Bab 9

1.9K 62 4
                                    

"Umi................" jeritan Qaisara memenuhi rumah banglo 2 tingkat itu. Matanya melilau kearah dapur. Tempat kegemaran Puan Ina. Mana tahu dia ada di situ.
None. Tiada siapa di situ. Tanpa membuang masa,Qaisara menuju kearah bilik Puan Ina yang berada di tingkat atas. Kakinya bergerak terus kebilik si Ibu. Sampai sahaja di hadapan bilik uminya,dia masuk. Melihat susuk tubuh Puan Ina yang sedang bersiap itu,dia mengambil tempat di atas tilam dalam bilik itu.

"Haa..Qaisara ada apa?" Puan Ina bertanya sambil membetulkan kain di dalam almarinya itu.

"Umi...kalau Qaisara nak ikut camping.."

"Haaa?pfft. Kamu buat lawak apa pagi-pagi ni Qaisara?" Qaisara terus mencebik. Dah kenapa pula uminya ini. Dia mahu ikut camping sahaja pun. Pelik ke?

"Umi...Qaisara tak buat lawak lah.." muncung sudah memanjang. Uminya itu selalulah mengusiknya tak ubah seperti Gina.

"Dah-dah ...pegi turun settingkan meja. Umi dah masak tadi tapi lupa nak susun pinggan mangkuk. Kamu turun siapkan semua tu and then kita makan.. pergi.." Qaisara membuat muka. Dia pada awalnya datang untuk meminta izin dari Umi tercinta tapi boleh pula Puan Ina itu memberikan arahan dan bukannya persetujuan. Siap tunjuk muka sengih tahan ketawa pula tuh. Pakej!

Langkah Qaisara atur menuju ke dapur rumah mereka. Pinggan mangkuk dia susun tertib di atas meja. Taktala dia menyusun ,mentol ingatannya menyala. Dia segera pergi ke biliknya selepas selesai dengan tugasan yang diberikan free-free oleh uminya itu.

Seperti the flash Qaisara melimpasi Haji Amid yang masih teguh memegang helaian surat khabar yang baru sahaja diambilnya di atas meja ruang tamu. Alahai anak mereka itu,seperti tidak boleh berjalan pelahan-lahan. Apa dia ingat rumah mereka ini padang bola sepak ke? Sedap hati je lari-lari.

Langkahnya dia teruskan ke meja makan. Melihat keadaan meja makan yang tiada sesiapa itu membuatnya bengang. Apa orang di dalam rumah ini sudah lupakah peraturan paling asas di dalam rumah mereka. Segera dia mencapai telefon pintarnya.

"Hmm..saya dah sampai dah bang..abang tak payah nak call." Suara Puan Ina itu sedikit membuatkan Haji Amid tersentak. Bijak pula isterinya itu membaca lagaknya.

"Awak dari mana?"

"Dari dalam bilik..kemas baju sikit..duduklah bang.." Puan Ina mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Mi goreng di dalam bekas makanan itu dia senduk dan letakkan di atas piring suaminya. Telur mata juga dia letakkan. Selepas itu,tangannya beralih pula ke air hangat yang sudah siap dia bancuh tadi.

"Mana Qai ni!apasal tak turun-turun lagi.." ssup! Seperti ahli nujum,Qaisara datang taktala namanya baru sahaja dipanggil. Dia tersengih. Haji Amid sudah membuat muka nak menyerang anak dara tunggalnya itu.

"Qai dah lupa eh?peraturan nombor satu rumah ni..setiap kali masa makan..kena ada .."

"Dekat meja makan dan makan bersama-sama.." Qaisara menyambung. Dia tahu. Cuma dia ada hal mustahak tadi,tu yang kena pergi bilik. Urgent. Harapnya Abinya fahamlah.

"Dah..baca doa." Doa dibaca lalu pelahan-lahan keluarga kecil itu menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka. Qaisara memandang kusyuk ke arah kedua ibubapanya. Berkira-kira dia ingin menunjukkan apa yang dia bawakan.

"Erm..umi..abi.." suara lembut Qaisara memecahkan bualan antara Puan Ina dan Haji Amid. Apa pula anak mereka ini mahukan. Haji Amid mengangkat keningnya tanda menyuruh Qaisara meneruskan ayatnya.

"Ni..borang camping...Qai nak ikut camping boleh.."
Keadaan senyap tiba-tiba mengisi ruangan dapur itu. Tadi riuh dengan bual bicara,kini?

"Pfft.." Haji Amid cuba menahan gelak,ni kalau dia gelak ada pula anaknya keluar rumah karang.

"Abi!!"

"Qai serius ke?" Puan Ina yang sememangnya tahu menyoalnya kembali. Biar kebenaran anaknya itu, dah lupa agaknya apa maksud camping . Ke,dah memang anaknya seorang ni dah terbuka hati nak cuba aktiviti lasak .

"Yelah Umi..sebenarnya Qai pun taknak..tapi, Cikgu cakap budak form 5 wajib ikut. So,Qai takde pilihan.." Puan Ina mengangguk-anggukkan kepalanya taktala mendengar penjelasan anaknya itu. Borang kebenaran anaknya,dicapai oleh Haji Amid. Setiap perkataan pada borang itu dia baca penuh kusyuk. Wajahnya serius. Naik seram Qaisara dibuatnya. Susah betul nak baca isi hati Abinya. Ni nak bagi pergi ke tak.

********

"Mentol?kau ada bawak tak?" Qaisara mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Khemah?" Qaisara angguk lagi.

"Bedak?lotion?ubat gigi?sabun?"

"Ish ada..ada..kau nak apa lagi?haa?ubat ketiak?ubat nyamuk?first aid?semua aku dah bawa dah.." geram pulak Qaisara dengan Gina. Sedari tadi dia mengingatkannya perkara yang perlu dibawanya. Kemarin kan dia sah salin dan sudahpun disemak oleh Qaisara. Jadi,kira sudah siaplah. Sajalah tuh nak tunjuk dia lebih berpengalaman.

"Cikgu As dah bawa dah?"

"Su.." Qaisara lantas tersenyum kambing! Annoying sungguh sahabatnya ini. Tahu saja cara untuk menenangkannya kembali. Mestilah Cikgu As dibawa sama kalau tidak masakan dia akan ikut camping itu. Huh!jangan haraplah..
Melihat keadaan Qaisara,Gina sudah pecah gelak.

*******

"Okey semua letakkan barang-barang kamu dekat pondok sebelah kanan untuk lelaki dan sebelah kiri untuk perempuan. Ingat!lepas ni berkumpul semula di tapak perkhemahan depan tu sebab cikgu nak ambil list kehadiran. Faham?ouh ya. Jangan lupa bawa khemah masing-masing.." tegas Cikgu As. Arahan itu membuatkan Qaisara senyum tak bertempat. Dia masih teguh memandang kearah Cikgu kesayangannya itu yang kelihatan hot ketika menjalankan tugasnya. Auch,panahan cinta terus ke lubuk hatinya. Qaisara memejamkan matanya tanda sakit.

Gina disebelahnya masih lagi berbicara berkenaan peraturan perkhemahan,kebaikan camping dan sebagainya. Namun,kawannya itu hanya mengabaikannya dan kusyuk memandang kearah Cikgu As. Gina yang sepertinya baru sedar akan tindakan sahabatnya itu segera menepuk dahinya.

Langkah diatur meninggalkan Qaisara.

"Gina...jap lah..hish.." tahu pun takut.  Qaisara mengejar Gina sambil mengangkat beg bajunya yang sumpah berat nak mateh. Tanpa dia sedar beg khemahnya tertinggal di situ.

Sampai sahaja di pondok, Qaisara meletakkan barang-barangnya kasar. Berat sungguh! Entah apa sahajalah yang umi dan abinya sumbat di dalam.

"Ni..untuk malam..just incase Qai rasa sejuk sangat..umi dah sediakan selimut lebih ni haa.."

"Qai..abi dah belikan banyak mi cup tu! Abi risau pulak kalau kamu lapar malam-malam nanti tu yang Abi masukkan kat dalam semua. Macam-macam perisa ada pilihlah nanti.."

"Qai umi dah masukkan lighter dan gunting eh.."

"Qai abi dah tolong masukkan kasut sukan lebih.."

"Qai..kipas charge tu umi dah masukkan juga..nak masukkan yang besar tapi tak muat,jadi umi belikan lah banyak-banyak..you got spare.."

Qaisara terus terasa seperti baru sahaja jatuh di dalam gaung. Haa ngam ah, gaung kerisauan umi dan abinya. Ni dah tahap melampau ni.

"Nah!beg khemah kamu..apa berat sangat beg belakang ni!kamu bawa batu ke?" Suara itu mengejutkan Qaisara lalu segera dia memandang ke si pemilik suara.

"Cikgu...."








Camping??ihhh bestnya Qaisara dapat pergi camping..huaaaahhh author pun nak juga..dah lama tak pergi,harapnya nanti berkesempatanlah pergi tahun depan..heheh..but,Cikgu siapa pula yang telah membantu Qaisara mengangkat semua beg khemahnya yang tertinggal?huaaa..

Vanila_latte

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now