KISAH PEMBAKAR BUKU HIMPUNAN ABU BAKAR
Dalam sebuah hadis menceritakan bahawa :
Aisyah ra telah menerangkan ;"Bapa daku (Abu Bakar) telah mempunyai sebanyak lima ratus potong hadis himpunannya di dalam sebuah buku. Pada suatu kegelapan malam aku mendapati ayahku berada di dalam keadaan yang sungguh gelisah beliau tidak dapat melelapkan matanya dengan tenteram, sekejap-sekejap beliau mengalih tidurnya ke kiri ke kanan.
Aku berasa bimbang melihatkan keadaan kelakuan gelisahnya itu lalu aku pun bertanya, Wahai ayahandaku, adakah ayahanda sedang menghadapi sesuatu kesusahan. Belia tidak menjawab pertanyaanku itu dan terus mengalami kegelisahan di sepanjang malam hari itu. Pada keesokan harinya beliau telah memanggil aku sambil berkata :
"Wahai Aisyah, bawakanlah buku himpunan hadis yang telah aku berikan padamu untuk disimpan itu kepadaku, Wahai Aisyah, sesungguhnya himpunan buku-buku hadis yang telah aku bakarkan tadi itu mengandungi banyak hadis-hadis yang aku dapati dari orang yang berasingan. Aku bimbang, jika aku telah tiada di dunia ini dan meninggalkan sepotong hadis yang mana aku anggapnya asli tetapi sebenarnya tidak, maka aku terpaksa menjawab tentangnya".
Oleh kerana semangatnya yang ingin mendalami ilmu pengetahuan maka beliau telah dapat mengumpulkan sebanyak lima ratus potong hadis-hadis di dalam sebuah buku. Sebaliknya oleh kerana kejujuran dan kesolehannya itu beliau telah membakar kesemua himpunan buku-buku itu.
Bagi setiap para sahabat mereka ingin sangat berhati-hati dan berjaga-jaga semasa mencatatkan lingkaran isi-isi hadis. Sebab itulah kita perolehi hanya sebilangan sedikit sahaja dari jumlah hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh para sahabat yang unggul sekali. Mereka tidak sedikit pun bimbang mencatatkan hadis di dalam khutbah-khutbah yang dibaca oleh mereka di atas mimbar.
Ini menunjukkan betapa banyaknya isi-isi lembaran suci Al-Quran dan hadis-hadis yang telah hafal dari kekayaan ilmu pengetahuan yang diketahui oleh beliau. Namun demikian Abu Bakar ra hanya dapat meriwayatkan sedikit sahaja dari lingkaran potongan hadis-hadis. Oleh sebab itulah maka Imam Abu Hanifa tidak melaporkan petikan-petikan hadis yang berdasarkan dari pendapat beliau sendiri.
#writingbyAsy #menulisuntukummah #silakanshare #semogabermanfaat
https://t.me/sigadishijrah
![](https://img.wattpad.com/cover/189155159-288-k757023.jpg)
YOU ARE READING
Jahiliah To Jannah
CasualeDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...