Saidatina Aisyah
Beliau adalah kesayangan Rasulullah. Beliau adalah penghafaz Al-Quran. Rasulullah menghembuskan nafas terakhir di atas riba beliau.
Beliau adalah Ummu Mukminin, Aisyah binti Abu Bakar isteri Rasulullah SAW. Aisyah merupakan pesona yang begitu hebat digandingkan dengan insan mulia Rasulullah SAW. Aisyah adalah contoh teladan terbaik bagi setiap wanita muslimah kerana beliau memiliki pakej yang lengkap.
Aisyah sangat menjaga kehormatan dirinya dan ketika berlakunya fitnah antara beliau dengan salah seorang sahabat, beliau berserah diri hanya kepada Allah.
Ketika Rasulullah mendiamkan diri kerana kejadian fitnah tersebut, Allah membersihkan nama Aisyah melalui penurunan ayat Al-Quran dan terbukti Aisyah tidak bersalah.
Wanita yang bijaksana dan berilmu pengetahuan, pada masa yang sama hebat dalam menjaga hubungannya dengan Allah.
Hidup Saidatina Aisyah hanyalah untuk ALLAH, Rasulullah dan Islam!
Maryam
Isteri Imran, Hannah menginginkan anak di dalam kandungannya mengabdikan diri kepada ALLAH sekiranya anak yang dilahirkan itu adalah lelaki. Akan tetapi Hannah melahirkan anak perempuan dan beliau berkata, “Anak perempuan tidak akan sama dengan anak lelaki.”
ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik dan ALLAH menganugerahkan Imran dan Hannah anak perempuan yang diberi nama Maryam AS. Maryam AS dipilih oleh ALLAH untuk diberikan seorang anak yang soleh.
“Bagaimana aku akan mendapat seorang anak?”
“Jika ALLAH berkehendak sesuatu, maka kun fayakun.”
Maka Maryam melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Isa ibnu Maryam yang merupakan seorang nabi yang diberi kelebihan oleh ALLAH di dunia dan akhirat.
Maryam membawa bayinya kepada penduduk kampung dan menerima pelbagai kutukan dan hinaan. Sikap tawakal Maryam sangat tinggi kepada ALLAH SWT.
“Jika ini semua untuk ALLAH, maka aku tidak peduli dengan hinaan dan cacian.”
Ketika Maryam berharap supaya dia akan dilupakan, ALLAH berkehendakkan supaya beliau menjadi legend untuk umat baik lelaki dan perempuan. Dan Maryam dikenali sehingga hari ini.
Asiah
Beliau yang memelihara Nabi Musa ketika masih bayi ibarat ibu kandung yang kedua. Beliau yang tinggal bersama seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah Tuhan.
Beliau adalah permaisuri Firaun dan beliau mempunyai segala perhiasan dunia tetapi lebih rela memilih IMAN dan ISLAM. Asiah beriman kepada ALLAH dan Nabi Musa AS.
Apabila Firaun mendapat tahu, Firaun menyeksa Asiah sehingga ke paras maksimum supaya Asiah meninggalkan Islam dan Nabi Musa AS. Tetapi Asiah tetap dengan keimanannya kepada ALLAH.
“Ya ALLAH gantikan untukku istana di Syurga.”
Di saat Firaun ingin membunuh Asiah, ALLAH telah mengambil nyawa Asiah tanpa sempat Firaun menyeksanya.
Pada zahirnya fizikal Asiah hancur akan tetapi hakikatnya roh Asiah telah bertemu Sang Pencipta dalam keadaan yang tenang dan bahagia. Asiah mendapatkan ganjaran yang beliau inginkan iaitu istana di Syurga.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
RawakDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...
