Diriwayatkan oleh Ikrimah bahawa : Ada seorang hamba Allah yang suka membenteras kemungkaran, maka satu hari dia telah keluar berjalan-jalan, dalam masa dia berjalan-jalan itu dia terpandang sebatang pokok, yang mana ada orang yang menyembah pokok tersebut. Maka marahlah hamba Allah itu lalu mengambil kapak dan terus menuju pada pokok tersebut dengan tujuan hendak menebang pokok tersebut.Ditengah jalan iblis telah menghalangnya dengan menyerupai manusia lalu berkata kepada hamba Allah itu : "Hendak kemanakah kamu ? "Berkata hamba Allah itu : "Aku hendak pergi menebang pokok yang menjadi tempat pujaan dan sembahan orang".
Berkata hamba Allah itu lagi : "Aku telah berjanji dengan Allah akan memotong pokok tersebut". Berkata Iblis : "Buat apa kamu sibuk-sibuk sangat , biarkan mereka kerana telah jauh dari rahmat Allah".
Oleh kerana Iblis tidak mahu membenarkan hamba Allah itu pergi menebang pokok tersebut, maka berlaku perkelahian antara kedua-dua mereka, setiap kali bertarung iblis dapat ditewaskan oleh hamba Allah tersebut.
Mereka bertarung lagi sehingga sampai tiga kali, apabila Iblis mendapati tidak dapat menumpaskan hamba Allah tersebut maka ia pun berkata : "Daripada kamu menebang pokok ini lebih baik kamu balik, aku akan memberikan kamu sebanyak 4dirham dan akan aku letakkan di bawah bantal kamu tiap-tiap hari".
Mendengarkan kata-kata iblis yang menyamar sebagai manusia itu maka berkata hamba Allah itu : "Betul apa yang kamu katakan?".
Lalu berkata Iblis : "Ya, aku berkata betul". Maka hamba Allah itu pun membatalkan niatnya dari menebang pokok tersebut lalu dia kembali ke rumahnya.
Pada pagi esoknya Hamba Allah itu bangun dan melihat di bawah bantalnya ada 4 dirham seperti yang dijanjikan oleh Iblis tersebut. Begitu juga pada hari kedua Allah itu mendapat wang 4 dirham.
Pada hari yang ketiga seperti biasa hamba Allah itu bangun dan melihat pada bawah bantal yang, dia mendapati bahawa yang dijanjikan setiap hari tidak ada. Lalu hamba Allah itu naik marah lalu dia mengambil kapak dan terus menuju ke tempat pokok yang menjadi tempat orang menyembah dengan tujuan untuk menebangnya.
Dipertengahan jalan hamba Allah itu bertemu dengan orang yang menjanjikan wang tersebut (Iblis).
Maka Iblis pun bertanya : "Hendak ke mana kamu ini?". Maka berkata hamba Allah itu : "Aku ke mari untuk menebang pokok tersebut, sebab kamu tidak buat seperti yang kamu kata".
Oleh sebab Iblis menghalangnya maka berlakulah pertarungan antara kedua mereka. Dalam perlawanan itu maka tewaslah hamba Allah itu dan berkata : "Bagaimana kamu dapat tewaskan aku padahal aku dapat menewaskan kamu dengan mudah".
Lalu Iblis pun berkata : "Dahulu aku tewas sebab, sewaktu kamu meluru dengan kapak untuk menebang pokok tersebut adalah semata-mata kerana ikhlas kepada Allah SWT dan dikala itu walaupun semua penghuni dunia dan langit menghalang kamu nescaya mereka tidak akan dapat menghalang kamu".
Berkata Iblis lagi : "Kali ini kamu datang adalah semata-mata kerana kamu tidak terima wang, oleh itu lebih baik kamu balik sebelum aku patahkan tengkuk kamu".
Maka baliklah hamba Allah itu ke rumahnya. Kisah ini seharusnya kita jadikan teladan, oleh itu hendaklah kita membuat sesuatu kerja itu dengan ikhlas dan bukan dengan tujuan mendapatkan sesuatu atau dengan tujuan mendapat kepujian dari makhluk.

YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...