Asas Haid

83 12 0
                                    

10 Perkara Asas tentang Haid yang Wajib difahami.

1. Haid adalah "Darah kebiasaan (bagi wanita) yang keluar dari bahagian paling hujung di dalam rahim secara sihat."

2. Ia adalah fitrah bagi wanita sebagaimana sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم, "Ia merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas anak-anak perempuan Adam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Sekurang-kurang (paling singkat) tempoh haid adalah sehari semalam, iaitu 24 Jam.

4. Sebanyak-banyak (Paling lama) tempoh haid ialah 15 hari 15 malam.

5. Kebiasaan tempoh haid ialah 6 atau 7 hari serta malam.

6. Sekurang-kurang tempoh suci (antara 2 haid) ialah 15 hari 15 malam. Tiada had maksima bagi tempoh suci haid.

7. Kebiasaan tempoh suci bagi haid ialah 23 atau 24 hari.

8. Sekurang-kurang umur wanita yang boleh didatangi haid ialah 9 tahun hijriyyah taqribiyyah.

9. Tempoh yang telus bagi haid ialah 16 hari 16 malam. Jika seorang wanita yang cukup umur 9 tahun pada 1 Muharram,

a) Jika datang darah ketika tempoh masih berbaki dari tempoh balighnya 16 hari dan keatas, maka darah tersebut adalah darah fasad.

b) Jika datang darah ketika masih berbaki tempoh untuk baligh kurang daripada 16 hari, maka darah tersebut ialah darah haid.

10. Wanita yang telah yakin kering darah haid wajib segera mandi dan tidak perlu menunggu tempoh tertentu.

Wallahu'alam.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now