Jauhi Hasad:
Didalam kitab risalah qusyairiyah menyebutkan bahawa
"orang yang berhasad boleh jatuh kufur,kerana dia tidak redha dengan qadha yang maha esa"
Allah firman
قل انما حرم الله الفواحش ما ظهر منها و ما بطن
katakanlah wahai muhammad sesungguhnya Allah mengharamkan kemaksiatan apa yang terzahir darinya dan apa yang tersembunyi
maka kata ulama tafsir بطن itu batin(tersembunyi) ialah hasad
dan ada sesetengah kitab tafsir sebut mentafsir ayat ini:
"orang yang berhasad itu adalah musuh kepada nikmatku"
kata ulama
الحاسد لا يسود
penghasad tidak akan ada pengikutnya
kerana itu dikatakan bahawa
kata ulama
"penghasad itu adalah orang yang zalim
لا يبقى و لا بذر
tidak akan pernah kekal dan bercambah
kata ulama:
"kesan hasad itu akan memperjelaskan siapa diri kamu sebelum jelas pada musuh kamu"
berkata Al asmaie'
"aku melihat seorang lelaki arab berumur 120 tahun maka aku berkata kepadanya
"sungguh panjang umur engkau"
lalu beliau berkata"aku meninggalkan hasad kerana itu aku masih kekal"
Kata umar bin abdul aziz
"tidak aku melihat sesuatu kezaliman yang serupa dengan kezaliman penghasad,sentiasa bersedih dan nafsu yang terikut ikut"
Kata ulama alamat seorang penghasad:
-suka komen jika melihat sesuatu
-mengumpat orang itu jika dia tiada
-berasa suka dengan musibah jika menimpa orang itu
Dan kata ulama alamat penghasad lagi
اذا راى بهت و اذا عثرة شمت
Jika melihat bermuram,jika tersadung(jatuh) berasa senang.
Hidup ini terlalu pendek untuk berhasad dan dengki,alangkah ruginya hidup di sia siakan dengan penyakit hati ini yang membawa azab ke akhirat nanti.
Moga kita dapat hindari dari sifat hasad.
IR
ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...
