Al Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid Menceritakan :
Pada suatu hari ada orang tua datang kepada Baginda Rasulullah ﷺ
Orang tua itu berkata : "Ya Rasulullah, saya punya anak perempuan yang ingin menikah."
Orang tua tersebut tidak punya wangi wangian untuk anak perempuannya.
Orang tua itu datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata:
"Ya Rasulullah, anak perempuan saya ingin menikah tapi tidak ada wangi wangian yang boleh dipakaikan kepadanya."
Maka Rasulullah ﷺ mengambil beberapa titis dari peluhnya diletakkan dalam satu wadah,
Rasulullah Berkata: "Pakaikan ini kepada anak perempuan kamu."
Maka dibawalah beberapa titisan peluh Rasulullah ﷺ dan dipakaikan kepada anak perempuannya.
Maka seketika itu anak perempuannya tersebut langsung menjadi wangi bukan hanya orangnya bahkan satu rumah itu pun menjadi wangi dan berhari hari wanginya itu tidak hilang.
Sampai rumah tersebut dinamakan Baitul Mutayyabin (rumah orang yang diwangikan) kerana wangi wangian yang ada pada keringat Rasulullah ﷺ tersebut.
Inilah keistimewaan yang diberikan oleh Allah ﷻ kepada junjungan Nabi Muhammad ﷺ,
√ Jangan pernah lelah untuk terus berselawat atas baginda Nabi Muhammad SAW
√ Biasakan Selawat, Selawat dan Selawat.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Allahumma Sholli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa'alaa Alihi WaShohbihi Wasallim.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
AléatoireDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...
