Bab 8

2K 66 4
                                    

Cikgu As terdiam mendengar pernyataan Qaisara. Rasa serba salah meresap ke dalam tubuhnya. Apa yang dia telah lakukan ni?Qaisara. Dia ikhlas mencintainya dan apa yang dia lakukan selama ini bukanlah sesuatu yang patut. Jelasnya,dia tidak patut membenci Qaisara. Kerna gadis itu bukannya Lisa. Wanita kejam yang sudah menoreh hatinya.

"Cikgu..tolong...tolong jangan halang saya untuk terus sukakan cikgu.." kata Qaisara dalam senyuman namun,airmatanya jatuh pelahan. Sambil tunduk,Qaisara memilih untuk beredar dari situ. Suka hati Cikgu Aslah ingin fikirkan apa pun. Dia sudah malas!malas mahu menyimpan perasaan itu sendiri. Biarlah Cikgu As tahu. Biar dia tahu besarnya Cinta Qaisara terhadapnya.

Cikgu As masih kaku berdiri. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ayat Qaisara tadi sememangnya sudah mengejutkan hatinya. Qaisara. Gadis itu sememangnya pelahan-lahan telah mengubah persepsi terhadap wanita.

********

"Assalammualaikum makcik.."

"Eh Gina!kamu ke?haa masuklah..Qai ada kat atas.."

"Baik makcik.." Gina ingin terus berjalan namun tangannya ditahan oleh Umi Qaisara,Puan Ina.

"Kalau boleh,kamu tolonglah sedarkan anak makcik tu..dia masih lagi tak boleh nak move on..haih.." keluhan berat Puan Ina lepaskan sambil melihat ke tingkat atas,kearah bilik Qaisara. Dia sudah tidak tahu mahu buat apa dengan anak daranya itu. Dia sepertinya sudah hilang kewarasan selepas ditolak oleh Cikgu kesayangannya.

Gina mengangguk. Langkahnya dia atur cermat ke arah bilik Qaisara. Tombol pintu bilik itu dia putar dan yass.. tidak berkunci lalu dia masuk ke dalam bilik Qaisara lalu menutup kembali pintu bilik itu.

"Qai...Qai kau okey ke?Qai.." Gina menggerak-gerakkan tubuh lemah di atas katil itu. Dia tahu sahabatnya itu sedang sakit. Sakit hati.

"Aku..o..okey.."kedengaran suara Qaisara tergetar-getar mengungkapkan ayat itu. Dia menangis. Ya sudah pasti. Sekiranya dia tahu,cinta akan menjadi sebegini perit..dia akan mencari ubat sakitnya di farmasi. But damn,takda!

"Relaks...you'r gonna be fine..dia..dia akan hilang dari hidup kau tak lama lagi. Kau akan move on!percaya cakap aku." Qaisara bangun dan memeluk sahabatnya itu. Dia menangis semahunya di bahu itu. Lagaknya memang tidak akan sama dengan mindanya. Mindanya menasihatinya untuk melupakan Cikgu As,tapi entah kenapa tubuh itu memilih untuk terus menyukainya. Dia terlalu penat untuk semuanya.

"Qai...maafkan aku..maafkan aku sebab tak de waktu kau perlukan.." Gina menangis bersamanya. Qaisara pula makin kuat tangisannya. Sedih kot.

********

Cikgu As merenung kearah luar rumahnya. Kopi ditangannya dia hirup cermat. Takut juga dia sekiranya kopi itu membunuh lidahnya dengan kepanasan. Fikirannya taktala itu jauh menerawang kepada babak tadi. Qaisara. Cikgu As berfikir penuh serius. Rasanya benarlah apa yang orang ramai katakan. Qaisara sememangnya mencintai dia sepenuh hati dan bukannya main-main.

Cikgu As meraup wajahnya berkali-kali. Rambutnya yang kemas terpacak juga dia hambur-hamburkan. Dia serabut.

"Mencintai cikgu adalah masalah saya,namun,terima saya atau tidak adalah masalah cikgu!!"

Ayat Qaisara itu jelasnya telah membunuh benak fikirannya. Apa maksudnya?adakah dia bermaksud yang sampai bila pun dia akan tetap mencintai Cikgu As dan dia akan setia menunggu walaupun Cikgu As tidak membalas cintanya. Argh!Cikgu As serabut lagi. Entah kenapa gadis itu membuatkan dia susah untuk tidur malam itu.

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now