السلام عليكم .. ♡
Q : 🔴 Kalau kita letak bantal dihadapaan orang yang sedang bersolat ? Dikira sembah bantal ke ?
A : 🔵 Takde lah ... Benda nih berkaitan dengan konsep *Sutrah* .. Tak semua orang ambil tahu sangat pasal benda nih , padahal penting sangat . Ada orang bila nak lalu je , dia capai je apa2 benda then letak depan orang yang tengah solat tuh . Ada orang , dia struggle tunggu sampai orang tuh betul2 selesai solat ataupun dia main selamba jalan je .. Tak boleh dan tak perlu pun buat macam gitu . Apa yang perlu kita buat , first kita kena tahu , apa itu *Sutrah* ? *Sutrah* berfungsi sebagai penghadang atau sekatan untuk melintasi kawasan orang yang sedang solat atau tempat sujud bagi mengelakkan kita mengganggu ketenteraman dan kekhusyukan orang yang sedang solat itu . Hukum meletakkan *Sutrah* ialah *SUNAT* kerana suatu ketika dahulu , Rasulullah S.A.W. juga pernah mencacakkan tombak di hadapan Baginda lalu solat dengan khusyuk .. Bila solat berjema'ah , Imam di hadapan dan makmum lain di belakang makmum pada saf pertama juga dikira sebagai *Sutrah* . Antara contoh yang dijadikan Sutrah ialah beg , bantal , tiang , kerusi , tirai , langsir dan sebagainya selagi ia adalah objek yang tidak bergerak dan boleh dijadikan penghadang ketika kita solat .
والله اعلم .. 🥰
![](https://img.wattpad.com/cover/189155159-288-k757023.jpg)
YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
De TodoDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...