Jam tangan jenama Rolex itu dia pasang penuh bergaya di hadapan cermin yang sememangnya dipasang di dalam bilik pakaiannya itu. Satu sengihan membunuh dia hadiahkan kepada insan di hadapan cermin tadi sambil dia berterima kasih kepada sang pencipta kerana memberikannya luaran yang sememangnya meletop!dan mampu membuat siapa sahaja di sekitarnya terkesima dan cair. Dia tahu hakikat itu. Kadang dia juga merasakan takdir terlalu memberikannya segala-galanya.
Kekacakan,kekayaan,kepandaian dan kelemah lembutan. Dia tersenyum sendiri di hadapan salah satu cermin yang berada di bilik itu lagi.
"Haih..bertuahnya siapa dapat kau.." katanya penuh dengan nada sombong dan peras santan. Sebenarnya siapa sahaja yang mencintai dan memilikinya adalah wanita yang paling malang. Apa tidaknya,wanita itu akan memiliki jejaka yang penuh dengan simpton penyakit narcissism. Sungguh malang!
Selepas lama membuat fashion show di dalam cermin besar di dalam biliknya itu,dia ketawa. Terlalu geli hati agaknya melihat gayanya sendiri. Sumpah!naik meluat..
"Dahla..aku penat nak jadi lelaki bajet kacak..aku perlu stay low profile.." katanya lalu mencapai pin namanya di atas meja bersebelahan cermin tempat dia berfashion show tadi.
"Saya,Cikgu Asfan Afiq sedia berkhidmat untuk negara..."
Senyuman manis jelas tertera pada wajah kacaknya selepas sahaja ayat itu diungkapkannya.
********
"Qaisara......NurQaisara....NurQaisara binti Haji Amid...." tarzan kelas sudah muncul. Satu susuk tubuh kurus berlari mendekati Qaisara. Qaisara menoleh kearahnya. Dia meluat melihat lagak gadis itu yang sepertinya ada niat jahat di sebalik senyuman jahatnya. Qaisara mengalihkan pandangannya kearah sahabatnya Gina yang sememangnya sedari tadi berbicara bersamanya.
"Woi Qai..aku panggil kaulah!kau tak dengar ke?" Laila. Si gedik dan tarzan kelas 5 Upsi. Kelas ketiga daripada 3 kelas tingkatan 5 sekolah mereka. Qaisara buat-buat tak dengar. Ni kenapa?dah pekak?
"Hish.."
"Kau cakap jelah..kau macam tak kenal Qai.." Gina sudah mulai menyampuk. Bingit telinganya mendengar suara gedik si Laila ini.
"Hish..kau memang annoying kan?huh,aku just nak bagitahu kau yang semalam kat taman..aku ada terserempak dengan cikgu As..."
"Cikgu As???Cikgu As aku?" Pandangan Qaisara terus berubah serta merta. Nama itu sememangnya mampu menarik perhatiannya. Dia sepertinya terpukau. Tapi ,kejap..dah kenapa pulak si Laila gedik ni terserempak dengan cikgu kesayangannya?haaa sudah! Macamlah dunia ni besar sangat..haih Qaisara,Qaisara...
"Apahal pulak kau nak terserempak dengan cikgu aku...?" Qaisara sudah menaikkan kening kanannya. Ah!peduliklah! Dunia bukannya besar sangat ke apaka..dia tetap mahu bertanya. Bukan dia tidak tahu yang Laila ini bukan boleh dipercaya pun. Plastik. Adalah muslihatnya tu.
"Hmm..aku nampak dia share location dekat status insta dia..dia rest kat situ..and kebetulan aku kat situ..aku carilah dia and then boom! Kitaorang jumpa..dah memang jodoh agaknya.." Laila ketawa mengilai. Sumpah meluat!
Gelak seperti iklan televisyen,
kononnya cantik..faktanya?buruk tahu tak.."Ouh yeke?macam tu rupanya.." Gina yang kononnya memahami situasi segera melihat kearah Qaisara. Qaisara sudah mulai panas. Gina menampar dahinya sendiri. Dah mula dah budak Qaisara ni..
Dia mendekati Qaisara lalu memeluk lengannya.
"Qai..kita pegi tandas jom..aku dah tak tahan ni nak melabur.." melihat keadaan Qaisara yang sememangnya seperti ingin menelan Laila,tangannya segera dia capai untuk meredakan Qaisara. Budak Qaisara ni tidak boleh dibawa main sekiranya membabitkan cikgu kesayangannya itu.
"Taknaklah..kau melabur sendirilah.."
Qaisara bengang. Apahal pula mahu menjauhkannya dari budak cacing kepanasan ni?dia sudahlah ingin membalas dendam menggunakan lidah ganasnya tapi hampah! Sahabatnya pula ingin melabur. Ah!annoyinglah."Qai...sampai hati kau?..
Kau pilih Cikgu As dari aku ke?"
Gina membisik telinga Qaisara. Ayatnya itu serta merta membuatkan Qaisara menjadi serba salah. Haih,kalau bukan kerana Gina ini sahabatnya sudah lama dia biar sahaja Gina melabur di situ. Tapi,sahabat punya pasal. Cinta itu belakang kiralah,sahabat tetap sahabat.Selepas berfikir hampir kuku jarinya habis digigitnya,Qaisara pun memilih untuk menemani Gina.
"Ehem..nanti aku harap kau terserempaklah dengan cikgu As eh? Mana tahu..korang jodoh..hihihi" sekali lagi suara pontianak keluar. Qaisara ingin membalas tapi segera ditarik oleh Gina. Adui budak Laila ni..dah lama hidup agaknya..
Sampai sahaja di luar kelas Gina terus menarik Qaisara laju ke arah yang lebih jauh dari kelas mereka.
"Ish kau ni pelan-pelanlah...aku taula nak melabur sangat tapi slow-slow sayang oi.." Qaisara mencebik.
"Yelah...hehehe..eh,tuh!" Gina segera mengarahkan jarinya kearah seorang lelaki yang amat dikenali oleh kedua-duanya terutama Qaisara.
"Tu!!!tu!!!Qai...suami kau..." Qaisara segera menekup mulut longkang rakannya itu. Habislah kalau satu sekolah mendengar apa yang dia katakan. Tak ke naya.Cikgu As dari jauh hanya sempat memandang mereka sekilas sebelum masuk ke dalam bilik guru dengan wajah biasanya.
Qaisara melepaskan tangannya dari bibir rakannya itu lalu menekup mulutnya pula. Dia seperti ingin menangis. Cikgu As..tadi melihatnya.
"Kau kenapa ni wei?seram la.." Gina yang sudah seram sejuk menolak bahu Qaisara.
"Cikgu As tengok kita tadi..."kata Qaisara dalam nada ingin menangis. Sekali lagi Gina menepuk dahinya. Ada-ada sahaja rakannya ini.
"Wey..aku ada hadiah untuk kau ni.." Gina yang tadinya ingin menangis menoleh kearah Gina dengan pandangan 'apa?'
"Kalau kau nak tahu,sebab aku panggil kau keluar sekali ni bukan sebab aku nak kau teman aku pergi tandas..tapi sebab cikgu As suruh aku ambek buku latihan matematik dekat atas meja dia.." belum selesai Gina berkata,Qaisara sudah seperti ingin menjerit teruja.
"Relaxs. Dia cakap lagi kalau boleh bawa Qaisara kawan kamu tu..sebab cikgu As ada benda nak minta tolong..." Qaisara sudah melompat kegembiraan.
"Seriuslah?kau main-main kan???" Qaisara takut-takut mempersoalkan isu itu sebaik sahaja dia selesai melompat. Takut teruja dengan khabar palsu la tuh.
"E'eh dia ni..orang bagitahu tak percaya pulak..kenapa?kau fikir aku Laila ke?" Bengang pulak Gina dibuatnya. Dia baru ingin memberi khabar gembira kepada sahabatnya itu. Alih-alih dia diragukan pula. Qaisara menukar ekspresi wajahnya ke ekspresi memujuk. Jaga hati sahabatlah Qaisara!aduh,kau ni..
"Sakinah?Qaisara? Apa lagi yang korang berdua bualkan tu..?Cikgu Asfad panggil tu.." seorang cikgu yang melimpasi mereka menyedarkan mereka dari terus teruja. Gina atau nama sebenarnya Sakinah segera menarik tangan Qaisara ke arah bilik guru .
Qaisara sudah tersenyum girang dengan tingkah Gina itu lalu menuruti sahaja. Dalam hatinya dia bersyukur kerana mengenali Gina. Rakan sehidup sematinya.
Bersambung..untuk berehat bersama kitkat..dont forget to read the next chapter untuk babak yang lebih mengujakan...
Vanila_latte..

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...