Macam yang kita tahu, ramadhan ni disebut dgn byk panggilan seperti bulan rahmat, bulan Quran, bulan mulia dan sebagainya.Syeikh Soleh Al-Maghamisi ada menyebut untuk kita membesarkan الله dlm hati ❤️dan tunjukkan kesungguhan kpd الله sebelum datangnya bulan Ramadhan.
Seorang hamba perlu menzahirkan niat utk mengharapkan pengampunan drpd الله dan hamba itu berpuasa di bulan Ramadhan sehingga الله ampunkan dosa, menerima dosa dan mengangkat darjat.💖
Kalau perasaan ini tidak tertanam dalam hati untuk berusaha mencapai keredhaan الله, maka tidak akan beroleh hamba itu petunjuk melainkan dikehendaki oleh الله.🥀
Nak kata, yang apa syeikh soleh al Maghamisi cakap ni, kita kena tanam 🌱(usaha dan ikhtiar) dari skrg untuk persiapan bulan ramadhan nanti.
Madrasah ramadhan ialah salah satu usaha yg boleh kita lakukan untuk mencapai keredhaan الله serta mengharapkan keampunan Nya.💞
MAKSUD MADRASAH RAMADHAN
Madrasah Ramadhan ialah sekolah dibulan ramadhan🏫. Iaitu apa yang kita didik dan ajar diri kita buat sepanjang bulan Ramadhan.
Apa yg boleh kita lakukan ialah membuat mutabaah amal atau cheklist ramadhan.📝 Checklist ibadah kita.
Kenapa perlunya madrasah ramadhan?🤔
MENERAPKAN BIAH SOLEHAH ✨
Madrasah ramadhan dpt menerapkan biah solehah.Macam mana?
Cuba bayangkan, jika kita menghabiskan masa dgn al quran, zikir, semestinya kita dpt mewujudkan persekitaran yg soleh, baik. Lantas dpt meningkatkan semangat kita untuk terus melakukan ibadah..💪
MENGHAYATI MAKNA RAMADHAN✨
Sebagai seorang muslim, kita dpt menghayati, memahami, mendalami makna ramadhan itu sendiri..Bulan ramadhan ialah bulan sejuta rahmat, bulan yang penuh dgn kebaikan..💯
Bayangkan para ulama sendiri, pada penghujung ramadhan, mereka akan menangis?💦
Sebab apa?
Sebab ramadhan bakal pergi..😭Mereka tahu bahawa bulan ramadhan banyak kelebihan didalamnya..
Antaranya mendapat pahala yang berlipat kali ganda, syaitan diikat, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan adanya malam lailatul qadar...
Lebih baik dari 1000 bulan✨
▫Malam penuh barakah
▫Malam terbaik seumur hidup👍
▫Malaikat² turun ke bumi lebih banyak daripada anak² batu di bumiAllahuakhabar!!
Sabda Nabi S.A.W:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
"Carilah Lailatul Qadr pada malam² ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan"(Al-Bukhari no. 2017 & Muslim no. 1170)
Lailatul qadar bukan pada Bulan Muharram, bukan juga pada bulan Zulhijjah .Tapi bulan ramadhan. Korang perasan tak? 🧐
Seperti yang saya ckp, kita dapat faham maksud Ramadhan😀. Ramadhan bulan yang penuh berkat..Bulan yang sepatutnya kita beribadah lebih...Bulan yang kita kumpul pahala sebanyak yang mungkin..
Bulan Ramadhan ialah bulan tarbiyah..✨
Ramai org berpusu- berpusu melakukan ibadah dan kebaikan.. Yang sebelum ni tak pernah solat, tiba- tiba solat.. Yang tak pernah baca al quran, tergerak hati untuk baca al quran.🍃
Madrasah Ramdhan dapat melahirkan individu yang memahami tentang hukum Islam, seseorang yang dirindui الله,dirindui oleh bulan ramadhan, menjadi muslim yang berjaya ditarbiah
serta menguatkan keimanan kepada الله.💕Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan Ramadhan dengan perkara yang berfaedah.😣. Jadikan ramadhan tahun ni, ramadhan yg berbeza..Ramadhan yang penuh dengan keazamaan dan semangat.💪
Corakkan ramadhan dengan ibadah..Get ready with your mutabaah amal! 📝
Sasarkan target korang, tetapkan matlamat.💢
YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...