Lelaki Kiriman Tuhan

210 33 0
                                    

Lelaki kiriman Tuhan ini, kebiasaannya sangat sukar untuk diperlihatkan.
Barangkali dalam ribuan lelaki yang kita pernah terlihat, lelaki seperti ini jarang sekali berada di hadapan.
Mungkin berada di celah celahan manusia yang berasak asakan.
Atau sekadar tersandar di bucu bucu dinding yang langsung tidak sedar akan kehadiran.

Lelaki kiriman Tuhan ini, pada saat lafaz sakinah termetrai, berjanji akan menggalas sebuah amanah yang luar biasa berat.
Yang diikat janji bersama si solehah yang dihadiahkan Tuhan.
Dipertanggungjawab kan sebuah posisi yang bakal disoal di hadapan Tuhan.
Yang pasti bukan lah sebuah ikatan yang biasa biasa, melainkan untuk melengkapkan sebahagian daripada agama.

Lelaki kiriman Tuhan ini, kebanyakan sangat jauh dari dunia maya.
Bahkan terlalu jauh untuk bergaya dihadapan lensa.
Kebiasaan mereka di waktu siang bertungkus lumus mencari rezeki sehingga ke senja.
Pulang ke rumah bergegas pula dengan amal ibadah dan dakwah yang seperti tiada hentinya.
Penat dan sakitnya tidak langsung dicerita.
Bahkan kebanyakan masa hanya tersenyum menutup segala rasa dihadapan pasangan dan keluarga.

Lelaki kiriman Tuhan ini, sosok manusia yang Allah hantar kan yang punya kekurangan dan kelebihan.
Pasti bakal menjadi kita hilang kesabaran, dan kadang kala buat kita hilang kewarasan.
Tapi lihat lah dari sisi positifnya.
Di saat dia berusaha memperbaiki diri,
Di saat dia berusaha menjadi teladan terbaik buat manusia sekelilingnya.
Pada akhirnya lelaki kiriman Tuhan ini lah yang bakal memimpin institusi keluarga yang diamanah kan kepadanya.
Yang bakal mendidik pasangannya dan zuriat nya supaya sama sama punya matlamat ingin ke syurga.

Lelaki kiriman Tuhan ini, jangan pernah dipersiakan.
Pada saat Allah mengirimkan buat kita,
Santuni lah, dan cintailah kerana Allah.
Pasti, lelaki kiriman Tuhan ini menjadi asbab kita menjadi bidadari syurga andai kita ikhlas menerima kurang lebihnya kerana Allah.

Berdoalah lelaki yang bakal/sedang menjadi pendamping kita ini adalah lelaki terbaik kiriman Tuhan ,
Yang akhirnya kita di syurga, kita berpimpinan tangan dengan lelaki yang sama kita pimpin diatas dunia.
😊

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now