*KISAH ASAL USUL KALIMAH SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAAILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAH HIL ALIYIL AZIM*
Ibnu Abbas ra berkata : "Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, dan menyuruh malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca : Subhanallah, sebaik sahaja malaikat membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama-lamanya".
Berkata Ibnu Abbas ra : "Apabila Allah SWT menjadikan Adam as, maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam as ia bersin. Lalu Allah SWT mengilhamkan kepada Adam as untuk membaca Alhamdulillah, sebaik sahaja Adam as membaca Alhamdulillah lalu Allah SWT menjawab : "Yarhamuka Rabbuka, (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau)".
Kemudian Malaikat berkata : "Inilah kalimah mulia dan baik, dan tidak sepatutnya kami abaikan". Maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan mereka membaca : "Subhanallah walhamdulillah".
Mereka membaca demikian sehingga Allah SWT mengutuskan nabi Nuh as . Disebabkan kaum nabi Nuh as adalah kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah SWT mewahyukan kepada nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca : "Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT."
Lalu berkata malaikat : "Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan". Maka malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang dua itu sehingga menjadi : "Subhanallah Walhamdulillah, Walaaillahaillah."
Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terrutusnya nabi Ibrahim as . Setelah terutus nabi Ibrahim as Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim as menjalankan Qurban anaknya, yang mana akhirnya Allah SWT telah menebus anaknya Ismail as dengan seekor kambing. Apabila nabi Ibrahim melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kambing maka nabi Ibrahim menyebut : "Allahu Akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.
Berkata para malaikat : "Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian malaikat menggabungkan dengan kalimah yang tiga sehingga menjadi : "Subhanallah Walhamdulillah, Walaaillahaillah, Wallahu Akbar".
Ketika malaikat Jibrail as menceritakan kisah ini kepada Rasullullah ﷺ baginda merasa kagum dan terus membaca : "Laa haula Wala quwwata illa billahilaliyyil aziim".
Kemudian Jibrail as berkata : "Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi, Subhanallah Walhamdulillah, Walaaillahaillah Wallahu Akbar, wala haula Wala quwwata illa billahilaliyyil aziim.
#writingbyAsy #semogabermanfaat #silakanshare #menulisuntukummah
https://t.me/sigadishijrah
YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...