Gina masih menunggu di tempat duduknya. Menunggu kehadiran sahabatnya yang tidak pernah lambat sebelum ini. Matanya melilau mencari Qaisara. Sesekali dia memandang kearah jam tangannya. Risau sekiranya budak Qaisara itu benar-benar lambat. Dia mengeluh lagi selepas melihat angka pada telefon pintarnya.
"Dah nak pukul 7 ni..aduhai Qaisara mana kau!!" Kata Gina dalam keadaan geram. Dari nada suaranya jelas dia risau.
"Hoi Gina..kau kenapa?gusar semacam je..kau okey tak?" Tanya Fika,ketua kelas mereka. Gina masih kelihatan bimbang sebelum matanya beralih kearah Fika.
"Fika..Qaisara tak datang eh?" Tanya Gina pantas. Fika memaparkan wajah pelik selepas sahaja mendengar ayat Gina tadi.
"Asal kau tanya aku pula. Hal-hal macam ni bukannya kau ke yang patut tahu?kau kan bestfriend dia.." Ujar Fika lalu terus berjalan ke tempatnya memandangkan guru kelas mereka sudahpun masuk ke dalam kelas itu.
"Berdiri semua.." Gina yang masih gusar dan bimbang terus sahaja berdiri memandangkan keseluruhan pelajar tengah bangun tika itu. Dia mulai pelik dan risau. Tidak pernah rasanya Qaisara tidak hadir ke sekolah melainkan disebabkan hal-hal yang tertentu. Tapi,jika dia sengaja tidak hadir pun..dia akan memaklumkan Gina terlebih dahulu. Tapi pelik.
*********
"Shrrraaapp.." satu jumlah air yang banyak disiramkan ke muka kecil Qaisara. Qaisara lantas bangun sambil terbatuk-batuk. Di hujung bibirnya ada kesan luka disebabkan tamparan lelaki bertubuh besar itu semalam..
"Lepaslahhh..lepaskan aku..tolong!!!tolong!!!" Qaisara menjerit semahunya. Lelaki tak guna di hadapannya itu tidak berhenti menarik tangannya dan memaksanya masuk ke dalam gudang gelap yang masih asing baginya.
"Kau diamlah!kalau kau tak nak diam aku tampar kau nanti.." Lelaki di sebelah kanannya berbicara kasar. Qaisara memandangnya tajam. Dia pandang jejaka itu dengan rasa yang amatlah marah .
"Apa yang kau pandang?huh?kau nak matika?" Salah satu lelaki yang turut berada di situ memarahi Qaisara. Dia sakit hati melihat jelingan mata Qaisara yang jelas menunjukkan yang dia tengah marah tika itu.
"Bunuhlah aku. Bunuh aku jika tu yang korang nak..aku dah tak kisah dah..bunuh aku!bunuh aku sekarang.." Qaisara terus sahaja menjerit memarahi kumpulan lelaki berbadan tagap itu. Di hujung matanya sudah mengalir air mata redha. Jika takdirnya sampai di sini sahaja dia redha. Dia terima.
"Bamm!!" Satu tamparan singgah di pipi sebelah kanan milik Qaisara. Tamparan kasar itu mengejutkan bukan sahaja Qaisara tapi semua yang berada di situ.
"Hoii!kenapa kau tampar dia huh?!!kau lupa ke?Boss cakap jangan apa-apakan dia kan..apasal kau tampar !!" Marah salah seorang yang sedari tadi teguh memegang lengan kiri Qaisara.
"Boss?..siapa boss korang..??cakap!siapa..." Qaisara bertanya dengan nada yang tinggi. Ingin juga dia tahu siapa yang benci sangat dengannya sehinggakan mahu melakukan kegiatan sekeji ini.
"Kau diamlah...!" Qaisara sekali lagi diberikan ubat penenang dan sekali lagi dia pengsan.
Airmata Qaisara jatuh serentak dengan titisan air bekas siraman di wajahnya itu. Dia terus sahaja tunduk memerhati keadaan dirinya yang sudah terikat pada kerusi kayu,bibirnya sudah ditutup dengan pita pelekat yang teramatlah ketat. Yang mana bila dilepaskan,akan menyebabkan bibirnya tercabut. Kaki Qaisara juga diikat rapat sama seperti tangannya tika itu.
"Bangunlah!kau ni memang pemalas kan..nak tunggu matahari tinggi baru nak bangun..haahhahaha.." kedengaran gelak ketawa jahat dari kumpulan lelaki jahat itu. Entah apa yang lucu sehinggakan mereka ketawa berdekah-dekah sebegitu. Qaisara dari arah lain menangis teresak-esak. Walaupun suaranya sukar untuk didengari tapi dari tampak wajahnya,jelas dia tengah sengsara tika itu.
'Umi..Abi...maafkan Qai..Gina..maafkan aku..' hati kecil Qaisara terus sahaja menangisi keadaannya. Dadanya terasa seperti sesak dek kerana rasa sedih dan takut yang amat. Dalam hatinya juga dia tidak pernah berhenti berdoa agar dia dapat diselamatkan. Hanya Allah. Hanya Allah yang mampu menyelamatkannya tika itu.
'Ya Allah..tolong aku ya Allah..' doa Qaisara berkali-kali dalam hatinya.
*********
"Kringgg.." bunyi loceng rehat membuatkan kesemua pelajar di dalam kelas 5 Upsi itu segar kembali. Dari wajah mereka tampak mereka tengah bahagia dengan bunyi loceng rehat itu. Tapi tidak bagi Gina. Dia terus sahaja membaringkan kepalanya di atas meja belajarnya. Dia rindukan Qaisara. Waktu itulah baru dia sedar bahawa ketidakhadiran Qaisara itu teramatlah kosong dan sunyi.
"Wei..kau tak gi makan ke?" Fika yang risau melihat keadaan Gina itu pergi ke mejanya untuk menyoalnya. Gina menggelengkan kepalanya.
"Takkan kenyang kot?" Laila dari arah mejanya berkata dalam nada sindiran. Gina hanya memberikan jelingan kepada gadis kurang siuman itu. Malas nak layan.
"Yelah..aku rehat dulu eh. Kau kalau lapar kau cakap tau. Kalau sakitke..kau bagitahu aku okey?" Gina mengangguk dalam senyuman. Gembira rasanya bila mengetahui ada orang yang kisah akan dia selain Qaisara. Walaupun,itu sudah menjadi tanggungjawab Fika untuk menyoalnya. Memandangkan dia ketua kelas.
"Sayanglah..makanan kat kantin tu. Sayang sebab makanan tu semua terbiar sebab kau tak dapat habiskan kan?" Gina mulai panas. Dia tahu kenyataan itu Laila keluarkan untuk menyindir bentuk badannya yang sedikit berisi. Mentang-mentanglah dia kurus. Hish!
"Kau apa masalah kau eh.." Gina bangun dari kerusinya. Sakit hatinya mendengar bebelan Laila yang tidak pernah ada habisnya.
"Takde. Kenapa?kau sakit hati?huh.." Laila menunjukkan riak wajah biadab. Sengaja agaknya supaya Gina sakit hati dengannya. Gina mendekati Laila lalu menatapnya dengan rasa amarah yang kuat sehinggakan Laila jadi takut.
"Err..sebelum kau nak buat apa-apa..aku just nak cakap yang Cikgu Nora panggil Laila." Nurin disebelah Laila cuba meredakan situasi tika itu. Tangan Laila ditariknya ke luar kelas. Sungguhlah dia risau sekiranya Laila akan dibelasah oleh Gina.
Gina membiarkan sahaja kedua-dua gadis itu pergi dari pandangannya. Meluat.
**********
Laila menarik tangannya selepas dibawa ke belakang sekolah oleh Nurin. Nurin mengeluh berat.
"Laila..sampai bila?sampai bila kau nak culik Qai? Lambat laun..semua orang akan tahu. Aku takutlah!aku takut ada apa-apa nanti.." Nurin berkata dalam nada risau.
"Heiy!kau boleh jangan cakap kuat-kuat ke?kalau orang lain dengar macam mana.." marah Laila.
"Kau fikir ibubapa Qai tu akan diam je ke bila anak diaorang hilang macam tu je?Cikgu As..Cikgu As macam mana..?kau rasa Cikgu As akan berdiam diri jugakah bila dia dapat tahu pelajar kesayangan dia hilang macam tu je?haa?"Nurin cuba lagi menasihati Laila. Jujurnya,sewaktu Laila membuat keputusan untuk menculik Qaisara,Nurin teramatlah takut untuk melakukannya. Dia risau sekiranya kes ini akan melibatkan kes polis. Dia takut jika kedua-dua mereka akan dipenjara nanti.
"Bam!" Kedengaran hentakan barang jatuh dari arah belakang kedua-duanya. Laila dan Nurin mulai cuak.
"Siapa tu?" Sahut kedua-duanya dalam nada risau. Risau sekiranya perbualan mereka didengari oleh insan lain.
Idk why,but..suddenly I feel so excited to keep publishing this story and I guess thats why em makin double update againn..
So I hope you guys will keep reading to my story and dont forget to voment to this chap..
Xoxo Vale

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...