"Jadi sekarang ni kau nak buat apa?" Gina bertanya sambil mengusap belakang sahabatnya dalam keadaan baring. Gina memilih untuk tidur disitu memandangkan emosi sahabatnya itu seperti tidak stabil. Qaisara mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia cuba untuk berhenti sedih buat seketika,tapi dia gagal. Lelaki itu jelas telah memberi kesan yang besar di dalam hatinya.
"Kita dah nak cuti 2 minggu ni..takkan kau takde plan apa-apa..Qai,aku tahu sukar untuk kau lupakan Cikgu As. Tapi,itu yang kau perlu lakukan sekarang ni kalau kau nak teruskan bernafas macam dulu. Be happy macam dulu. I know it will take time,but you have to sweetheart..tiada apa yang mudah when it come to heart Qaisara. Nak jatuh cinta pun susah,nak putus cinta pun susah. Semuanya susah.."
"Gina.."
"Apa dia?" Ayat Gina terhenti mendengar namanya dipanggil oleh sahabatnya itu.
"Aku rasa aku terlalu sayangkan dia. Aku terlalu sayangkan dia sampai aku tak boleh nak bencikan dia. Aku tak tahulah kenapa..everytime Im trying to forget him,dia selalu ada. Dia selalu ada buat aku jatuh dan jatuh lagi. Dia selalu buat hati kecil aku ni terusik walaupun dia tidak pernah maksudkan apa-apa bila bersama dengan aku. Aku tahu. Aku tahu yang dia tak sayangkan aku macam mana aku sayangkan dia. Sebab itulah aku give up. Tapi...disetiap saat aku berdoa..yang Allah akan hadirkan walau sesaat pun rasa sayang yang ikhlas dari hatinya untuk aku. Ada masanya aku takut. Aku takut aku tak boleh nak in relationship except with him. Gina..aku tak pernah minta dia untuk terima aku pun..tak pernah. Cukuplah untuk dia ada di hadapan aku. Sihat. Bahagia. Dan gembira. Aku menyesal sebab tamak. Aku menyesal sebab aku perlu luahkan perasaan dengan dia. Aku menyesal sebab aku perlu pura-pura gagal just untuk belajar dengan dia..aku..aku menyesal sebab aku melebihi batas aku sebagai pelajar dia. " Qaisara menutup wajahnya dan menangis. Gina yang turut sedih memandang kearah lain.
"Wey?apa yang kau nak menyesal?kau tahu tak..dia yang patut menyesal sekarang ni sebab tak dapatkan kau tau. Dia dah hilang satu insan yang mencintai dia dengan sepenuh hatinya. Dia dah hilang satu individu yang jelas-jelas dapat menjaganya selalu. Kau tahu tak dia yang malang sekarang ni.."
"Gina......" Qaisara memeluk sahabatnya itu. Lalu pelukannya dibalas oleh Gina.
"Apapun,kau kena fikirkan cara..macam mana nak lupakan lelaki tak guna tu.."
"Dia bukan tak gunalah.." Qaisara sempat lagi membela Cikgu As dalam pelukan Gina. Sungguh!hatinya tidak sedia untuk melupakan Cikgu itu.
"Baiklah.." Gina mengiyakan sahaja sahabatnya itu.
**********
Nombor telefon bimbit Qaisara terus sahaja didail oleh Cikgu As. Dia perlukan terangkan semuanya kepada Qaisara. Terangkan apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Cikgu Nora. Budak Qaisara itu perlu tahu semuanya.
Qaisara masih tidak menjawab panggilan Cikgu As. Cikgu As mulai serabut dibuatnya.
'Qaisara..pleaselah..angkat phone awak tu..' Cikgu As berdoa dalam hati dan akhirnya..
"Assalammualaikum Cikgu..?" Kedengaran suara Qaisara bergetar dari arah bualan telefon itu. Kedengaran nada serik dan kecewa dari suaranya.
"Waalaikumsalam. Qaisara?" Cikgu As meminta kepastiaan.
"Ya..ini saya..kenapa Cikgu?"tanya Qaisara dingin. Dia cuba untuk menamatkan perbualan itu. Qaisara diam .
"Cikgu nak jumpa kamu boleh?" Cikgu As arif dengan apa yang sedang berlaku tika itu. Oleh itu,dia perlu terus ke isi utama perbualan mereka.
"Boleh." Qaisara menjawab senada . Cikgu As mengeluh lemah walaupun dia merasa gembira dengan jawapan positif daripada gadis kecil kegemarannya itu.
"Okey kalau macam tu..kita jumpa dekat belakang bangunan terakhir sekolah dekat padang besok.." Cikgu As menerangkan maklumat itu penuh teliti dan berhati-hati kerna takut juga gadis itu akan kecil hati dengannya. Tiba-tiba dia merasakan seperti sedang memujuk kekasih hatinya yang sedang merajuk dengannya. Setiap ayat,nada perbualan perlu dijaga.
"Okey." Jawab Qaisara singkat. Jawapan itu meyakinkan tapi menimbulkan sedikit rasa sakit dalam hati Cikgu As. Marah sungguhkah gadis itu dengan dirinya. Sudah hilangkah rasa sayangnya dengan Cikgu As?Cikgu As meraup wajahnya kasar. Serabut. Sungguhlah dia serabut tika itu.
************
"Right. Kau perlu settlekan semua ni sebelum pergi Sabah cuti nanti Qai..be honest with him okay?tell him everything..okey?" Gina memberikan nasihat sebaik sahaja perbualan antara Qaisara dan Cikgu As itu tamat. Jujurnya dia tahu Cikgu As itu baik orangnya. Buktinya,dia ingin menerangkan kepada Qaisara semuanya. Apa yang sebenarnya yang terjadi dan mengapa ianya terjadi.
Qaisara hanya mampu menganggukkan kepalanya. Lalu pelahan-lahan matanya mula tertutup. Dodoian Gina melelapkan dia dalam masa yang terlalu cepat. Terima kasih Gina. Bisiknya dalam hati.
***********
"Qaiii..." Qaisara menoleh. Abang Yus. Dari suara sahaja jelas itu abang Yus.
"Good mor..eh..apasal dengan mata Qai ni?" Abang Yus menundukkan badannya lalu tumpuannya dia tumpukan kearah mata Qaisara yang bengkak dek kerana menangis semalaman. Qaisara cuba menutup matanya tapi tangannya ditahan oleh Abang Yus.
"Is something happen?" Tanyanya serius. Qaisara menggeleng laju. Aduh!abang sepupunya itu sungguhlah cepat membaca situasi.
"Nothings happen. Im okay.." Qaisara menjawab laju. Tapi,jawapannya tetap tidak memuaskan hati Abang Yus lalu tangannya ditarik dan dibawa ke suatu tempat yang dia juga tidak pasti kemana. Dalam masa yang sama,satu pasang mata sedang memerhatikan gerak geri keduanya penuh tekun. Cikgu As.
"Huh!sia-sia je rupanya aku serba salah..dia tengah happy pula dengan mamat lain. Seriously. Tipical girl." Rasa amarahnya semakin membuak-buak. Budak Yusuf itu jelas membuat darah panasnya mendesup naik ke atas kepalanya. Hadiah ditangannya dia buang ke dalam tong sampah. Ingat mahu berikan kepada Qaisara. Tapi,pemandangan pagi itu menamatkan niatnya. Menghentikan langkahnya. Memusnahkan semuanya.
***********
Q
aisara melangkah pelahan ke tempat yang dijanjikan oleh Cikgu As sebaik sahaja loceng tamat sekolah memulakan khidmatnya. Langkahnya semakin lama semakin berat hendak berjumpa dengan cinta pertamanya itu. Jujurnya dia masih tidak sedia.
Langkah demi langkah. Akhirnya dia sampai ke tempat yang Cikgu As janjikan dan seperti yang dia agak,Cikgu As sudahpun sampai disitu.
"Cikgu.." panggilnya hanya bertujuan untuk memaklumkan kehadirannya di situ. Cikgu As menoleh kearah Qaisara lalu kedua mereka saling bertentang mata. Tiba-tiba satu perasaan aneh memenuhi hati mereka tika itu. Perasaan sendu. Sedih yang dapat dilihat daripada mata Qaisara. Serta pandangan rindu yang jelas kelihatan dari pandangan Cikgu As.
"Ya Allah aku rindukan gadis ini" bisik Cikgu As dalam hatinya.
"Ya Allah aku rindu dia Ya Allah.."bisik Qaisara pula penuh sebak tapi dia cuba untuk menahan semuanya.
Huaaahhh tbh,im so sadd to write this part...I just cant ..I really hope Qaisara and Cikgu As will be together tho like for real. But now,they just can show how much the love each other..aww so heartbreaking. I will slowly updating this story guys..hope u guys enjoy and keep followin every chap of it.
Sincerly,Vanila•Latte

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...