OFFLINE
Akan tiba suatu hari nanti, semua friendlist kita akan melihat nama kita offline. Mereka menghantar pesanan di WhatsApp, kita tak menjawab. Mereka hantar chat di Messenger, kita tak membalas.
Pada hari itu,
post kita tiba tiba terhenti. tiada lagi update.
Kenapa? Kerana kita telah pergi meninggalkan dunia. Ya, Kita tidak akan online lagi, tak reply chat, ataupun komen kat post. Kita nak edit status atau post meminta maaf kepada sesiapa yang pernah kita sakiti, dah tak boleh dah.Ya, kita tak lagi bersama mereka.
Pada hari itu kita sedang terbujur di lubang kubur sempit dan terhimpit, cuma kita seorang diri yang menghadapi ujian diri.
Dan ketika kita telah pergi, yang tertinggal hanyalah huruf-huruf di post kita. Sama ada ia bakal membela kita atau mungkin membinasakan kita di alam sana.Maka dengan itu,
Tulislah yang baik-baik, walaupun kita belum baik. Sekurang-kurangnya kita terselamat dari dosa menulis yang buruk-buruk.
Tulislah yang baik-baik, bukan kerana kita baik. Tapi kita berusaha untuk jadi baik.
Tulislah yang baik-baik, kerana kita tahu kita nak perkara baik. Dan apabila kita berikan yang baik, mudah-mudahan perkara yang baik itu balik kepada kita.
Tulislah yang baik-baik, kerana kita nak yang baik-baik itu tinggal, apabila kita sudah pergi.
Cakap yang baik,
Tulis lah yang baik-baik.Kerana yang baik itu semuanya ibadah. Walaupun hanya sekadar “senyum” dan “bersangka baik”
Oleh itu,saya ingin memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati kalian sama ada sengaja atau tidak
الله أعلم
YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...