Wahai Hawa,
Muhasabah setara mana kamu menjaga diri kamu????
Pernah kene kacau dengan ajnabi???Tetiba ada orang call.
Tetiba ada orang WhatsApp.
Tetiba ada orang kirim salam.
Tetiba ada orang tanya khabar.
Tetiba ada orang add friend
Tetiba ada orang request follow.
Tetiba ada orang retweet.
Tetiba ada orang wish something.Kenapa perkara itu berlaku???
Ketahuilah bahawa itulah berpunca dari kamu sendiri!!! 😠
Setara mana kita menjaga diri?!
" Aku tak pandang lelaki dan aku benci lelaki. " - ayat biasa budak agama sama ada sekolah pondok atau maahad. 💁♀💁♂
Tapi semacam kau accept orang yang tak dikenali dalam alam maya walaupun kau mengatakan tidak.
🤷♀🤷♂
Perempuan mungkin pandai menipu tetapi tidak akan sesekali dapat menipu lelaki...
Kadang2 lelaki hanya bertanya walhal sudah tahu jawapannya kerna ingin melihat sejauh mana kata-kata itu membawa kebenaran atau penipuan...
Lebih teruk tu sebenarnya pon ada. Punah hati... Astaghfirullah...Kita terfikir,
Kenapa ada ajnabi kenal aku, kacau aku?Sebab kita yang tak pandai jaga diri!
Kononnya jaga hati. Jaga maruah. Tudung labuh. Niqab pulak. Stokin berlapis. Armguard berstok stok.
Tapi hakikat hati kita rosak! Rosak weh!
Astaghfirullah. Lebat mulut cakap pasal lelaki dengan kawan perempuan . Stalk ig sana stalk ig sini. Usha senyap senyap pastu leftkan comment .
Padahal kita tak sedar, ianya effect pada hati kita.... Sayangnya diri kamu wahai Hawa... 🙂
Allahu. Malunya kalau masyarakat yang sanjung kita sebagai budak agama tahu apa kita buat.
Malunya pada ALLAH. Yang tak pernah lepas menonton kita saban hari...
Dari situ, jangan marah kalau kita kene kacau dengan ajnabi, sebab kita pun tak pandai tak cerdik nak jaga diri.😣
Sebenarnyaaa, kalau kita benar-benar menjaga diri luar dan dalam, ajnabi tak akan tak akan tak akan tak akan berani nak kacau.
Mereka hormat!
Allah lindung!Nak tekan follow request pun terketar2 jari diaa...
Nak jeling pun dia takut...
Apatah lagi nak kacau beb!!!!Sungguh. Terbukti.🧐
So, analisis diri sendiri. Nak cari ketenangan cari laa dengan berhikmah... 😊
Kalau kita follow ajnabi fav kita, retweet ajnabi, stalk ajnabi dekat Ig mahupun Fb, usha ajnabi sana sini, confirmkan request ajnabi yang tak kenal , ketahuilah sebenarnya hati kita sakit. 🥺
Kita nak ajnabi tahu perkembangan kita,
Kita nak ajnabi kenal kita.
Kita nak ajnabi tahu kita mcam mana disebalik tudung litup sampai lutut tuu.Allahu.😓
Malu laaah!!!!
Hawa, jaga maruah bermula dengan diri sendiri... Jangan marah kaum Adam yang usik kita sedangkan kita yang merelakan..
Muhasabah balik diri kita andai ketenangan itu yang kau cari selama ini... 🙂

ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...