*KISAH API NERAKA SEBESAR BIJI SAWI DICUCI SEBANYAK 70 KALI*
Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengutus Malaikat Jibrail as menemui Malaikat Malik yang ditugaskan untuk menjaga api neraka dengan tujuan supaya Malaikat Jibrail dapat membawa api untuk kegunaan masak memasak bagi Nabi Adam as..
Berkata Malaikat Jibrail as. " Wahai Malik , aku telah diutuskan oleh Allah SWT supaya mengambil api neraka untuk kegunaan Nabi Adam. " Berkata Malaikat : "Wahai Jibrail, berapa banyakkah yang kamu mahu?." Berkata Jibrail as : "Sebesar buah kurma."
Lalu Malaikat Malik berkata : "Tahukah kamu wahai Jibrail,kalau aku berikan kepada kamu api neraka sebesar buah kurma,maka akan hancurlah leburan tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasannya."
Kemudian Jibrail as berkata : "kalau begitu berilah aku api tersebut separuh dari biji kurma." Lalu berkata Malaikat Malik : "kalau aku berikan kepadamu api neraka ini seperti yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak dapat menurunkan walaupun setitis air ke bumi,dan ini akan menyebabkan tidak akan tumbuh sebarang tanaman."
Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Malik, maka Jibrail as pun berdoa kepada Allah SWT untuk memohon bantuan . Berkata Jibrail as : Ya Allah, beritahulah kepadaku sebanyak manakah yang harus aku ambil api neraka ini."
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : Ambillah api itu sebesar biji sawi." Setelah mendapat arahan dari Allah SWT,maka Malaikat Jibrail pun mengambil api tersebut dan lalu membasuhnya di 70 buah sungai di syurga dan kemudian Jibrail as mendapatkan Nabi Adam dan meletakkan api tersebut di gunung yang tinggi.
Sebaik sahaja Jibrail as meletakkan api tersebut di atas gunung maka larutlah gunung itu dan api kembali ke tempatnya dan tinggal asapnya di batu sehingga sekarang.
Haruslah ingat bahawa api neraka itu sangat-sangat panas,ianya dijadikan oleh Allah SWT terhadap orang-orang yang ingkar perintahnya,cubalah kita banyangkan kalaulah setitik api neraka yang tidak dicuci itu jatuh ke bumi ia akan menembusi tujuh petala langit dan bumi,dan bagaimankah kita kalau Allah mengazabkan kita dengan api nerakanya.oleh itu hendaklah kita bertawadhu dan merendah diri kepada Allah SWT.
Setiap amal yang kita buat,kita yang mendapat ganjaran dari Allah SWT.. Dan Allah SWT tidak mendapat apa-apa dari apa yang kita buat,dan dia tidak rugi walau sesen pun kalau kita tidak mahu ikut perintahnya,yang rugi adalah kita sendiri.
Setiap sesuatu yang kita buat akan diadili di mahkamah akhirat. Setiap yang kita buat akan diulang tayang kembali. Dan kita tidak dapat memberi apa-apa alasan, kit tidak dapat berkata bohong,berdusta,merasuah dan sebagainya .
@sigadishijrah

ANDA SEDANG MEMBACA
Jahiliah To Jannah
CasualeDaripada kita asyik membaca cerita yang lagha, rajinkan diri membaca cerita yang membawa manfaat. Tak semestinya kena baca buku agama sahaja. Tapi apa salahnya kalau membaca itu menyebabkan kita beroleh pahala. Betul tak? Terdapat Quotes dan beberap...