*KISAH JIBRAIL AS ENGGAN MASUK KE RUMAH RASULULLAH ﷺ APABILA ADA ANJING BERSEMBUNYI*
Aisyah ra berkata : "Jibrail as telah berjanji akan mengunjungi Rasullullah ﷺ pada suatu hari waktu yang telah ditentukan, apabila waktu yang ditentukan telah tiba ternyata Jibrail as belum juga datang. Pada waktu itu ditangan Rasullullah ﷺ ada tongkat, maka beliau pun meletakkan tongkat itu sambil berkata : "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji".
Setelah itu beliau menoleh ke belakang dan terpandang seekor anjing kecil di bawah tempat tidur, maka beliau pun berkata : "Wahai Aisyah ! Sejak bilakah anak anjing ini masuk ke sini ?".
Lalu Aisyah ra berkata : "Wallah ! Aku tidak tahu menahu tentang anjing ini".
Kemudian Rasulullah ﷺ menyuruh Aisyah menghalau anjing itu keluar. Setelah itu Jibrail as pun masuk. Lalu Rasulullah ﷺ berkata : "Anda telah berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan dan aku telah menunggu-nunggu anda, tetapi anda tidak juga datang".
Berkata Jibrail as : "Aku tidak dapat masuk sebab terhalang oleh anjing dalam rumah kamu, kami malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar-gambar.
Dengan terbacanya kisah ini adalah baik kita menanggalkan gambar-gambar yang berbentuk haiwan dalam rumah kita, sebab malaikat tidak akan berkunjung ke rumah yang mana terdapat anjing dan gambar-gambar.
#writingbyAsy #semogabermanfaat #silakanshare #menulisuntukummah
https://t.me/sigadishijrah
YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
De TodoDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...