Bau busuk
Hanyir
Aku tercari cari dari mana datangnya bau
Tapi kiri kananku kosong
Depanku angin
Belakangku angin
Bau busuk makin kuat menusuk ke hidung
Aku tunduk
Lagi kuat baunya
Oh
Dalam ni (sambil telapak tangan menyentuh dada)
Dah lama tak servis hati
Hati dah berbau, masam busuk hapak
Ada dengki
Iri
Riak
Takbur
Buruk sangka
Niat jahat
Maki hamun
Tukang hukum
Bapak segala maksiat
Datuk segala dosa
Moyang segala jalan ke neraka
Bermaharajalela di dalam ini (telapak tangan masih di dada)
Selagi belum wangi
Aku tak layak punyai hati
Dah begini
Masih aku tertanya kenapa semalam kelmarin dan esok
rasa resah gelisah bagai langit bakal menghempap aku—mati.
“Lekaslah!!!
Hantar dobi si hati tu.
Downykan dia dengan solat taubah.
Vanishkan dia pakai istighfar.
Ishhh tak sanggup aku menghadap baunya lagi”
Kata aku kpd diri sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...
