Tadabbur

158 25 0
                                        

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

160. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya;dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang
mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

(Surah al-An'am 6:160)

Allahuakhabar, sepatutnya kita rasa takjub dan syukur sangat kerana pemurahnya Allah kepada kita. Allah beritahu kita,

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ

"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat),"

Ini adalah suasana semasa di padang mahsyar nanti. Setiap daripada kita akan menghadap Allah sambil membawa apa yang kita pernah lakukan semasa didunia dulu. Apa yang kita nak tunjukkan pada Allah? Apa bekal yang kita ada? Ini yang sepatutnya kita muhasabah.

Dalam ayat ini, Allah mengunakan kalimah الحسنة ( Al hasanah) yang membawa maksud kebaikan.

Cuma apa yang saya tertarik disini adalah, amal baik yang kita buat itu allah pandang penting sehinggakan allah guna ال pada perkataan الحسنة.

Maksudnya amal baik secara khusus. Contohnya sama ada sedekahkan senyuman, tolong orang, buang sampah kat jalan,solat sunat dan sebagainya. Kadang kita tak sangka apa yang kita buat tu adalah pahala. Nampak macam remeh tapi disisi Allah ia sesuatu yang besar. Sebab tu jangan kita pandang remeh dengan apa ii kebaikan. Rasulullah bersabda yang bermaksud,

" Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun sekadar bermanis muka ketika menemui saudaramu"

(Riwayat muslim)

Kemudian Allah menambah lagi,

فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

"maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya."

Subhanallah! Allah menggandakan amal kebaikan dengan 10 kali ganda yang sama banyak. Analoginya seperti kita melabur Rm100, dan kita mendapat pulangan sebanyak Rm 1000. Itu baru satu amal kebaikan, macam mana kalau banyak?

وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا

"dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya;"

Allahuakhabar! Maha baiknya Allah, kejahatan atau dosa yang kita lakukan akan dibalas setimpal dengan apa yang dilakukan tanpa sebarang penggandaan. Kalau amal kebaikan tadi, Allah gandakan dengan 10 kali ganda..tapi dosa atau keburukan Allah tidak menggandakan. Cuba bayangkan kalau Allah menggandakan dosa kita.. Nauzubillah. Takut sangat. 

Allah baik sangat dengan kita.

Bahkan apabila kita berniat nak buat dosa, tetapi tak jadi buat, tak dikira dosa. Malah dikira sebagai pahala pulak tu! Kalau dah buat baru dicatat sebagai satu dosa. Masyaallah!

Luasnya rahmat dan pujukan daripada Allah untuk kita. Lebih luas daripada kemurkaan Allah. Allah sentiasa beri kita peluang untuk bertaubat dan sentiasa bagi peluang untuk kita masuk syurga. Allah..

وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

"sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)"

Kita tak rugi buat kebaikan. Sebab semuanya akan mendapat balasan yang setimpal. Bahkan kalau kita tinggalkan keburukan, Allah balas dengan pula dengan kebaikan. Jangan pernah rasa rugi buat kebaikan walaupun mungkin tak dipandang dunia. Sebab allah tak akan menzalimi kita.

Sebagai penutup saya nak kongsi satu hadis sahih, Rasulullah beritahu,

" Sungguh aku melihat seorang lelaki menikmati kesenangan didalam syurga kerana sebatang pokok yang ia singkirkan dari tengah jalan yang menganggu manusia."

(Riwayat muslim)

Masuk syurga hanya kerana membuang sebatang pokok yang menganggu manusia. Bila kita mudahkan urusan orang, Allah mudakan urusan kita. Subhanallah! Jangan kita putus asa buat kebaikan walaupun mungkin ramai yang tak pandang dan tak iktiraf pun. Sebab kita tak tahu amal mana yang paling ikhlas yang allah terima dan jadikan asbab kita masuk syurga.

Jahiliah To JannahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang