"Cikgu Arul!" Gina yang berada di hujung pondok memanggil Cikgu Arul yang sedang sibuk meneropong orang di hadapannya. Cikgu Arul yang sepertinya terkejut itu segera memandang kearah Gina. Gina tertawa.
"Apasal cikgu datang?bukan jadual cikgu besok ke?" Gina bertanya pelik. Cikgu Arul yang tadinya hanya memusingkan kepalanya terus sahaja menghadapkan badannya kearah Gina.
"Emm...sebenarnya..Cikgu...err...Cikgu rindu cikgu As." Cikgu Arul berkata selamba lalu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Gina yang sedikit geli dengan pernyataan itu hanya mampu mengangguk pelik.
Dia segera mengangkat kaki taktala merasakan suasana itu semakin pelik. Namun,langkahnya terhenti melihat dua insan yang berada tidak jauh di hadapannya.
'Eh itu..kan Qai..tu pula Cikgu As...ARGHH!!!' Hati Gina menjerit melihat sahabatnya yang sepertinya bahagia bersama Cikgu As. Lama mereka berbual. Suka pula Gina dengan keadaan itu. Melihat situasi kedua-duanya,Gina memilih untuk membantutkan niatnya untuk pergi ke pondok.
********
"Cikgu...." Qaisara tersentak. Dia lantas diam melihat lagat Cikgu As yang meletakkan beg khemahnya di atas meja di dalam pondok tersebut. Qaisara memandang kearah beg khemahnya dan beg belakangnya silih berganti . Pandangannya beralih ke arah Cikgu As yang sepertinya sedikit basah dek kerana terkena titisan gerimis kasar tadi.
Rambutnya sedikit basah lalu ditolaknya ke belakang. Melihat keadaan itu,Qaisara segera mengalihkan pandangannya dan mulai menyibukkan dirinya.Cikgu As yang menyedari lagak Qaisara sedari tadi mempamerkan senyuman seksinya.
"Qai..." gadis itu dia panggil dengan nada kelelakian. Dia memandang Qaisara terus ke matanya. Seperti pertandingan lawan mata pun ada juga. Namun,perbezaannya..Cikgu As memandang Qaisara penuh ikhlas sambil dia menguturkan senyuman nakalnya.
"Cikgu benarkan kamu sukakan cikgu.." jantung Qaisara seperti ingin keluar dari badannya. Dia seperti ingin pitam. Biar betul!biar kebenaran apa yang didengarinya tadi...Cikgu As?benarkan Qaisara menyukai dia?? Qaisara terus berdiri teguh seperti arca di muzium negara. Apa tidaknya itu merupakan kali pertama Cikgu As berkata lembut kepadanya selepas mengetahui Qaisara menyukainya.
Selesai sahaja menghabiskan ayatnya,Cikgu As meninggalkan Qaisara yang masih kaku di kedudukannya. Dia memandang sekilas kearah gadis itu lalu dia tersenyum.
'Siapa suruh kau tenung aku waktu aku berikan taklimat camping..' hati kecil Cikgu As berbicara lalu pergi dengan senyuman termanis yang dia pernah tunjukkan. Namun,dia segera memegang dadanya dek kerana debaran yang laju dari jantungnya tika itu. Sakit.
"Woi!! Qaisara!" Qaisara masih kaku berdiri di situ. Dia seperti ingin menangis. Gina yang sudah terkinja-kinja ingin mengetahui kisah sebenar antara kedua-duanya menggoyang-goyangkan bahu Qaisara.
"Woiii apasal kau ni!!" Gina menampar sahabatnya lembut. Qaisara baru tersedar. Dia memeluk Gina erat.
"Gina..hari ni hari paling bersejarah dalam hidup aku. Tolong aku catat dalam memori kisah Cinta aku Gina. Cikgu As benarkan aku untuk sukakan dia." Gina menjerit begitu juga Qaisara menyebabkan kesemua pelajar menumpukan pandangan kearah mereka.
Sungguhlah sukar untuk dia percayakan hakikat itu. Dia tekad! Dia akan terus sukakan Cikgu As!********
Cikgu Arul tersenyum melihat sahabatnya yang kelihatan bahagia tika itu. Jujurnya dia gembira kerana akhirnya dia dapat melihat senyuman sahabatnya itu kembali. Sudah lama dia ingin melihat senyuman lebar dan bahagia dari wajah itu. Dia mendekati Cikgu As.
"Hoi!bahagiaa sangatke?" Melihat kehadiran Cikgu Arul, Cikgu As segera memperbaiki posisinya. Riak wajahnya juga diubah.
"Bahagia apa kau ni?eh kejap..kau buat apa kat sini?" Nada suara Cikgu As bertukar sangsi taktala melihat kehadiran Cikgu Arul. Cikgu Arul menunjukkan sengihannya.
"Heheheh..aku rindu kau.." Cikgu As mempamerkan wajah meluatnya. Rindu?sakit ke apa kawannya ni.
"Cikgu Asfan.." suara seorang wanita mematikan langkah Cikgu As yang mahu menampar Cikgu Arul tadi. Kedua-dua mereka mengalihkan pandangan kearah si pemanggil.
"Cikgu Nora..?" Cikgu Arul bertanya pelik lalu memandang kearah Cikgu As.
"Kau dah lupa ke?Cikgu Nora ngan aku kan sama-sama guru pemerhati tahun ni.."
"Huh???kenapa lak?"
"Kenapa apa kau ni?memang itu yang dicadangkan dalam meeting... kau tidur eh?" Cikgu Arul tersengih lagi sebelum menukar ekspresi wajahnya kepada ekspresi geram. Ish!hancur plannya untuk menyatukan Qaisara dengan Cikgu As lepas ni..kenapa pulak Cikgu Nora ni perlu ada sebagai cikgu pemerhati di sini. Bukan dia tidak tahu,Cikgu Nora itu ada hati dengan sahabatnya.
"Eh Cikgu Hairul pun ada." Cikgu Arul memberikan senyuman palsunya. Sibuk.
"Macam mana Cikgu Hairul boleh.."
"Saya terpilih sebagai Cikgu pemerhati juga. Pengetua cakap lebih baik ada dua cikgu pemerhati lelaki,sebab hutan kan..jadi,sebagai spare ah.." katanya selambah. Entah bila pula pengetua sekolah mereka memberikannya kebenaran untuk menjadi guru pemerhati. Sebabnya juga tidak masuk akal. Argh!pedulilah..yang penting dia boleh meneruskan misinya. Menyatukan Cikgu As dan Qaisara.
"Ouh..err Cikgu Asfan.."
"Woi As!!kau kata nak masakan aku maggi malam ni,bila...bila kau nak masakan.." Cikgu Arul mencapai lengan sahabatnya itu atas niat memotong tindakan Cikgu Nora. Baik dia bawa sahabatnya itu dari situ. Baru aman sikit. Cikgu Arul menarik Cikgu As ke kawasan air terjun. Kawasan yang jauh sikit dari Cikgu Nora tadi. Selepas itu,barulah dia terasa lega.
"Kau kenapa ni haaa?" Marah Cikgu As lalu melepaskan tangannya dari genggaman Cikgu Arul lalu memandangnya penuh marah.
"Lek ah..ak pun taknaklah pegang tangan kau..tapi Cikgu Nora tu..dah macam nak telan kau..tu yang aku tarik kau sampai sini.." Cikgu As hanya mampu menggelengkan kepalanya. Entah bilalah dia mampu memahami sahabatnya itu. Complicated.
"Emm..btw apa yang kau senyumkan tadi?bahagia nampak.." Cikgu As memberikan pandangan menyampah lalu mengetuk kepala sahabatnya itu dan segera meninggalkannya di situ.
"Alaa..cakaplah.."
********
"Baiklah..semua pelajar diminta berkumpul semula dekat sini masa maghrib nanti ..faham?"
"Faham!!" Arahan itu disahut tertib oleh para pelajar di situ.
"Baiklah semua boleh berehat dulu..bersurai.." arahan Cikgu Arul itu membuatkan semua pelajar bersurai akur. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
Taktala itu,Cikgu As masih lagi menumpukan pandangannya kepada Qaisara yang dari jauh duduk di dalam khemah miliknya. Sendiri. Entah kemana perginya Gina. Tidak lama selepas itu,Qaisara bangun lalu beralih ke kawasan hijau dan selama itu juga Cikgu As tidak mengalihkan pandangannya.
Dek kerana penuh rasa ingin tahu Qaisara melangkah masuk ke dalam hutan tebal di belakang tapak perkhemahan mereka itu. Haih Qaisara...
"Aku dah agak dah." Cikgu As segera bangun dari tempat istirehatnya lalu mengejar jejak Qaisara di dalam hutan..
Thankiu for keep reading my work..
Hopely this chap will give a smile to all my readers.
Keep reading and dont forget to vote❤❤❤
Vanila_latte

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomantizmBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...