Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih
setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-
baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas
setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang
amat dahsyat."Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang
diterima wanita tidak menutup aurat."Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu.
Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering
mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata
mengejar glamour sebagai artis popular."Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya
tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud
memohon keampunan Allah sambil menangis.Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang
mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin
kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu."Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api
neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke
dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti
telekung hingga ke subuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
De TodoDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...