Seronok bila tengok semua kawan-kawan dah sambung belajar. Ada dalam negera luar negara, matriks ,stam,stp.Tapi .... Kadang rasa sedih bila tengok kawan-kawan.
Kenapa sedih ?
Sedih tengok biah sekolah agama dulu semakin hari semakin hilang.
Ya.. Hilang..Sedih ...
Tengok tudung yang dulu labuh semakin hari semakin singkat
Sedih..
Tengok kawan tak tido siapkan assignment tak ada masa nak tahajud
Sedih..
Dulu selalu ada kat masjid solat jemaah sekarang solat sorang-sorang
Sedih ..
Dulu selalu usung Al-Quran baca bila lapang. sekarang , Al-Quran pun dah tak pegang
Sedih ... Sedih sangat...Sahabat..
Memang
Di alam universiti rasa dah matang tak nak nampak skema pakai tudung bulat labuh. Pakailah apapun jenis tudung asal tutup aurat kamu. Labuhkanlah tudung kamuMemang
Banyak assignment nak kena siapkan sampai tak tido. Tapi... Cuba ambil masa sekejap, tak lama pun , solat tahajud. In Shaa Allah rasa tenang nak buat assignment.Memang
Tak sempat nak solat jemaah kat masjid nak kena kejar kelas,tutor, assignment.
Tapi cubalah solat berjemaah walau kat bilik. Kita kutuk2 andai ada roommate tak solat. Tapi kita sebenarnya yang salah. Sebab apa? Kita yg tak ajak dia solat. Nanti kat akhirat bila ditanya kenapa biarkan kawan kamu tak solat sedangkan kamu tahu solat tu wajib? Ajaklah roommate yg ada solat jemaah sekali. Pahala berganda, dan kita dah tunai kewajipan dakwah sekali ajak org buat amal soleh.Memang
Payah nak bawa Quran merata2 nanti merata-rata letaknya, takde masa nak baca sangat. Kawan... Zaman dah maju, Al-Quran dalam handphone kan ada ? Kenapa boleh download macam2 apps , macam2 game tapi takboleh download Al-quran? Kenapa time free boleh je scroll fb, insta, twitter ? Tak boleh scroll Al-quran?
Kawan.. Kalau boleh jgn tinggal baca Al-quran walau sehari. Memang payah. Susah nak istiqomah. Cuba disiplinkan diri sehari paling kurang satu page. Time tgh tunggu bas ke dalam bas ke dalam kelas time lecturer belum datang ke. Baca. Bila kita dah selalu buat , percayalah rasa gelisah sangat bila tinggal. Tapi kalau dah sehari tinggal memang akan malas dan terus malas.Yang hafal Quran..
Memang payah sebab takde masa sangat nak hafal , nak ulang.
Ni tips ya . download mp3 Al-quran. Dengar banyak kali In Shaa Allah mudah hafal dan tak lupa .Sama2 kita bangkitkan kembali biah islamiah. Kalau bukan kita, siapa? Siapa lagi yg nak pamerkan imej syabab islam kat masyarakat? Siapa yg nak ajak diorg lazimi amalan islam kalau kita sendiri yg tinggalkan?
Malulah bila org kata "sekolah agama kan dulu? Kenapa macam bukan je "
Sebab masyarakat tgok kita sama je dengan org lain.Luangkanlah masa untuk Allah. Kenapa kita boleh ada masa untuk manusia tapi tak ada masa untuk pencipta kita?
Bila kita luangkan masa untuk Allah In Shaa Allah , Allah akan bagi keberkatan waktu pada kita untuk urusan dunia.
Waallahu A'lam

ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...