Aku nak share satu story yang mungkin bagi korang dah biasa dengar,biasa baca.Ianya khusus untuk perempuanlah dan kiranya boleh jadi satu muhasabah diri untuk diri aku dan korang yang bernama perempuan/wanita/gadis dan seangkatan dengannya bila nak hadap ajnabi-ajnabi sekalian,bagaimana penjagaan diri korang sendiri.Begini ceritanya...
*
Hari ni,dah masuk tiga hari seorang lelaki ni tegur aku.Faqih(bukan nama sebenar) namanya.Ya Allah,kau dah kenapa bro?Stres aku dibuatnya.
Ayat dia nak panggil aku,"Weh,ce sini kejap"
Hari pertama.
"Nah"Dia hulur baju sejuknya,"Pakai ni"
Eh...acah-acah sweet.Memang tak lah aku ambil.Sudahlah matahari tegak atas kepala nak suruh aku pakai.Panas dowh.
"Buat apa?"Tanya aku.
"Ambil.Pakai"Faqih letak saja atas bahu aku dan terus pergi.Nak tak nak terpaksalah pakai.Baju sejuk dia aku terus pakai.Sebelum pakai,bau dulu.😵bau perfume lelaki.Fening lalat.
Hari kedua.
"Nah,aku beli sarung kaki tebal,warna hitam"
Once again,dia buat benda yang sama.Bagi saja dekat aku dan terus bla menonong begitu je!😣
Faqih,kau dah kenapa?
Hari ketiga.
Fine,lepas ni aku buat dek saja.
Dua tiga kali "Weh,ce sini kejap","Weh,ce sini kejap" sampailah dia terpaksa kejar.Aku?Aku tak lari.Apa kau ingat nak main kejar-kejar dalam kolej tu.Nanti apa orang kata.Kanak-kanak ribena.
"Okeylah.Awak nak apa?"
"Kau boleh tak limitkan bercakap dengan lelaki?Kalau ada orang komen ke apa,buat tak tahu saja.Straight forward,jangan melayan.Aku ulang.Jangan melayan WALAUPUN tu member kau sendiri.
Kalau kau nak borak pun,better ramai-ramai bukan hanya dua tiga orang sebab kau hanya buang masa dan seronok ntah apa-apa.Lebih-lebih lagi bila kau cakap dalam laman sosial.Fikir orang lain yang membaca.Betul diri kau diri kau,diri aku diri aku.Be yourself,be myself.Tapi beragak.
Kita belajar agama.Kalau bukan pelajar agama pun,kita orang Islam.Dalam darah kita mengalir bacaan Al-quran walaupun cuma ada Al-Fatihah.Takkan nak cemarkan?Berapa banyak lagi amanah yang nak khianat?
Kalau kau nak update apa-apa,tolong fikir tiga pintu.Bermanfaat ke untuk diri sendiri dan ummah atau dalam erti lain tak sia-sia ke?Betul ke salah?Pahala ke dosa?"Ujar Faqih.Aku tadah saja telinga.
😑Ini dah lebih.Itu pun nak kongkong.You are not my husband!,ronta hati aku.Sebenarnya,terjentik juga hati aku dengan kata-katanya.
Jawabku,"Okay"Aku pula yang terus pergi kali ni.
*
Nak dipendekkan cerita,Faqih meninggal sebab accident berlanggar dengan kereta.Dia naik motor lepas tu macam nak keluar selekoh tu,pap! berlanggar.Tu apa yang aku dengarlah.Wallahu'alam tak tahulah kan.
Tapi..Alhamdulillah,orang cakap muka dia hanya ada lebam-lebam dan darah sikit macam tu saja.Seolah-olah ada yang menjaga dia sewaktu accident tersebut.In shaa Allah sama-sama kita doakan Faqih moga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Sebelum dia accident tu,aku peliklah sebab dia tak approach aku.Selalu ada saja "weh,ce sini kejap" dia tu.Selisih memang selisih tetapi dia tak pandang langsung aku.Sampailah dia accident dan...meninggal😔😢😢

YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
RandomDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...