Bab 12

1.9K 70 5
                                    

Ketibaan pengawal dan beberapa orang yang bertanggungjawab terhadap hutan itu memberikan kelegaan kepada Gina dan Cikgu Nora. Kesemua mereka bersama-sama Cikgu Arul masuk ke dalam hutan untuk mencari Qaisara dan Cikgu As. Harapnya jumpalah. Cikgu Nora dan Gina tidak berhenti berdoa begitu juga semua pelajar di situ.

Cikgu Arul dan pasukan penyelamatnya menghentikan langkah taktala berada sedikit dalam di dalam hutan itu. Cikgu Arul sepertinya terpijak sesuatu. Kakinya merasakan benjolan-benjolan kecil pada tapaknya lalu segera menghalakan cahaya dari flashlight nya ke atas lantai tempat dia pijak kini.

"Beras putih?" Cikgu Arul baru teringat sesuatu. Dia teringat yang sahabatnya Cikgu As selalu menggunakan beras putih setiap kali mereka berjalan jauh. Kononnya supaya tidak lupa jalan. Walaupun, pada mulanya Cikgu Arul sangsi dengan kehebatan beras putih Cikgu As itu. Tapi,bila keadaan menjadi seperti ini barulah dia sedar bahawasanya taktik tak sesat kawannya itu langsung tidak berguna. Buktinya, dia sendiri masih tidak dijumpai sehingga kini.

"Apa kata kita ikut arah beras putih.."arah Cikgu Arul. Kesemua mereka mengikuti cadangan Cikgu Arul lalu terus berjalan masuk ke hutan mengikuti beras putih tersebut.

*********

"Cikgu pun sebenarnya ada pengakuan nak bagitahu dekat kamu.." ayat itu Cikgu As ulang agar Qaisara dapat mendengarnya lebih jelas.

"Eng.." kedengaran gumaman Qaisara selepas ayatnya. Tanda dia setia mendengar kononnya.

"Cikgu nak minta maaf sebab marah kamu depan khalayak ramai...sebenarnya I cant get over the way my first love hurt me..so sebab tu,I thought yang kamu akan sama seperti dia. Huh,pemikiran sebegitu membuatkan saya semakin marah..dan geram dengan kamu..tapi,lepas Cikgu Arul.." ayatnya terhenti apabila merasakan suhu yang sedikit hangat bersandar di bahunya. Dia menoleh lalu dia terketawa kecil. Jelas dilihatnya Qaisara terlelap di atas bahu miliknya.

"Tak guna...jadi dari tadi aku cakap ngan pokoklah.." Cikgu As tersengih lalu dia membiarkan keadaan itu. Pandangannya dia arahkan ke langit yang penuh dengan bintang-bintang. Sesekali mindanya ligat berfikir berkenaan Qaisara. Gadis itu sememangnya telah mengubahnya sedikit demi sedikit.

*********

"As!!!!!Asfan Afiq!!!!keluarlah aku seru kau niii.." para pengawal tadi hanya memandang pelik ke arah Cikgu Arul. Cikgu Arul pula sudah terbatuk-batuk dek kerana teriak tadi..

"Rul??Arull...." suara itu kedengaran seperti dekat. Naik seram Cikgu Arul dibuatnya. Dia terus menoleh kearah geng penyelamatnya.

"Saya rasa mereka jauh lagi ni..kita sambung cari besok eh.."

"Woi Hairul Bathiyah!aku kat sinilah.." suara itu bersuara lagi menyebabkan salah satu geng penyelamat Cikgu Arul mengarahkan lampu suluhnya kearah suara itu. And walla..Cikgu As dah jumpa. Cikgu Arul teriak terkejut melihat keadaan sahabatnya itu. Langsung tidak ada apa yang berbeza membuatkan dia ragu.

"Betulkah kau ni As!"

"Kalau ikutkan hati aku sekarang ni..aku macam nak tarik-tarik je mulut kau dari muka kau tu kau tahu tak..cepatlah tolong,Qaisara ada kat sini..dia tidur." Sah!itu sahabatnya. Hanya sahabatnya sahaja yang mempunyai mulut longkang seperti itu. Cikgu Arul dan geng penyelamatnya sama-sama bergerak kearah Cikgu As dan Qaisara.

*********

"Ya Allah..selamatkan lah Qaisara.." doa Gina sambil menangis. Dia teramatlah risau. Jika ada apa-apa yang terjadi kepada Qaisara,dia tidak akan boleh memaafkan dirinya.

"Cikgu Nora...tolong.." kedengaran suara Cikgu Arul dari jauh. Dia berteriak mengejutkan semua warga sekolah. Cikgu Nora dan beberapa Cikgu wanita yang berada di situ segera menuju kearah Cikgu Arul dan mencapai Qaisara yang kelihatan lemah. Gina dari jauh segera berlari mendapatkan sahabatnya itu.

"Qai..Qai..kau okey tak?" Tanyanya risau lalu tangan Qaisara dia pegang erat. Dia membantu guru-guru perempuan yang lain memapah Qaisara. Entah kenapa keadaan Qaisara kelihatan amat lemah dan tidak bermaya. Cikgu As dari jauh memandang kearah Qaisara risau.

'Dalam tadi okey je..' kata hatinya pelik.

"As..kau okey tak??" Suara Cikgu Arul mematikan tumpuannya. Keluhan berat dia lepaskan sebelum pandanganya beralih kearah Cikgu Arul.

"

Jom." Bahu Cikgu Arul dia peluk lalu kedua-dua mereka ingin pergi ke khemah sendiri namun..

"Cikgu..." jeritan itu mengejutkan Cikgu As dan Cikgu Arul. Kedua-duanya memandang ke si pemilik suara.

"Eh,Sakinah..kenapa.."

"Cikgu Nora cakap,Qaisara demam..jadi Cikgu Nora nak bawa Qaisara pergi hospital. Boleh tak saya ikut cikgu?"

"Huh??! Qaisara demam?" Nada suara Cikgu As ditinggikan. Biar kebenaran Qaisara demam. Mindanya mengimbas laju babak di dalam hutan tadi.

"Tak guna..jadi dari tadi aku cakap ngan pokoklah..."

"Kepala...saya..sakit.." sengihan Cikgu As terus hilang mendengar ayat Qaisara. Dia memandang tepat kearah gadis yang sudah lena dibuai oleh mimpi itu. Dahinya berkerut dan basah dek kerana keringat. Dia takut untuk membuat pemeriksaan,takut dia tersentuh pula dahi tak berlapis budak tu..lagipun kira Cikgu As,keadaan Qaisara tidaklah seserius mana.

"Qaisara..kamu okey ke.." bahu Qaisara dia tolak lembut sekadar bertujuan untuk membangunkan Qaisara. Tapi Qaisara hanya tidur.

"Cik...cikgu...saya dah cuba..saya dah cuba nak lupakan Cikgu tapi saya tak mampu.." satu tangisan igau keluar dari bibir Qaisara. Cikgu As terdiam. Dia memandang lama ke wajah Qaisara lalu satu rasa serba salah muncul dari hatinya. Dia serba salah kerna telah menyakitkan perasaan budak itu. Dia serba salah kerana memperlekehkan hati gadis tersebut. Dia rasa serba salah yang amat.

Cikgu Arul menolak kawannya supaya cepat-cepat sedar dengan kenyataan. Cikgu As tersentak lalu pandangannya beralih ke arah Gina.

"Boleh..tapi Cikgu pun nak ikut sekali." Ayat itu mengejutkan Gina dan Cikgu Arul. Biar kebenaran sahabatnya itu. Tanpa membuang masa ketiga-tiga mereka pergi kearah Cikgu Nora dan Qaisara.

*********

"Qaisaraaaa..Astaghfirullahalazim..anak umiiii.." tangisan Puan Ina bergema di seluruh wad hospital tersebut. Semua orang memandang kearahnya sambil Haji Amid menggelengkan kepala tanda pasrah dengan laku isteri kesayangannya itu. Cikgu As di sebelah katil wad Qaisara senyum ikhlas kearah kedua ibubapa Qaisara.

"Doktor..macam mana keadaan anak sayaa...." Cikgu As tersentak. Gina sudah menahan gelak. Dah kenapa Puan Ina ni memanggil Cikgu As doktor.

"Mii..tu cikgu Aslah..bukan doktor.." Qaisara berkata pelahan tapi cukup didengari oleh semua orang .

"Cikgu As?menantu umi?" Keadaan riuh dengan gelak tadi berubah sunyi. Qaisara sudah menutup muka..malu weiiii.....











Author mati idea untuk sambung..but a few idea muncul taktala author terlampau bosan dgn life menganggur dan berniaga di rmah..hahha..well,enjoy this chapter and keep reading bcs a lot of interestin scene gonna pop out soon...❤stay voment..

Cikgu, saya pilih Cikgu..Where stories live. Discover now