*WASIAT RASULULLAH ﷺ PADA UMATNYA*
Dari Abu Saied Alkhudri ra berkata bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda pada hari waktu Asar hingga waktu terbenam matahari : "Bahawa sesungguhnya Ingatlah bahawa dunia ini hijau lagi cantik dan manis dan Allah SWT menyerahkan kepada kamu sebagai Khalifah, maka Allah SWT akan melihat bagaimana perbuatanmu, berhati-hatilah kamu jangan sampai dipengaruhi oleh dunia.
Berhati-hatilah kamu dari pengaruh wanita, Ingatlah oleh bani Adam dijadikan bertingkat-tingkat, ada yang dilahirkan dalam mu'min dan hidup dalam mu'min dan mati dalam mu'min. Ada pula yang dilahirkan dalam mu'min hidup dalam mu'min dan mati dalam kafir. Ada pula yang dilahirkan dalam kafir hidup dalam kafir dan mati dalam mu'min.
Ingatlah bahawa marah itu adalah berupa api yang menyala dalam hati anak Adam, tidaklah kamu lihat matanya yang merah dan tegang semua uratnya, maka sesiapa yang hal demikian hendaklah dia duduk. Ingatlah sebaik-baik orang yang lambat marah dan lekas rela, maka bila ia cepat marah cepat pula relanya, maka ia bersama-sama. Ingatlah sebaik-baiknya pedagang, ialah yang baik cara menerima dan baik pula cara-cara membayarnya.
Kalau ia baik cara menerimanya dan buruk pula ketika bayarannya, maka itu sama-sama. Ingatlah sesungguhnya sejahat-jahat pedagang yang buruk cara menerima dan buruk cara mengembalikan, maka jika buruk cara menerima dan buruk cara mengembalikan maka itu sama-sama.
Ingatlah jangan ada di antara kamu takut kerana seseorang sehingga tidak berkata benar terhadap apa yang diketahui dan disaksikannya, sehingga bila telah sampai ke masa terbenam matahari, Ingatlah sesungguhnya tiada tinggal dari umur dunia sejak masa yang lalu itu melainkan sebagaimana tinggalnya matahari yang akan terbenam ini.
#writingbyAsy #semogabermanfaat #silakanshare #menulisuntukummah
https://t.me/sigadishijrah
@sigadisdakwah

YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
DiversosDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...