Buku matematik di tangannya terlepas tanpa sengaja. Entah kenapa hentakan buku itu terdengar kuat sehingga kearah Qaisara dengan jejaka di hadapannya. Qaisara lantas teringat akan Cikgu As. Aduhai apasal lak dia lupa.
Langkah Qaisara beralih kearah Cikgu As yang tekun memungut bukunya di atas lantai. Qaisara segera duduk dan membantunya,namun langkahnya terhenti taktala Cikgu As bangun.
"Dah habis dah pun Cikgu pungut buku-buku tu.. tak payah nak tunjuk baiklah.."kata Cikgu As dingin lalu masuk ke dalam bilik guru sebelum memberikan satu jelingan kepada jejaka tadi.
"Cikgu..."Qaisara yang masih bingung mengikuti langkah Cikgu As terus ke dalam bilik guru.
********
"Abang..Yus..?sapa tu..abang diake?atau pakwe dia..ataupun celake..ish!tak kisahlah..apa yang aku tahu..aku lagi kacak dari dia..huh!" Cikgu As berbicara di dalam hati. Selepas beberapa saat,kepalanya dia geleng agar dirinya akan menjadi sedikit waras tika itu. Kenapa pula dia nak fikir pasal Qaisara dengan lelaki misteri yang baru sahaja dia temui itu. Dia dah gila agaknya.
"Aku dah gila agaknya hahaha.."Cikgu As berbicara sendiri. Sah!dia sudah tidak waras tika itu. Cikgu Arul dari jauh menampar belakang leher sahabatnya sehinggakan kepala Cikgu As terhentak di atas mejanya. Cikgu As yang masih keluar bangkit lalu memandang ke arah Cikgu Arul tajam.
"Kau dah kenapa??!!" Marahnya.
"Huh?takde aku nampak kau macam orang gila yang masih tak faham kenapa dia gila dari jauh. Tu yang aku pukul je belakang halkum kau." Nafas Cikgu As ditarik lama sebelum dia hembus berat tanda marah. Tapi,hampah!taktala dia ingin mendengar kata maaf dari Cikgu Arul,Cikgu Arul sudahpun jalan untuk menyapa seseorang.
"Hohoho..Yus!apahal kau kat sini?" Sapaan Cikgu Arul itu mengejutkan Cikgu As. Yus?macam familiar je nama ni. Satu mentol di sebelah kanan Cikgu As berlampu tanda dia sudah mengenali Yus yang sebenarnya.
"As..wei sini jap." Hairul memanggil Asfan yang sedari tadi sibuk memandang kearah papan kenyataan kolej kediaman mereka itu. Asfan sedikit pun tidak mempedulikan panggilan Hairul itu. Dia masih tekun memerhatikan jurnal yang dilekatkan di atas papan kenyataan tersebut.
"Hoiii!!ish budak ni,kalau aku panggil tak pernahlah nak datang.." Hairul yang masih bengang segera mengatur langkah kearah Asfan. Bahu Asfan dia tolak tanda geram.
"Ish apa.."kata Asfan tanpa memandang sedikit pun kearah Hairul.
"Aku dah tahu dah siapa mamat yang minat kat Lisa kau tu." Serta merta pandang Asfan terus ke anak mata Hairul. Seram sejuk Hairul dibuatnya. Ni nak sambung ayatke taknak ni. Dia berbisik di dalam hati sendiri.
"Siapa?"tanya Asfan serius masih memandang kearah Hairul. Tiba-tiba satu susuk tubuh melimpasi mereka lalu jari telunjuk Hairul tegak kearah susuk tubuh itu.
"Yusuf?"
Pandangan memori Cikgu As terpadam serentak dengan gelengan kepalanya tika itu. Baru dia teringat siapa budak Yusuf ni dalam hidup dia. Serta merta darah panasnya mendesup naik ke atas kepalanya. Tindak tanduk Cikgu Yusuf aka abang Yus Qaisara itu dia perhati penuh tajam.
**********
"Wei..wei..wei...."Qaisara menjerit ke telinga sahabatnya itu walaupun dia tahu Gina hanya berada di situ.
"Hish!apa kau niiii..."geram pulak hati Gina taktala niatnya untuk memakan roti tadi tergendala disebabkan Qaisara. Gina yang tadinya geram,segera mencapai botol airnya lalu menghirupnya seperti biasa.
"Abang Yus kau!practical kat siniii wei.."teruja Qaisara mengkhabarkan berita itu membuatkan Gina menyembur semua air yang baru sahaja diminumnya. Mindanya cepat mengingati siapa Abang Yus yang sebenarnya.
"Yelah!abang Yus kaulah!Abang Yus kau yang tak henti hantar surat dekat kau tu..Abang Yusuf! Abang sepupu aku.." Qaisara masih teruja. Gina disebelahnya sudah membuat muka beruk. Bibirnya terkumat-kamit berdoa agar Abang Yusuf yang Qaisara maksudkan itu tidak mengajar mereka kelak.
"Hish kau ni..kau tak teruja ke?aku je ke yang excited dengan kedatangan Abang Yus tu haa?" Muncung Qaisara sudah mulai panjang. Geram kot bila dia teruja lebih tapi Gina langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Gina hanya tergelak kecil...
"Wei.." Gina masih mengelamun. Mindanya jauh mengelamun ke memori 2 tahun yang lalu. Waktu dimana dia pertama kali menemui Abang Yusuf.. Qaisara yang pelik melihat sahabatnya itu,segera menolak bahunya.
"Woii..apa yang kau menungkan tu.."
"Takdelah..ak teringat hari pertama aku jumpa Abang Yus je.."
"Elleh cinta lama berputik kembali le tuh!" Qaisara mencuit pipi sahabatnya itu sambil dia membuat aksi pelik. Gina disebelahnya hanya memberikan ekspresi wajah hairan yang amat.
*********
Yusuf terus sahaja berjalan sambil membaca risalah yang diberikan ketika mesyuarat guru tadi. Dahinya berkerut cuba memahami isi kandungan di dalam risalah itu. Taktala dia masih kusyuk membaca,bahunya di langgar oleh satu susuk tubuh sehingga menyebabkan risalah yang dipegangnya jatuh ke tanah. Pandangannya beralih kepada si pelaku.
"Saya minta maaf cikgu.."
"Sakinah?" Nama itu Yusuf panggil sambil wajahnya menunjukkan ekspresi gembira.
"A..abang Yusuf.."
"Abang Yus!!!" Qaisara memanggil ceria memecahkan suasana janggal antara Gina dan Yusuf tika itu.
"Laaa..abang buat apa kat sini." Qaisara meneruskan ayatnya selepas mengemas risalah yang berselerak di atas lantai.
"Abang otw nak gi bilik guru..Sakinah dan Qai nak gi mana.." Gina hanya terdiam menunggu Qaisara menjawab tapi entah kenapa Qaisara hanya diam sambil tersenyum kambing.
"Nak pergi kantin..lapar.."Gina menyahut soalan Yusuf selepas memandang sekilas kearah sahabatnya.
Yusuf mengangguk faham.
"Er..jomlah..join abang..abang pun nak pergi makan ni.." Gina memandang kearah Qaisara sebelum memandang lagi ke arah Yusuf yang masih teguh menanti jawapan dari mereka.
'Kali ni..aku taknak terkena dah..aku akan diam je sampai..'
"Seriuslah?abang pun belum makan?waaa.. untungnya kitaorang..nak..nak.. tapi dengan syarat abang kena belanja!okey?" Ayat Qaisara mengejutkan Gina dan Yusuf. Apa tidaknya suasana tadi punyalah suram,tapi tiba-tiba sahaja Qaisara terjerit menerima tawaran Yusuf sambil tersenyum kambing tika itu.
"Okey!!" Yusuf tersenyum lalu ketawa bersama Qaisara dan Gina. Gina pula sudah mulai segan dengan situasi tika itu. Qaisara di sebelahnya ketawa girang sambilal memukul lengan Yusuf
Taktala tangan Qaisara selamat mendarat di atas lengan Yusuf,satu suara bergema mengejutkan ketiga-tiganya.
"Qaisara! " panggilan yang penuh dengan rasa marah itu mengejutkan mereka. Qaisara menoleh kearah si pemanggil lalu wajahnya menampakkan pandangan terkejut.
"Cik..cikgu As.. " Qaisara tergagap sendiri. Dia semakin gugup taktala melihat riak wajah Cikgu As yang kelihatan merah padam disebabkan marah. Qaisara jadi tidak senang duduk dibuatnya.
Hohohohoh..Im being a little bit late updatin this chap huh?Hehehe..Im quite bzy guys..so thats why..
I like donno why my idea suddenly goin come and back to me.. its a nightmare..but yeah,Im finally done writtin this chap so enjoy~~~~

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomansaBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...