~5~

2.1K 66 1
                                    

"Boss kami dah bawa dia. Dia ada dekat bilik 5" kata Faris selaku orang bawahan Najmi. Najmi tersenyum sinis.

"Biarkan dia dahulu,aku nak dia nikmati dulu bilik 5 tu puas-puas sebelum dia MAMPUS!!" kata Najmi lalu mengeluarkan pisau belati dari poketnya. Dia membelek-belek pisau belati itu. Setelah berpuas hati dia memberikan pisau itu kepada Faris.

"Simpan baik-baik. Dalam masa 10 minit kejap lagi aku datang balik. " kata Najmi lalu segera keluar dari gudang tempat dia melakukan berbagai jenis penyiksaan.

"Hehe Haris,Haris..kau salah masuk lubang tahu,ni Najmi Haqiem la. Aku akan hantar kau ke alam barzakh kejap je lagi" kata Najmi lalu meluncur laju keretanya keluar dari perkarangan rumah agam miliknya.

"Dia tu laju-laju nak pergi mana?" kata Raisya yang sedari tadi hanya memerhati dari tingkap biliknya. Dia sudah bertukar bilik. Alasan dia menukar bilik adalah kerana dia kasihan akan Najmi yang terpaksa tidur di sofa ruang tamu miskipun rumahnya mempunyai lebih daripada 10 buah bilik.

Raisya menghempaskan badannya ke katil. Dia meraup mukanya dengan kasar. "Bosannya lahai" katanya. Dia membuka telefon. Terpampar nama Najmi di screen telefonnya.

Encik Najmi❤
Online

Raisya pergi bersiap
Jap lagi aku amik kau

Kita nak pergi mana?

Pergi je bersiap.
Gi masuk bilik aku
Amik gaun atas katil.

Ok

     Raisya melepaskan keluhan berat. Jam dinding dipandang kilas. Dia bergegas ke bilik Najmi dan memulas kasar pintu bilik jejaka itu. Ya,hanya Raisya sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik Najmi. Gaun bewarna biru langit itu diambil segera dan membawanya masuk ke bilik.

❄❄❄❄❄

   "Lepaskan aku lah sial!!" kata seorang lelaki. Kaki dan tangannya telah diikat kemas. Faris hanya diam membisu membaca surat khabar di penjuru bilik. Dia tidak mengendahkannya.

  "Woii!!KAU PEKAK KE LAHANAT. AKU CAKAP LEPASKAN AKU LA SETAN" kali ini lelaki itu meninggikan suaranya. Faris menghempaskan surat khabarnya sebaik sahaja dia kedengaran enjin kereta dimatika.

   "Heii!!!Aku cakap lepaskan aku lahh sial".
" Boss dia dah sedar. Tu tengah terpekik terlolong kat dalam"kata Faris sebaik sahaja Najmi keluar daripada perut kereta. Tucksedow bewarna Hitam tersusun kemas ditubuhnya.

   "Hm,bagus. Jom" kata Najmi. Faris hanya membuntuti langkah Najmi memasuki bilik bernombor 5. Najmi segera memakai topeng muka bewarna putih. Pintu bilik dikuak dengan penuh ganas. Dia berjalan perlahan menuju ke arah lelaki yang berada diruang tengah bilik.

     "Heh kau sapa?lepaskan aku lah sial. Kau pekak ke atau buat-buat pekak" kata lelaki itu lalu meludah kearah lantai.
Najmi tersenyum lebar disebalik topengnya itu. Dia menghampiri lelaki itu sambil memetik jarinya. Kerusi bewarna putih diletakk dihadapan lelaki itu. Najmi melabuhkan punggungnya lalu menyilangkan kakinya.

   Lelaki itu tersenyum sinis. Najmi menghamburkan tawanya. "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA HARIS,HARIS,HARIS. KAU BODOH" kata Najmi. Nadanya mula mendatar dan sedikit serius. Haris masih kekal dengan senyuman dibibir meskipun otaknya ligat menganalisis lelaki misteri dihadapannya sekarang.

    "Kau sapa,apa kau nak buat dengan aku?" soal Haris sedikit gementar dan riak. Najmi segera berdiri dan menendang kerusi itu ke tepi.
"Heh,perlu ke kau tau sapa aku. Aku tak nak buat apa-apa dengan kau cuma aku nak tubuh kau je" kata Najmi sambil jari jemarinya bermain kasar dibahagian pipi Haris.

   "Gulp!!kau,kau,kau gila ke apa?" soal Haris lagi. Dia terasa lelaki dihadapannya agak menyeramkan. Beremang bulu romanya.
"HAHAHAHAHAHAHAHA,Kau nak takut apesal. Kau ingat aku ni bengkok. Sorry to says,minat aku lebih ke arah perempuan." kata Najmi. Haris masih belum mengetahui identiti lelaki dihadapannya itu.

   "Kau,kau siapa?Kau nak apa dari aku SETAN!!Aku tak cari masalah dengan kau." Haris mula menengking. Najmi hanya mendiamkan diri. Dia mula mencangkung di hadapan Haris. Tali topeng yang dipakainya di buka secara perlahan.

  "K..ka..kau?" Haris tergagap. Lelaki dihadapannya amat memeranjatkan.
"Ya aku,Najmi Haqiem. Ketua yang pernah kau belot dulu" Najmi tersenyum sinis. Haris tidak henti-henti menelan air liur. Dihadapannya adalah seekor raksasa yang penuh dengan kekejaman.

  "Boss maafkan saya,sumpah Lilah hi ta'ala boss saya tak buat" kata Haris mempertahankan diri. Najmi hanya tersenyum pahit. Pandangannya kini menikam anak mata Haris yang bewarna coklat-coklat kehitaman.
"Ada aku tuduh kau buat?. Hei sial orang macam kau ni,celah gigi jelah aku dapat cari. Kau rogol adik kesayangan aku,lepastu kau kerat badan dia,kau tinggalkan depan rumah mak bapak aku. Apa jenis binatang kau ni Setan!!!" Najmi menumbuk muka Haris. Dia yang masih terikat dikerusi jatuh ke lantai.  Darah mula keluar dari tepi mulutnya.

     "Ma..maafkan saya Boss. Saya tak buat semua benda tu. Percayalah. Saya terpaksa Boss" air matanya mula keluar. Kesakitan yang dialaminya naik dua kali ganda apabila Najmi menampar mukanya berulang kali."Terpaksa apa sial. Kau dah sedap,dah dapat barang. Pastu kau bunuh dia sebab nak tutup maruah kau yang dah terang-terang terkutuk" Najmi menyepak perut Haris sehingga dia terdorong ke belakang. Haris mengerangkan kesakitan apabila pisau belati milik Najmi menusuk ke dalam tubuhnya.

   "Najmi,sakit Najmi. Tolonglah lepaskan aku. Aku minta maaf" kata-kata Haris hanya menjadi asap. Najmi tidak mendengarnya dan meneruskan penyiksaannya. Dia semakin hilang kewarasan akal. Pisau itu kini berada di leher Haris. Haris mampu mengucap dan"Slappp". Darah memancut-mancut keluar. Haris serta merta terkulai. Mata putihnya jelas kelihatan. Najmi tersenyum puas.

    "Mampos kau binatang. SIAL!!PUIHH" Najmi meludah pada tubuh Haris yang tidak bernyawa. Dia kemudianya menyerahkan pisau belati itu kepada Faris.
"Pergi buang mayat dia. Lepastu aku nak kau cuci darah dia. Aku taknak darah binatang tu ada dalam rumah aku" kata Najmi lalu segera ke tandas untuk mencuci tangannya serta mukanya yang dipenuhi darah. Mujur bajunya bewarna gelap. Dia kemudiannya menaiki kereta dan meninggalkan tempat tersebut.

❄❄❄❄❄

    Raisya masih bersiap. Rambutnya didandan cantik. Mukanya hanya ditepek bedak Carrie Junior dan lipstik bewarna pucat.
"Lawa juga aku ni,hehehehe" Raisya tersenyum sendiri sebaik sahaja memuji dirinya.

    Najmi menunggu Raisya diruang tamu. Jam sudah menunjukkan 7.45 malam.
"Ehh,mana minah ni. Lambatnya,majlis mula 8.30. Kang lambat,tak memasal aku kena talkin" Najmi mengomel sendirian.

     "RAISYA FARAHANA!!!!!" Najmi mula menjerit. Raisya tersentak kerana terperanjat."Kejap,saya turun lah ni"Raisya segera mengambil hanbagnya. Minyak wangi Eunchaunter disembur sedikit dan dia mula melangkah keluar.

   "Ahh encik,saya dah siap." kata Raisya. Najmi yang sedang leka bermain telefon terus menoleh. Rahangnya terasa ingin terjatuh. Matanya ingin tersembul keluar.
"Oh damn it,she look gergious,beautiful and amazing. Ya Allah Raisya,kau cantik sangat. Sumpah Raisya,aku jatuh cinta dengan kau" Najmi berkata dalam hati.

   Raisya melambaikan tangannya di hadapan muka Najmi. Najmi tersentak. Dia kemudiannya menarik lengan Raisya dan menuju ke kereta. Raisya sempat mengukir senyuman girang sebelum memasuki perut kereta. Mereka akhirnya keluar dari perkarangan rumah agam dan meluncur laju diatas jalan raya.

To be continue...

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now