Srikandi Al Khansa

123 13 0
                                    


Al-Khansa' ibu para syuhada dan tokoh penyair.

Tumadhar binti Amru lebih dikenali sebagai al khansa. Beliau merupakan penyair tersohor dlm kesusasteraan Arab.

Beliau berasal drpd keturunan Muzar dan beliau mempunyai dua saudara lelaki iaitu muawiyah dan Sakhr.

Al khansa seorang yg fasih berbicara dan bijaksana dlm menyusun perkataan dan ucapannya.

Disebabkan fasih dlm berbicara, Beliau pandai bersyair dan terkenal dgn syair ii yg mengisahkan kenangan kpd org yg dikasihinya yg tlh meninggal terutamanya kpd kedua ii saudara lelakinya,muawiyah dan Sakhr.

Di antara syair yg khansa ciptakan adalah:

Kedua mataku menagis dan tiada akan membeku

Bagaimana mata tidak menangis untuk Shakhr yg mulia

Bagaimana mata tida menangis untuk sang pemberani

Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang pemuda yg luhur

Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang kabilah yang gagah"

Nak kata hebatnya al khansa dlm bersyair, sehinggakan pada suatu hari,

Diriwayatkan ketika Adi bin hatim dan adiknya, safanah binti hatim datang ke madinah untuk bertemu Rasulullah, adi berkata,

"Ya Rasulullah, dlm golongan kami ada org yg plg pandai bersyair, org yg paling pemurah hati dan org yg paling pandai menunggang kuda."

Baginda Rasulullah bertanya," Siapakah mereka itu? Sebutkanlah namanya."

Adi menjawab, " Org yg plg pandai bersyair ialah Umru'ul Qais bin Hujr, org yg paling pemurah hati ialah Hatun ath-Tha'i, ayahku dan yg plg pandai menunggang kuda ialah Amru bin Ma'dikariba".

Rasulullah berkata,"Yang telah engkau sebutkan itu salah wahai Adi.Org yg paling pandai bersyair ialah al khansa binti Amru, org yg paling pemurah hati ialah muhammad Rasulullah dan org y paling pandai berkuda ialah Abi bin Abi talib."

Maka terbuktilah bahawa Al khansa adalah penyair yg terhebat ketika  itu.

Namun, bagaimana Al-Khansa' mendapat gelaran tersebut? Ia disebabkan sokongan yang diberikan kepada empat anak lelakinya yang syahid di medan Qadisiyah.

Empat puteranya itu merupakan anak Al-Khansa' bersama suaminya, Rawahah bin Abd Aziz al-Sulami.

Beliau mendidik dan 'membina' anak-anaknya sendiri sehingga mereka menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal sebelum gugur syahid.

Sebenarnya, ada kisah sebelum berlaku peperangan itu.

Empat putera Al-Khansa' saling berebut untuk berperang melawan tentera Parsi dan pada masa sama memikirkan siapakah yang perlu tinggal di rumah bersama ibu mereka?

Pada saat mereka saling tunjuk-menunjuk siapakah yang patut berada di rumah bersama ibu mereka, rupa-rupanya perdebatan itu turut didengari Al-Khansa'.

Lalu Al-Khansa' mengumpulkan keempat-empat puteranya dan memberikan sokongan kepada mereka untuk berperang

Kepada anak-anaknya, Al-Khansa' menitipkan pesanan: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya kamu sekalian memeluk agama ini tanpa sebarang ada paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi ALLAH SWT, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kalian ini putera-putera dari seorang anak lelaki dan dari seorang perempuan yang sama.

"Adalah tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau membuat malu bapa saudaramu, atau mencoreng arang di kening keluargamu. Jika kamu sekalian telah menyaksikan peperangan, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri abadi.

"Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain ALLAH dan bahawa Muhammad itu Rasul ALLAH. Inilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu juga bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya engkau akan dianugerahkan kehidupan yang sebenar."

Kemudian, semua anak lelaki Al-Khansa' keluar menuju medan perang. Mereka berjuang sehabis daya hinggakan banyak musuh terbunuh di tangan mereka!

Akhirnya, keempat-empat putera Al-Khansa' syahid.

Berita pemergian mereka langsung tidak membuatkan Al-Khansa' sedih atau terperanjat. Sebaliknya Al-Khansa' berkata:

"Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH SWT yang telah memuliakan diriku dengan syahidnya putera-puteraku.

"Semoga ALLAH SWT segera memanggilku dan berkenan mempertemukan saya dengan putera-puteraku dalam naungan Rahmat-Nya yang abadi di dalam syurga-Nya yang luas."

Al-Khansa' meninggal dunia pada tahun ke-24 Hijrah iaitu ketika permulaan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan RA.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now