Bab 3

2.4K 73 2
                                        

"Eh?apa kamu cakap ni Qaisara?" Qaisara yang sepertinya sedar akan situasi itu terpinga-pinga mencari idea untuk mengcovernya.

"Bolehlah..dah nak hampir 27 tahun dah cikgu hidup..kenapa?" Soalan itu membuatkan Qaisara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Err..cikgu Nora..sebenarnya saya ada nak bincang dengan Qaisara..boleh tinggalkan kami berdua?" Qaisara sudah membuat muka puas. Huh!ambek tuh..padan muka,yang masih tercegat tu apahal.

"Baiklah.." Cikgu Nora terus beredar dan bergerak ke mejanya. Dia memerhati lagak Qaisara dengan pandangan pelik. Sumpah pelik minah ni.

"Haaa...kenapa?" Qaisara tersentak. Suara Cikgu As itu sememangnya sentiasa mengejutkan hatinya. Dia melting dengan suara maskulinnya itu. Haih!dia jatuh cinta lagi!penatlah...

"Kamu dah kenapa ni?dah lama hidup?" Ayat itu. Qaisara memandang terus kearah Cikgu As yang sudahpun tergelak dengan ajukan ayat Qaisara yang dibuat olehnya tadi. Qaisara pula hanya tersengih. Ni kalau tatap lagi kena lagi dia.

"Cikgu..sebenarnya saya datang ni sebab saya nak tanya pasal jadual.."

"Alah..yelah,jadual kelas tambahan.. macam mana eh Qaisara,cikgu belum buat lagilah..."

"Takpe cikgu!" Jeritan Qaisara itu mengejutkan Cikgu As dan beberapa lagi cikgu di sekelilingnya. Cikgu As memandang Qaisara dengan pandangan 'huh?'

"Tak..macam ni..saya rasa saya perlu skor lebih untuk subjek cikgu..jadi,saya berpendapat bahawasanya saya perlu belajar lebih gigih untuk subjek ni..oleh itu,jadual kelas tambahan tu...kita guna yang pertama sajalah.." kata Qaisara lalu menggapai helaian kertas yang padanya terdapat jadual masa kelas tambahannya bersama guru kesayangannya itu.

"Qaisara..." Cikgu As menggelengkan kepala taktala Qaisara lantas pergi meninggalkannya dalam kesepian. Dia yang masih sangsi dengan keadaan itu segera menyapu wajahnya berkali-kali dengan harapan dia boleh terlepas dari situasi yang masih mengelirukannya itu. Dan Alhamdulillah. Dia berjaya.

**********

Gina menyaingi langkah kaki Qaisara yang jauh 2 langkah dari dirinya. Bahu gadis itu dia pegang.

"So?kau akan lebih keraplah jumpa cikgu As kau lepas ni?" Qaisara mengangguk ceria. Gembira rasanya walaupun hanya mendengar khabar itu. Dia bakal mengalami semuanya. Dia,Cikgu As dan cinta mereka. Sungguh dia tidak menyangka bahawasanya cintanya akan berbalas secepat itu. Sudah hampir 2 tahun setengah dia mencintai jejaka itu dan dia merasakan pelbagai rintangan tapi akhirnya...

Airmata Qaisara mengalir. Gina yang pelik dengan situasi itu segera menampar wajah rakan baiknya itu.

"Woi!kau dah kenapa?" Qaisara terus melenting. Apa tidaknya,dia baru sahaja ingin mengeluarkan tangisan kebahagiaan,tapi bukannya belaian malah tamparan yang dia terima. Baguslah,manusia ni kena bawa-bawa sedar diri juga. Takut melencong sampai ke jinjang pelamin. Pum pam pum pam.

"Kau yang dah kenapa,tiba-tiba je menangis..apa?kau dah terbayang masa depan kau dengan Cikgu As lagi ke..haih Qaisara..Qaisara..bawak-bawakla bertaubat.."

"Pamm!!" Hentakan di kepala Gina berbunyi. Qaisara memandangnya serius.

"Ah!sakitlah..." marah Gina lalu memandang Qaisara dengan pandangan geram.

"Habis aku?tak sakit?aku sakit tahu tak?kat sini.." Qaisara memegang dadanya. Sakit wei bila kau suka orang senyap-senyap ni..

Cikgu, saya pilih Cikgu..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang