Teguran oleh Abdullah bin Abbas

53 10 0
                                    

*TEGURAN OLEH ABDULLAH BIN ABBAS*

Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah :

_"Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia telah tua. Pada suatu hari aku telah memimpinnya ke Masjidil Haram._

Disana ia telah mendengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang lantang. Dia meminta supaya aku membawanya ke hadapan mereka.

Dia pun memberi salamlah kepada mereka. Selesa membalas salamnya mereka mempersilakan ia duduk. Sambil melahirkan keengganannya berbuat demikian, dia berkata :  'Izinkan aku menceritakan dari hal hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya.

Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah

Sesungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah, mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka tiba ke peringkat keimanan yang demikian rupa, mereka bersegera ke arah kebaikan.

Mengapakah kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini ? ' Selepas peristiwa ini , aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil Haram"

Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada kita suatu jalan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya ialah dengan memikirkan tentang kebesaran Allah. Kalau ini dapat dilakukan , maka lain-lain perbuatan yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh kejujuran.

#writingbyAsy #semogabermanfaat #silakanshare #menulisuntukummah

https://t.me/sigadishijrah

@sigadisdakwah

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now