Qaisara menggigit bibir bawahnya sebelum memandang kearah Laila. Laila sudah tersenyum puas.
"Tak sangkakan?orang yang kau paling percaya tho..tak sangka dia pula yang tikam belakang kau.."Laila memanaskan keadaan. Qaisara melepaskan telefon Laila ke atas lantai. Berderai. Terbeliak mata Laila taktala telefon pintarnya hancur berderai di atas lantai dalam sekelip mata.
"Woii!kau buat apa ha?!!apa masalah kau!!!!" Marah Laila lalu menolak Qaisara namun tangannya ditahan oleh Qaisara dan ditolaknya Laila sehingga jatuh di atas lantai.
"Kau yang apa masalah kau?tak cukup lagi ke tamparan yang aku bagi?tak cukupkah nak buat Cikgu As benci kat aku,sekarang..kau nak buat persahabatan aku hancur pula ke?" Qaisara berbicara dengan nada geram. Ikutkan hati mahu sahaja Laila ini dia taekwando sampai pengsan tapi dia sedar,tindakannya itu salah disisi undang-undang dan agama.
"Bila masa pulak aku hancurkan persahabatan korang? Kalau kau nak tahu,orang yang dah hancurkan persahabatan korang tu..Gina sendirilah!bukan aku.." ayat Laila terhenti taktala Qaisara membuat lagak seperti ingin menamparnya.
"Hoi!!kau fikir Gina tu. Kau ke?kau fikir Gina dah buang tabiat ke nak buat macam apa yang mulut busuk kau cakap tu?dia bukan syaitan macam kaulah!dia manusia yang tahu menghargai dan menyayangi insan di sekelilingnya. Bukan manusia yang bertopengkan syaitan macam kau ni.." Laila terdiam.
"Aku bagi amaran dengan kau!kalau kau buat macam ni lagi,aku takkan teragak-agak nak bunuh kau faham?" Qaisara berkata kasar lalu pergi meninggalkan Laila yang masih terduduk di atas lantai. Walaupun Qaisara seorang yang manja dan ayu di hadapan orang-orang yang disayanginya namun perwatakan itu cepat sahaja berubah jikalau hatinya diusik dengan rasa amarah yang amat. Oleh itu,jangan berani mahu menyakitkan hatinya yang mempunyai tempoh barannya tersendiri.
**********
Gina di hadapannya dia pandang lama. Pandangannya penuh dengan 1001 rasa yang hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia percayakan sahabatnya itu. Tapi,entah kenapa hatinya merungut minta Gina disoal siasat. Jika benar Gina sahabatnya,tidak mungkin Gina akan menipu. Namun,Qaisara tidak berani untuk mengungkapkan rasa hatinya. Dia takut Gina terasa tapi sampai bila? Sampai bila dia mahu memendam tanda tanya di dalam hatinya itu.
"Qai!" Lamunan Qaisara tersentak. Dia memandang kearah Gina yang memanggilnya tadi. Dia takut. Adakah dia patut menyoalnya atau terus sahaja percayakannya. Jika dia soal dan jawapan Gina tidak seperti yang dia inginkan bagaimana?hati Qaisara mulai bergelora. Jika Cikgu As bukan miliknya dia redha. Jangan sahaja tali persahabatanbya bersama Gina terputus. Dia sayang gadis itu.
"Gi..Gina.."panggil Qaisara pelahan. Gina menaikkan keningnya minta Qaisara meneruskan ayatnya.
"Kau..kau pergi mana tadi?" Tanya Qaisara pelahan.
"Tandas. "Jawab Gina tenang. Qaisara mengangguk sambil mindanya ligat memikir soalan seterusnya dan ligat mentafsir jawapan Gina. Adakah Gina membohonginya atau tidak..
"Ouh ya..Qai. tadikan..Aku jatuh tau."
"Jatuh?jatuh kat mana?" Qaisara menyoal dengan harapan Gina akan menceritakan segalanya supaya prasangkanya berubah serta merta.
"Macam ni..aku jatuh kat depan tandas. Waktu tu ada orang lari pastu dia terlanggar aku sampaikan aku hampir jatuh tapi waktu tu aku tak jadi jatuh sebab ada orang yang tolong sambut aku.. kau tahu tak siapa gerangan orang tu.." Qaisara tergelak kecil. Dia tersenyum lebar. Dalam hatinya lega bila mendengar cerita Gina yang dia sudahpun mengetahui hujung pangkal cerita itu. Dia berlagak tidak mengetahui apa-apa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
Roman d'amourBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...