*ABDULLAH BIN AMAR BIN AL-AS MENCATIT HADIS*
Abdullah bin Amar bin Al-As (ra) ialah salah seorang dari para sahabat yang paling soleh. Setiap hari ia berpuasa dan ketika malamnya pula ia menghabiskan masanya dengan membaca seluruh dari Al-Quran di dalam solat Tahajjunya. Rasullullah (ﷺ) menasihatkan mengenai amalannya yang berlebihan ini.
Sabdanya :
" Awak akan lemah dengan berpuasa setiap hari dan pandangan awak akan menderita dengan bersolat di malam hari. Awak mempunyai tanggungjawab kepada diri awak, ahli keluarga awak dan mereka-mereka yang datang menziarahi awak ."
Beliau berkata :
"Rasullullah (ﷺ) dahulu telah menasihati saya untuk menghabiskan seluruh dari Al-Quran dalam tempoh tidak kurang dari sebulan.Saya telah berkata."Wahai Pesuruh Allah ! Ini terlalu sedikit. Biarlah saya menggunakan sepenuh tenaga saya ketika masih muda.' kemudian baginda telah mengurangkan tempoh itu menjadi 20 hari. Saya sentiasa mengulangi kata-kata saya dan Rasullullah (ﷺ) terus mengurangkan tempoh itu sehinggalah pada akhirnya saya telah dibenarkan menghabiskan seluruh dari Al-Quran dalam tempoh 3 hari."
Dia mempunyai kutipan hadis yang dikumpulkan olehnya dan menamakannya 'Sadiqah' (benar) . Dia berkata :
"Saya biasanya mencatitkan semua yang telah saya dengar dari Rasulullah (ﷺ) . Pernah di satu ketika orang-orang berkata kepada saya , Rasullullah (ﷺ ) sesungguhnya hanyalah manusia biasa dan banyak perkataan-perkataan yang dilafazkannya semasa kemarahan atau bergurau sebenarnya bukan dimaksudkan oleh baginda. Awak tidak sepatutnya mencatitkan sesuatu dan setiap perkara yang disabda oleh baginda . ' Saya menerima nasihat tersebut . Pada suatu ketika saya telah menyebutkan perkara ini kepada Rasullullah (ﷺ) lantas baginda bersabda : Teruskanlah melakukannya seperti dahulu . Dengan nama Allah yang menguasai nyawaku di dalam tangannya, bibir-bibirku tidak akan mengeluarkan sesuatu kecuali yang benar."
Abu Hurairah (ra) telah bersabda :
"Tiada seorang pun yang telah meriwayatkan mengenai hadis Rasulullah (ﷺ) melebihi saya kecuali Abdullah bin Amar (ra) . Ini disebabkan oleh kerana beliau biasa mencatit apa yang telah didengar olehnya dari baginda Rasulullah (ﷺ) sedang saya hanya berpandukan kepada ingatan saya sahaja."
Perkara ini sesungguhnya amat menakjubkan , istimewa sekali apabila kita ketahui bahawa beliau pada waktu bertumpu kepada solat, membaca Al-Quran dan melakukan lain-lain amalan soleh.
#writingbyAsy #semogabermanfaat #silakanshare #menulisuntukummah
https://t.me/sigadishijrah
@sigadisdakwah
ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...
