Story

61 7 0
                                        

*KISAH SEORANG ANSARI MENDIRIKAN SEBUAH BANGUNAN*

Sekali peristiwa di mana  Rasullullah (ﷺ)  sedang  berjalan melalui  sebuah dari jalan Madinah yang mana  pada sebuah itu baginda terpandang akan sebuah bangunan baru beserta  dengan sebuah kubah. Baginda kemudiannya bertanya kepada para sahabat,
"Apakah ini?".

Mereka memberitahu baginda bahawa ianya adalah sebuah bangunan yang baru di bina oleh seorang dari kaum Ansari. Rasullullah (ﷺ) mendiamkan dirinya. Pada suatu ketika yang lain tibalah orang Ansari yang telah membina rumah  itu untuk menemui  Rasulullah (ﷺ) dan mengucapkan kepada baginda dengan perkataan 'Assalamulaikum.' lantas Rasulullah memalingkan muka baginda daripadanya. Kemudian beliau mengulangi ucapan itu tetapi Rasullullah (ﷺ)  tidak menghiraukan ucapannya.

Beliau terperanjat apabila didapatinya Rasullullah tidak melayaninya. Setelah diselidiknya di mana beliau telah diberitahu mengenai kisah Rasulullah menanyakan dari hal bangunan yang baru dibinanya itu.

Dengan tidak membuang masa beliau terus ke tempat itu dan membinasakan bangunan baru itu sehingga menyamai paras tanah dan tidak pula dikhabarkan kepada Rasulullah (ﷺ) mengenai tindakannya itu. Sekali lagi apabila Rasulullah berjalan melalui jalan itu, lantas baginda bertanya :

"Kemanakah bangunan yang mempunyai sebuah kubah yang telah daku lihat di kali yang lau?"

Para sahabat memberitahu baginda tentang kebinasaan bangunan tersebut dilakukan oleh  orang Ansari itu oleh kerana kelakuannya yang berkemungkinan menyebabkan Rasullullah berasa tidak begitu tenang di jiwa. Baginda berkata :

"Setiap bangunan baru yang didirikan adalah menjadi bebanan kepada tuan empunya kecuali yang mana ianya akan menjadi keperluan hak mutlak."

Inilah yang dikatakan sumber mengenai kebaktian dan kasih sayang. Para sahabat tidak sanggup melihat perasaan yang tidak selesa dialami oleh baginda (ﷺ) dan apabila mereka dapati sesuatu masalah yang seperti ini, mereka kemudiannya akan sedaya-upaya mengunahkan punca yang menyebabkan baginda tidak begitu tenteram.

Seterusnya orang itu akan merasakan mengenai tindakannya yang begitu tegas terhadap Rasulullah (ﷺ) dalam mana mengubah akan apa yang tidak disukai baginda sehingga baginda sendiri akan mendapatinya secara kebetulan. Rasullullah (ﷺ) memilki 1 sifat ketidakhirauan yang istimewa bagi mereka-mereka yang sentiasa membazir wang bagi membina bangunan-bangunan tersebut.

Rumah baginda (ﷺ) sendiri binasanya terdiri dari pohon-pohon kurma di mana tikar-tikar pula berdiri sebagai dinding-dinding demi untuk mengukuhkan tempat kediaman yang tersembunyi lagi sunyi itu. Sekali peristiwa ketika ketiadaan baginda pulang dari Madinah. Ummul Mukminin Salmah (rha)

Yang mempunyai sedikit wang di dalam tangannya telah mendirikan dinding-dinding daripada batu-batu yang belum dibakar untuk rumahnya. Sekembalinya Rasullullah (ﷺ) ke rumah baginda dari perjalanan lantas baginda bertanya kepadanya :

"Mengapakah dikau lakukan sedemikian ini?".

Lalu beliau menjawab :

"Wahai Rasulullah, ini hanyalah untuk mendapatkan tempat kediaman tersembunyi lagi sunyi."

Rasullullah (ﷺ) kemudiannya menjelaskan :

"Perbelanjaan wang yang paling buruk sekali adalah perbelanjaan untuk mendirikan bangunan-bangunan."

Abdullah bin Amir (ra) meriwayatkan :

"Sekali pernah daku dan  ibuku membaiki dinding dari rumah kami,secara kebetulan Rasullullah (ﷺ) terpandang di mana kami sedang bekerja dan berkata :

'Kejahatanmu sendiri (kematian) adalah lebih dekat dari kejatuhan dinding ini."'

#writingbyAsy #menulisuntukummah #silakanshare #semogabermanfaat

@sigadishijrah

Jahiliah To JannahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang