Bab 4

2.1K 74 9
                                        

Qaisara duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu itu sambil menunggu kedatangan Cikgu As. Dia memerhati sekeliling. Cantik. Matanya terpegun dengan hiasan dalaman rumah Cikgu As yang tak ubah seperti ruangan formal seperti watak hero dalam cerita korea itu.

"Neng..minum.." bibik Raudhah keluar bersama dulang minuman. Qaisara mengucapkan terima kasih lalu tersenyum. Namun,senyumannya berubah hambar taktala melihat air yang terhidang di atas dulang itu.

Dalam waktu yang penuh mengelirukan itu, Cikgu As datang ke ruang tamu dengan pakaian yang lebih selesa. Kacak. Baju T hitam dikenakan pula dengan seluar longgar berwarna hitam juga. Qaisara yang tadinya ingin marah dengan air yang disediakan terus terpegun melihat keadaan Cikgu As yang jujurnya telah menembak jantung hatinya sekali lagi. Arg!dia terasa ingin pitam dengan pesona Cikgu As.

Sampai sahaja di hadapan Qaisara,Cikgu As tergelak kecil. Lucu agaknya melihat budak yang terlalu kecil di hadapannya.

"Kenapa Cikgu gelak?" Qaisara membuat muka. Amboi,dah berani sekarang eh.

"Tak..cikgu rasa macam cikgu tengah jaga anak buah cikgu je sekarang ni." Cikgu As ketawa berdekah-dekah. Lucu agaknya melihat situasinya tika itu. Mungkin kerna susuk tubuh Qaisara yang amat kecil berbanding dirinya. Dia terasa seperti menjadi Babysitter tak berbayar hari itu.

"Gelak ah cikgu..gelak lagi..saya suka tengok.." entah kenapa ayat itu terkeluar dari mulut kecil Qaisara.

"Apa dia?" Cikgu As yang sepertinya salah dengar lalu dia segera meminta Qaisara mengulanginya kembali .

"Takde apa..emm..tapi cikgu,kenapa cikgu suruh kak raudhah hidang susu ni untuk saya?saya bukannya budak-budaklah.." Qaisara memanjangkan nadanya dan serta merta Cikgu As ketawa lagi. Aduhai Qaisara. Kalau macam ni bila nak belajarnya..

"Kamu bawa buku apa hari ni?" Soalan Cikgu As menghapuskan lamunan Qaisara. Qaisara segera mengeluarkan kesemua bukunya.

"Emm...buku teks?" Qaisara mengeluarkan juga buku teks matematiknya. Selepas semua buku disediakan,sesi pembelajaran pun dimulakan. Masa terus sahaja berlalu dengan sesi pembelajaran yang penuh serius. Qaisara. Sekiranya berkaitan pelajaran dia akan serius walaupun siapa sahaja di hadapannya. Meskipun Cikgu kesayangannya.

*******

Kini hampir 1 bulan Cikgu As memberikan didikan luar sekolah kepada Qaisara. Namun,disebalik masa pembelajaran yang sedikit singkat itu,ada satu rasa pelik yang timbul di hatinya. Dia merasakan seperti ada something fishy dekat Qaisara. Setahunya,orang yang tidak pandai ni dia akan lembab sikit. Tapi,Qaisara kenapa dia..cepat sangat faham? Dalam hati Cikgu As ada dua kemungkinan,samaada Qaisara memang jenis yang gifted ataupun Qaisara sememangnya faham tapi selama ini dia sahaja yang malas jawab soalan matematik itu. Tapi,kalau iya sekalipun..apa sebabnya.

"Woi As!" Cikgu As terkejut. Dia terlalu terkejut sehinggakan kopi panasnya tersembur ke udara dan mengenakan baju baharunya. Dia membuat muka jengkel dengan matanya dia bulatkan dan diarahkan kepada si pemanggil.

Melihat keadaan Cikgu As,si pemanggil lantas ketawa terbahak-bahak. Laju dia mencapai tisu dan memberinya kepada Cikgu As yang sudahpun merasa marah dengan panggilannya tadi.

"Hahahahaha...kau ni!kalau ye pun menghayal!tak payahlah sampai nak terkejut beruk macam kera...pffft" Cikgu As memberikan jelingan maut kepada jejaka disebelahnya itu.

"Haa Arul,kau nak apa datang sini.." tanyanya malas mahu memanjangkan isu kopinya tadi. Haish!memalukan sungguh...

"Hmmm...aku?takde apa...saja je..nak panggil kau..errr rindu agaknya....HAHAHAHAHA.." Sekali lagi jelingan maut Cikgu As hadiahkan kepada sahabatnya itu. Sahabat sedari darjah, sedari sekolah rendah,menengah,menengah tinggi,universiti dan seterusnya menjadi sahabat sekerja. Haih,kalau diikutkan dia juga sudah muak melihat wajah sahabatnya itu. Ada sahaja dimana-mana. Kadang-kadang muncul seperti halilintar,dan ada masanya dia muncul tak ubah seperti siput yang diam-diam ada di situ. Aduh!penat Cikgu As dibuatnya.

"Cikgu Arul..Cikgu Arul..kalau kau takde benda nak cakap atau nak minta pendapat dekat aku..baik kau beredar!" Cikgu As menolaknya acah tolak. Cikgu Arul cuba bertahan sebaik mungkin. Ini tak boleh jadi,dia baru sahaja datang kot.

"Eiy..aku datang ni sebab aku fikir kau yang ada benda nak cakap dan minta pendapat aku..sebab itu aku datang." Cikgu Arul memeluk tubuhnya sambil menaik-naikkan keningnya.

Cikgu As menunjukkan mukak jengkelnya sekali lagi..

"Bila masa pulak...emmm kan?hahaha kau memang sahabat aku.." baru Cikgu As teringat berkenaan kerungsingan yang dia hadapi sedari tadi. Kerungsingan yang dia memerlukan Cikgu Arul untuk selesaikan. Cikgu Arul tersenyum bangga.

"Meh sini ikut aku.."

"Eh apa ni main tarik-tarik ni...
tolong..tolong.." cepat-cepat Cikgu As menghentikan langkahnya. Dia memberi pandangan 'kau nak minta penampar ke?' Kepada Cikgu Arul dan Cikgu Arul pun tersengih kernanya.

**********

"Wei..amacam?okey tak?" Gina mengajukan soalan kepada Qaisara yang sedari tadi tunduk dan tidur di atas mejanya. Tiada jawapan. Gina yang sedikit tersentak menolak bahu kawannya itu.

"Weii..ceritalah..amacam.." tanyanya sekali lagi. Memaksa Qaisara bangun. Qaisara yang kelihatan sedikit mengantuk bangun pelahan.

"Okey je..." dia membaringkan kepalanya kembali. Dia mengantuk betul katanya. Gina sudah mulai mencebik.

*******

"Apa dia yang kau nak cakap kat aku?" Taya cikgu Arul sambil menghirup kopi panasnya. Dia menghirup pelahan dek kerana suhu kopi itu yang masih panas.

"Pasal Qaisara." Cikgu Arul mengangguk tanda faham dan meminta Cikgu As meneruskannya.

"Aku tak fahamlah Rul,Qaisara tukan cerdik budaknya. Dia antara budak yang berpotensi untuk skor straight A nanti spm tapi..tapi kenapa dia macam susah sangat nak skor untuk subjek aku eh?"

"Susah nak skor?emm..bukan kau cakap kau ada buat kelas tambahan ngan dia ke?so hows the class goin?takkann takde perkembangan kot..." tanya cikgu Arul sambil mencapai kuih koci yang berada di atas piring Cikgu As. Dia tahu Cikgu As tak suka kuih koci..jadi,memandangkan dia suka biarlah dia yang habiskan.

"Tulah masalahnya sekarang...dia waktu aku ajar,cepat je..dia terus faham tahu tak..tu yang aku macam..kalau dia faham,apasal dia tak jawab eh?I mean like why dia biarkan kosong eh?" Cikgu Arul tergelak kecil.

"Laa..kau belum tahu ke?" Cikgu Arul memandang terus ke mata Cikgu As dengan pandangan biasa. Cikgu As pula sudah menaikkan keningnya. Apa pula yang dia tak faham ni..apa pulak budak Arul ni lebih arif dari dia?setahunya...dia lebih berilmu darinya. Hamboi cikgu,bangga diri nampak..

"Huh,takkan kau tak dengar cerita kot? Satu sekolah dah tahu.."

"Dah tahu apa?" Geram pula Cikgu As dibuatnya. Ni sesi bikin orang geram ke apa ni? Bagilah tahu terus kalau iya pun. Tak payah nak main tarik tali pula..penatlah!

"Satu sekolah dah tahu yang si Qaisara tu syok dekat kau...takkan tak tahu lagi.." serta merta suasana berubah senyap. Dingin. Dan daun-daun kering pun mulai berterbangan..













Hey guys,Im back!!!sorry for
My late publish sobsob..T.T
I had a lot of things to do and Im surely got bzy until I dont have time to keep publishin my story..but rn Im gettin free so I try my best to always publish this novel part..keep reading...❤❤❤

Cikgu, saya pilih Cikgu..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang