikgu As serius. Yalah,bila berbicara dengan rakan sekerja ni kita perlu profesional walaupun malas sebenarnya.

"Kereta saya rosak. Saya nak minta tolong Cikgu hantarkan saya balik. Boleh?" Kedengaran suara Cikgu Nora merengek dari arah telefon Cikgu As. Cikgu As ingin menolak. Apa tidaknya bukan sekali dua tapi berkali-kali kereta Cikgu Nora itu rosak dan meminta Cikgu As menghantarnya. Memanglah,dia perlu membantunya tapi tidak salah jugakan sekiranya dia menolak.

"Tapi cikgu....saya ada.."

"Argghh..apa ni...tolong..tolong.." talian dimatikan.

"Cikgu Nora?Cikgu Nora?hello?Cikgu Nora??haish.." Cikgu As terus sahaja menghidupkan enjin keretanya dan mula menggerakkan kenderaan miliknya itu kearah tempat keberadaan Cikgu Nora. 

Keretanya dia pandu laju sehingga sampai ke luar kawasan sekolah tempat dimana Cikgu Nora dan keretanya terdampar. Dari dalam kereta Cikgu As dapat melihat seorang lelaki tua sedang menganggu Cikgu Nora. Lelaki tua itu kelihatan seperti pengemis jalanan yang berkeras dek kerana keinginannya tidak dapat dipenuhi. Cikgu As yang sedikit cuak,segera memarkirkan keretanya di bahu jalan lalu dia keluar dari kereta dan mendekati Cikgu Nora dan lelaki tua itu.

"Cikgu As...tolong.."Cikgu Nora merengek lagi. Naik meluat Cikgu As mendengar nada suara gedik seperti itu. Alah telinganya mendengar suara menggoda kononnya lemah itu. Dia sukakan suara yang bingit dan memekakkan telinganya. Yang dari panggilan namanya sahaja boleh membuatkannya tersenyum. Yang dari lagaknya sahaja boleh membuatkannya rindu.

"Cikguu??" Cikgu As tersedar dari lamunannya. Dia segera mendekati lelaki tua itu lalu proses memujuk dan memaksa pun bermula.

"Aku takkan ganggu dia kalau dia tidak kurang ajar dengan akulah.." lelaki tua itu membalas kasar. Keinginannya untuk membalas dendam terbatal dek kerana pujuk rayu Cikgu As. Dia segera mengangkat langkah dari situ memandangkan tiada apa-apa yang akan berubah pun.

"Cikgu.." Cikgu Nora berlari kearah Cikgu As lalu memeluknya. Cikgu As terkejut dengan tindakan Cikgu Nora yang drastik itu lalu tanpa sengaja tubuh wanita itu dia tolak kasar.

"Cikgu!apa yang cikgu buat ni!!kita kat sekolah tau!lagipun..kita bukan mahram. Apa yang cikgu buat tadi tu teramatlah salah!!Cikgu tahu tak?" Naik bengang pula Cikgu As taktala Cikgu Nora selamba sahaja memeluk tubuh Cikgu As yang mahal itu. Penat dia menjaganya,senang-senang sahaja Cikgu perempuan itu kotorkan.

"Sorry Cikgu. Saya terlalu takut tadi. Tu yang..terpeluk." ucap Cikgu Nora dengan wajah minta dimaafi. Cikgu As sudah mulai loya melihat wajah minta dikasihani itu.

"Dahlah. Jom,saya hantar awak balik.." kata Cikgu As dingin lalu dia segera memasuki keretanya membiarkan Cikgu Nora masuk ke dalam kereta sendiri. Sungguhlah dia tidak suka akan gadis yang berperangai tidak senonoh seperti tadi. Murah.

**********

Qaisara memilih untuk terus berjalan memandangkan dia tiada pilihan lain. Dia tidak boleh terus melayan perasaannya di tengah jalan. Lambat laun orang ramai akan mengetahui keberadaannya. Dia terus melangkah dalam tangisan.

Tiba-tiba,tekak Qaisara terasa gatal lalu dia cuba mencapai botol air miliknya yang terdapat di beg sekolahnya. Dia meraba-raba bahagian botol air tapi hampah. Tiada. Qaisara yang sedikit jengkel mengambil keputusan untuk mencapai begnya dan memasangkannya di hadapannya lalu dia teguh mencari botol airnya namun..masih juga tiada.

Taktala itu,satu bunyi tegukan kedengaran dari arah kanan Qaisara. Qaisara menoleh pelahan.

"Arghhh!" Qaisara terkejut taktala melihat seorang lelaki tua yang tak ubah seperti pengemis sedang meneguk air dari botol miliknya. Dia terasa seperti ingin menangis. Dia terlalu haus agaknya sehinggakan dia sebak tanpa dia sedari.

"Kamu punyakah..?Argh!aku dah ambek..jadi,ni aku yang punya!" Qaisara mengangguk laju.

"Ya,tu pakcik punya..pakcik boleh minum sebanyak mana pakcik mahu. Kalau pakcik lapar..kejap eh.." Qaisara yang semakin sebak segera mencapai bekas makanannya yang masih belum diusik lalu memberikan bekas tersebut kepada atuk pengemis tadi.

"Kau bagi aku makan?hua..hebat..terima kasih eh." Orang tua itu terasa dihargai. Gadis kecil dihadapannya itu jelas adalah seorang yang amat baik. Jika tidak masakan dia mahu memberi segala yang dia ada hanya untuk seorang pengemis tua yang dahaga dan lapar. Dia sanggup menahan lapar dan memberikan semuanya kepada si pengemis.

"Saya balik dulu eh Pakcik.." kata Qaisara masih dalam keadaan sebak.

"Anak..walaupun pakcik tak tahu apa masalah kamu. Tapi,pakcik cuma nak bagitahu satu je..dia..cintakan kamu." Pengemis tua itu mengatakan apa yang dia rasa dia perlu katakan. Ayatnya itu membuatkan Qaisara semakin sebak lalu dia menangis lagi.

"Saya balik dulu pakcik.."tergetar-getar suara Qaisara menyatakan selamat tinggal kepada Pengemis tua tadi dan dalam sekelip mata pengemis tua itu sudah hilang entah kemana.

Qaisara meneruskan langkahnya dalam tangisan. Tapi,bilamana kakinya baru sahaja melangkah dua tiga langkah,beberapa jejaka berbadan tagap mendekatinya.

"Kamu Qaisara?" Tanya salah satu jejaka itu yang kelihatan seperti ketua kepada mereka. Qaisara menggeleng laju.

"Tak..saya tak pernah dengar siapa-siapa yang bernama Qaisara kat dunia ni.."jawab Qaisara dalam nada takut.

"Bawa dia.." kata si ketua jejaka berbadan tagap itu. Mendengar sahaja arahan dari ketua kumpulan berbadan besar itu,kesemua mereka bergerak mengikut semua arahan si ketua. Kesemua mereka mengambil Qaisara lalu mengangkat gadis itu ke dalam van. Qaisara menjerit minta dilepaskan.

Tapi..hampah..si penculik langsung  mengendahkan tangisan Qaisra sehinggakan menyebabkan Qaisara terpaksa diberi ubat penenang sehingga dia pengsan.

"Gerak.."arah ketua penculik itu lalu van yang mereka naiki itu pecut meninggalkan kawasan pejalan kaki itu.




















Huh?Qaisara diculik?biar kebenaran?baru sahaja dia dikejutkan dengan pandangan buruk tadi,dia dikejutkan lagi dengan kehadiran pengemis tua dan sekarang?diculik pula?..siapa pula yang menculik Qaisara kali ini dan apa pula tujuan mereka menculiknya?ingin tahu? Keep reading this novel and dont forget to voment...
XOXO Vanila_

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now